Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, September 29, 2011

PRU PARLIMEN JERANTUT: SIBERTROOPER BN vs. PR


Walau nampak lembut dan 'sotong' namun blogger Milosuam
mampu manarik ramai bilangan pembaca yang pro pembangkang!


Beberapa blog politik Jerantut sudah kembali mengisahkan tentang calon-calon PRU akan datang. Seperti yang selayaknya, blog-blog tertentu akan menyokong dan menpromosikan calon pilihan mereka masing-masing.

Blog WZWH dan Kutukan Dewata tidak henti-henti dan tidak jemu-jemu mangangkat 'bos' mereka. Itu pun memang wajar kerana mereka dibayar sebagai blogger pencacai upahan. Malangnya disamping mereka mengangkat bos mereka, mereka juga berusaha keras untuk mencalarkan imej pesaing terdekat bos mereka. Dalam hal ini, kelihatan Dr. Ahmad Shukri ADUN Pulau Tawar yang jadi mangsa. Lebih malang lagi kerana dia ketiadaan siber tropper yang mampu membantu mempertahankan dirinya.

Kedua-duanya berhajat besar untuk mengisi kekosongan kerusi parlimen apabila Tan Sri Tengku Azlan dengan ikhlasnya mengumumkan tidak akan bertanding lagi dalam PRU kelak. Alasan ini jugalah membuatkan mereka berdua saling bunuh-membunuh antara mereka.

Masih awal untuk SPU membuat analisa mengenai calon-calon PRU13 nanti. Selain itu SPU juga mengharapkan blog-blog politik Jerantut lainnya memberikan pandangan mereka masing-masing terlebih dahulu. Bagaimanapun agak mendukacitakan bila blog tokoh politik sendiri (Cikgu Sofian) lebih berminat terhadap glamer dan kisah-kisah mengenai Fasha Sandra serta gosip-gosip artis selain dari kisah-kisah seks.

Blog Pemikir Politik Jerantut juga tidak seperti namanya kerana nampaknya tidak langsung berusaha untuk memikirkan tentang politik Jerantut bahkan seakan carbon copy kepada blog Laksamana Jebat yang berminat dengan kisah seks serta skandal artis-artis.

Blog WZWH dan Kutukan Dewata masih komited menulis dan memberi pandangan tentang politik namun dirasakan terlalu memihak kepada seseorang sahaja. Manakala blog Urag Drrulug terlalu sarat dengan sindiran yang kadang-kala sukar untuk dimengertikan dan difahami.

Apapun, segalanya itu telah mewarnakan politik Jerantut serta bakal memeriahkan PRU akan datang nanti, cuma kita tertanya-tanya; mampukan mereka sebagai sibertrooper menyokong BN berjuang dan mempertahankan calon BN serta mengalahkan sibertropper pembangkang yang semakin ganas dan menguasai media sosial negara?

11 comments:

PemikirpolitikJerantut said...

spu tulis perihal blog lain..prihatin sungguh. tapi tak baik tau kutuk blog kawan-kawan.hehe

SPU said...

SPU tidak perjudis dan bukan mengutuk, hanya menyatakan kebenaran...salahkah demikian?

PemikirPolitaikJerantut said...

hahaha, tak baik SPU menegur blog2 lain terutama PPJ....dia blog yang mengajar kebenaran, hehehe...kebenaran apa yang diajarnya? kahkahkah!!

Anonymous said...

SPU YANG TERBAIK SETAKAT INI, BANYAK MEMBERI SUMBANGAN KEPADA UMNO. TULISAN YANG BERNAS DAN MEMBUKA MINDA RAKYAT.SUKA BACA BLOG SPU DENGAN RENCANA POLITIK YANG MERANGSANG PENGUNDI MENYOKONG UMNO. TIDAK BERSIFAT PERIBADI, SPU LAYAK DI NOBATKAN JUARA BLOG JERANTUT.SPU MAMPU MENARIK MINAT PEMBACA DAN RAJIN MENULIS. TAHNIAH SPU, SEMOGA TERUS MENGKRITIK BLOG LAIN AGAR SEDAR AKAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP PARTI ATAU BERHENTI MENULIS DARI MEROSAKKAN PARTI. HEBAT SPU,TAPI HATI-HATI ADA BLOG YANG MENYAMAR BLOG UMNO TAPI BERPERANAN MENJATUHKAN UMNO DENGAN MENGUTUK PEMIMPIN UMNO. TAHNIAH

SPU said...

Salam dan terima kasih anon,
SPU bukanlah yang terbaik utk Jerantut namun bolehlah diletakkan diantara golongan yang terbaik. SPU tidak memihak ke mana-mana dan tidak usahlah memuji terlalu tinggi kerana SPU tidak akan cair oleh pujian. SPU bukan terbaik namun bolehlah dianggap sebagai pencetus dan penganjak kepada blog2 politik setempat. Tidak hilang bisa ular menyusur akar, tidak luntur belang harimau merenangi sungai...

Borokpolitikweh said...

blog kas taknok komen ke? takut?

SPU said...

Owww! SPU tak perasan adanya blog ini. Dah lama ke? Ya lah, kalau tak perasan adanya blog ini macamana pulak nak komen mengenainya sbb tk pernah baca pun dan kehadirannya pun tak disedari, hehehe...nantilah kita dh diujung tahun ni, nanti tahun depan lah saya komen mengenai blog awak ni...

KITA Pahang said...

Tuan SPU,
mohon linkkan blog KITA Pahang walaupun masih dalam pembinaan...kerjasama tuan diucapkan terima kasih.

http://partikita-pahang.blogspot.com/

Kutukan Dewata said...

Tuan SPU,
mohon linkkan blog saya:
http://kutukandewata.blogspot.com
terima kasih.

Anonymous said...

apa pulak nak mohon link link ne, orang tau menilai yang mana kaca atau intan, jika bagus tak payah nak mintak tolong linkkan?.

anak saudara spu said...

bodoh sungguh anon di atas,buta media cyber dia ni.kalau tak link macam mana orang nak baca.kalau ada surat khabar letak kat jamban tak letak kat kedai sapa boleh baca?hantu jamban macam kau lah baca.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN