Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Wednesday, November 10, 2010

YANG LURIK ITU KENDI ......


Ini kendi bukannya saga


Klik untuk mendengar lagu Bukan Kerana Nama



1. Hari ini Sri Tri Buana menulis; 'Antara Mutu dan Komersialism' (Klik sini) Saya memilih mengangkat posting beliau disini bukanlah kerana dia seorang sahabat tetapi kerana isu yang dibawa adalah isu semua pihak, isu universal. Laksamana Jebat menilus tentang Anwar, WZWF menulis tentang politik di Selangor, Karok menulis tentang Zaid Ibrahim. Suara Majlis juga menulis tentang Anwar, tapi tak kisahlah kerana dia mungkin ingin berjuang diperingkat nasional, atau sekadar mencuri pandangan.

2. SPU meskipun sudah bertukar milik namun masih mengekalkan polisi lama, iaitu untuk berjuang dengan rakyat dan masyarakat di Jerantut melalui sumbangan dan pandangan di media sosial. Justru itu jugalah, pautan di blog SPU lebih mengutamakan blog-blog kecil @ picisan di Jerantut tanpa mengira fahaman politik dann perbezaan pendapat.

3. SPU juga lebih menumpukan kepada isu-isu sekitar masyarakat Jerantut. Bagaimanapun sekali sekala, kadang-kadang, jarang-jarang ada juga menulis isu-isu luar dan nasional, kerana alasan tertentu umpamanya bersama menyokong pihak tertentu dalam PRK dan sebagainya. Itu dikira wajar atas alasan kecenderungan semasa.

4. SPU menulis bukan kerana nama! SPU menulis apa yang ingin disampaikan kepada pembaca khususnya komuniti Jerantut. SPU bukan mengejar populariti. Kerana itulah SPU tidak menulis isu hangat peringkat nasional untuk meraih simpati dan mencuri populariti. SPU berpendapat bahawa perjuangan bermakna adalah memperjuangkan hasrat masyarakat sekitar kita.

5. Blogger popular itu pun bukan semestinya berkualiti. Parpukari yang tulisannya penuh dengan cacimaki bukanlah tulisan yang bersifat imliah, namun ianya popular. Kerana itu kita mesti pandai bezakan antara yang popular dan yang berkualiti. Bagus sangatkah tulisan Hishamuddin Rais @ Tukar Tiub yang hanya dipenuhi dengan ketawa sindiriannya; Kah! Kah! Kah! itu? Tetapi mereka berdua ini masih antara yang popular masa kini. Mungkin apabila pembaca dari generasi akan datang menguasai media sosial nama mereka akan hilang dari sebutan kerana sudah tidak relevan lagi. Kerana mereka bukanlah penulis yang berkualiti! (Maaf, ini pandangan peribadi saya)

6. Justru, saya bukan menyeru tetapi memohon supaya kita semua kembali kepada asas dan landasan perjuangan kita, untuk menulis isu semasa yang berlegar sekeliling kita sambil mendekatkan diri kita dengan masyarakat setempat. Kita sahut saranan PM: Menjuarai Rakyat dengan menjuarai media sosial. SPU ingin menjuarai rakyat dan masyarakat Jerantut dengan menerajui media sosial Jerantut, apa pun ini bukanlah kerana nama, kerana itulah SPU berselindung sebagai insan tidak bernama. Apa ada pada nama? dan SPU menulis bukan kerana nama!

7. SPU mula menulis sejak awal lagi dan antara blogger Jerantut yang terawal bersama blogger Braveheart. (Klik sini) yang mungkin semangatnya sudah sedikit luntur kerana sudah jarang menulis. SPU bertindak mempromosikan blog-blog picisan lainnya di pautan SPU dan menjadi sebagai sebuah blog Aggregator untuk blog-blog Jerantut. Walaupun tiada penghargaan dari sesiapa namun usaha ini tetap diteruskan, bukan untuk generasi hari ini tetapi untuk generasi masa depan. SPU bukanlah blog resmi UMNO Jerantut dan bahkan UMNO Jerantut juga tidak pernah menghargai SPU selayaknya, namun perjuang akan tatap diteruskan. Mungkin dalam kekecewaan itu ada kebaikkannya!

8. SPU menghargai blog uRang dRrulug kerana usahanya mengangkat martabat daerah pedalaman Ulu Tembeling. Ini sudah diikuti oleh blog Hulu Tembeling   dan terbaru ada sebuah blog yang baru melangkah ke dunia blog  ~ k'Lahiran KoTahan ~ yang masih awal bagi kita membuat penilaian.

8. Biarkanlah masyarakat menilai baik buruknya kita kerana "yang lurik itu kendi yang merah itu saga yang molek itu budi yang indah itu bahasa".




Nota:
Mana-mana blog yang ingin dilinkkan dalam pautan di SPU sila membuat permohonan sama ada melalui ruangan komen ataupun email. Segalanya akan dipertimbangkan sewajarnya.

3 comments:

Saleh Damak said...

Salam,
Benar tu SPU. Kita peduli apa Anwar liwat buntut siapa (asal jangan buntut kita) Kita perlu lebih utamakan kepentingan daerah Jerantut ini sendiri jgn biarkan orang politik menipu kita dan menjual segala hak bangsa Melayu kepada bangsa lain. Mana ada tinggal lagi tengah bandar Jerantut sebagai tanah orang Melayu atau milik kerajaan? Semuanya telah diserahkan kepada bangsa lain kerana duit. Semuanya kerana duit. Kadang2 kita terfikir mana pemimpin politik bangsa Melayu yang membela orang Melayu? Yang ada hanya juala hak orang Melayu kepada bangsa lain, bukan baru-baru ini saja, dulu lagi dah begitu. Kita cuama malas nak sebuta nama mereka itu sebab dah tak ada dalam UMNO Jerantut.

sri tribuana said...

Salam SPU, saya ttg keihklasan saya teringat pantun Pendeta Zaaba:

Berbuat baik wahai taulan,
ke dalam laut ia campakkan,
jikalau tidak dikenal ikan,
Tuhan tahu ia kah bukan.

Maksudnya kalau ikan pun tak kenal kebaikan kita, Allah tahu...

chenerong ular said...

Salam spu, keikhlas memang susah untuk kita membuat andaian,ianya amat subjektif, kita tidak dapat meneropong kelubuk hsti sesaoram manusia untuk kita menilai ke ikhlasannya walau pun kita mengunakan mesin x-ray 3d sekali pun.

Keikhlasan sesaorang itu biar lah ALLAH SWT yang maha mengetahui memberi pembalasannya. KITA SEBAGI MANUSIA YANG DAIF INI HANYA BOLEH BERPERSANGKA SAMA ADA BAIK ATAU BURUK SETELAH KITA LIHAT DENGAN MATA DAN MENDENGAR DENGAN TELINGA AKAN APA YANG DI LAKUKAN OLIH INDIVIDU YANG DI NAMAKAN MANUSIA. ADAKAH SELARI NIATNYA DENGAN TINGKAH LAKU,TINDAKAN,PERCAKAPAN?,KITA CUMA BERKATA MUNGKIN DIA IKHLAS ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN