Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, June 13, 2010

UMNO BAHAGIAN HARUS BERSIH

UMNO telah menjadi wadah perjuangan bangsa sejak sebelum merdeka lagi. UMNO lah yang perjuangkan kemerdekaan. UMNO lah yang membawa kemerdekaan seperti yang tercatat dalam sejarah negara.

Pemimpin-pemimpin UMNO lah yang telah membangunkan bangsa dan negara kita selama ini. Jasa-jasa mereka tidak mampu kita balas dan tidak akan dapat kita lupakan.

Malangnya segala usaha itu bukanlah usaha yang kelihatan konsisten dan mampan. Setelah beberapa generasi pemimpin telah bertukar ganti maka semangat pemimpin UMNO juga sudah berubah. Pemimpin tidak lagi benar-benar berjuang untuk parti.

Lihat sekeliling kita, apakah masih ada semangat perjuangan yang dibawa oleh pemimpin-pemimpin kita untuk membela bangsa dan negara? Apakah masih ada aktiviti-aktiviti yang masih mampu menyatukan anak-anak kita dalam satu-satu masa?

Seingat saya semasa dulu kita ada berbagai-bagai program untuk merapatkan siratulrahim antara ahli, tapi sekarang kita ada apa?

Pemimpin-pemimpin yang setelah menang jawatan mereka akan menghilang dan sibuk dengan mengumpul kekayaan mereka sendiri. Mereka tidak lagi pendulikan parti. Mereka tidak juga pedulikan orang-orang yang telah mengundi mereka. Bagi mereka segalanya telah selesai kerana pengundi-pengundi mereka adalah perwakilan yang dibayar.

Tunggulah, bila masanya tiba nanti kita akan bongkar mengenai politik wang di Jerantut. Siapa perwakilan yang menerima berapa bayaran untuk mengundi siapa pula. Kita akan bongkar dari A - Z dari UMNO, Wanita, Pemuda dan Puteri. Ketua-ketua cawangan, Setiausaha Cawangan dan AJK Cawangan yang terlibat akan kita dedahkan mereka kelak.

Biar rakyat semua tahu bahawa Ketua Cawangan, Setiausaha serta AJK Cawangan mereka adalah perasuah politik. AJK Bahagian juga akan kita dedahkan nanti bila sampai waktunya. UMNO harus bersih dan UMNO harus telus.

5 comments:

Mohd said...

Penyakit UMNO ni sama saja di seluruh negara.
1. Ketua Cawangan dan Ketua Bahagian
akan menaburkan wang utk meraih kemenangan. Ahli2 UMNO pula memang dah akhir2 ini sentiasa mengharapkan sumbangan wang dpd Ketua2 Cawangan dan Ketua2 Bahagian.
2. Jadi Ketua2 Cawangan dan Bahagian akan melaburkan wang sogokan dari dirinya atau pun dpd kroni2nya utk menang dan dapat jawatan.
3. Lepas itu bolehlah orang2 yg telah dipilih ini mendapat projek2 Kerajaan utk dirinya atau kroni2nya.
4. Utk mengelakkan ini semua, semua Ketua Cawangan dan Bahagian termasuk ahli keluarganya tidak boleh terlibat dlm perniagaan.
5. Perlembagaan UMNO itu mesti dipinda dgn berani dan telus. Barulah kita dapat Ketua2 Cawangan dan Bahagian yg hanya akan berkerja utk rakyat dan bukan utk mengisi perutnya sendiri!

WZWH said...

Salam SPUJ.
Orang Jerantut dan UMNO lebih berminat hendak tahu apa vision, mission, perancangan pembangunan Ahli Parlimen, wakil rakyat ADUN Tahan, Pulau Tawar, Damak.
Juga sumbangan Kepimpinan Ketua Bahagian, Timbalan, naib, terutamanya kepada parti. Baru pemikiran kita ke depan.
Orang Jerantut tak mahu dengar cerita politik wang ini lagi, sistem pemilihan kepimpinan UMNO akan berubah pada tahun depan. Kita serah kepada Lembaga Disiplin UMNO, SPRM memantau...tak perlu SPUJ nak cerita, nak bongkar buat apa. Sebenarnya dalam politik, politik wang bukan penentu sesorang calon itu menang bertanding kerana rakyat boleh menilai sumbangan dan jasa seseorang tokoh, track rekod, dsb. Jika anda seorang tokoh, rakyat akan pilih anda!

SPU said...

Bila sebut nak bongkar kisah politik wang, ada orang dah ketar lutut takut kisah keburukkannya terbongkar. Yg tak hendak tau adalah orang2 yg rapat dan yang memang dah tau ceritanya. Namun rakyat dah ahli2 dicawangan yang tidak tau masih hendak tau ceritanya...kita akan bongkar bila masanya tiba...UMNO mesti bersih dan telus

SPU said...

WZWH bercakap mengenai track rekod, apakah sejarah menggunakan walam dalam membeli undi juga akan dikira dalam pertimbangan track rekod berkenaan?

MAT SOP P.T said...

politik wang.hahahhahahahhaha. wan zamzuri merangkap pencacai pengangkat najis. saya nak awk jawab kemana perginya wang yayasan pahang yg awk kebas, betul kan awk di arah kan berhenti kerja kerana mengelapkan wang yayasan pahangkan. sprm sila bongkar semula kes ni. siasat siapa wan zamzuri wan hasenan ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN