Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Wednesday, June 23, 2010

SELAMAT DATANG PM KE JERANTUT

3hb. Julai 2010 nanti DS Najib akan datang ke Jerantut merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut. MB Pahang dan Exco-exconya tentu juga akan hadir sama menunjukkan muka. Segala usaha sedang dilakukan untuk menutup segala lubang-lubang yang terbuka. Jalan raya akan dibaiki, Dewan Mesyuarat juga akan diperindahkan, biar segalanya nampak baik dan cantik. Pemimpin negeri akan cuba tunjukkan bahawa disini langsung tidak ada sebarang masalah, semuanya 'beres'.

Rakyat jelata tak payah nak mintak apa-apa lagi kerana semuanya telah cukup. Kalau PM nak beri apa-apa, berikanlah kepada pemimpin saja kerana pemimpin telah berkerja tekun siang dan malam pagi dan petang untuk membela rakyat jelata.

Sebelum itu, pada 26hb. Jun 2010 Pergerakan Wanita UMNO Bahagian, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian dan Sayap Puteri UMNO akan bermesyuarat serentak. Tahun ini tidak ada pemilihan dan pertandingan maka kurang lah meriahnya. Perwakilan pun kurang minat untuk menghadiri mesyuarat kerana bukan ada jual-beli orang kali ini. Hakikatnya adalah ' Jong Pecah Yu Kenyang' - tapi kali ini tidak ada jong yang pecah makan yu-yu semua akan kelaparan. Dato' Mukhriz akan hadir merasmi mesyuarat Puteri bukan Pemuda kerana Pemuda Jerantut masih cenderung kepada KJ.

Ketua Penerangan tentu sibuk dengan songkok tingginya ke hulu ke hilir. Tapi harus juga hati-hati bimbang nanti songkok itu tersangkut di pintu masuk dewan kerana tinggi sangat. Mungkin kena tukar pakai kopiah atau ketayap lebih baik, nampak lebih merendah kerana jika terlalu meninggi rakyat jadi benci.

Wanita UMNO juga tidak kurang sibuk buat persiapan. 'Kak Key' Pengerusi Persiapan Tempat tentunya akan menghiaskan dewan mesyuarat dengan indah dan penuh bunga-bunga, maklumlah dihantinya ada taman, kahkahkah! Tapi janganlah tamak sangat nak buat segalanya, penyediaan makananpun khabarnya dia nak buat juga. Jika merasa kebolehan ada, kenapa tidak cuba bertanding saja jadi ketua? Mungkin boleh merampas jawatan ketua dari Tini, gamaknya lah!

Blog KW dah lama bersawang dan tidak dikemaskini. Dengar khabar KW sibuk di hospital menjaga 'anaknya' yang masuk wad. Dengar khabar 'Abang Bu' nak bongkar rahsia itu anak siapa. Eloklah, bongkar orang dan bongkar kita punya juga supaya adil dan saksama. Jerantut bandar kecil, apa yang kita lakukan semua orang nampak. Umpamanya kalau kita berkopiah dan berbaju melayu keluar dari rumah urut, tentu tak lama akan heboh hal itu diperkatakan orang.

Dengar khabar juga Wanita UMNO ni dah melangkah tak sederap dan berjalan dah tak sehaluan. Bila KW ke kanan, NKW ke kiri dan KP pulak sentiasa menyusup dalam gelap. Saya cuma nak ingatkan, siapa sayangkan UMNO sebenarnya? Kita berperang sesama kita sepanjang tahun untuk berbunuh sesama sendiri dalam UMNO dan kita hanya menentang musuh sebenar kita hanya sekali dalam 5 tahun. Kekuatan kita makinh rapuh, UMNO semakin mengecil dan akhirnya dalam merasa kita masih kuat dan diterima rakyat, sedar-sedar di PRU13 kita dikalahkan pembangkang.

Siapa yang peduli jika UMNO tewas dalam PRU nanti? Yang kita peduli adalah kekuatan diri kita untuk tetap kekal sebagai pemimpin. Walaupun kalah dalam PRU kita tidak kisah asalkan kita masih jadi pemimpin walau pengikut kita hanya ada satu orang saja. Yang penting adalah kita tetap jadi ketua, walaupun sebagai pembangkang dalam kerajaan (baru).




2 comments:

Menyegar said...

Salam.Sesungguhnya pemimpin pemimpin UMNO semakin lama makin berubah kearah kebangsatan.

Anonymous said...

spu,

perbuatan kepong, tutup, pagar, kelabu mata terus menerus berlaku dalam umno. Persiapan terkinja-kinja nak tunjuk pada PM kononnya kerja kuat, smat, teratur dan sebagainya. Entahlah, Balik saja PM esuk semua pakat lintang pukang saja. Yang pasti hutang bertabur sana sini. Dengar cerita sekarang nak belanja 500,000. Belanja apa?.Yang pasti 50 % masuk poket kot?.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN