Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, June 10, 2010

UMNO LEMAH, PARLIMEN DAN BEBERAPA DUN DI JERANTUT AKAN DIRAMPAS PEMBANGKANG


Pertemuan demi pertemuan telah diadakan oleh Pas / PR di Jerantut. Sewaktu UMNO Pahang adakan konvensyen di Bandar Pusat Jengka, Pas pula mengadakan Konvensyen Peneroka di KIAS Temin, Jerantut. Program ini dihadiri beberapa tokoh besar pembangkang termasuk DS Anwar Ibrahim dan Zaid Ibrahim serta beberapa tokoh ternama lainnya

Terbaru, Mat Sabu orang yang bertanggung jawab memberi nama gelaran Al-Juburi kepada DS Anwar Ibrahim juga datang. Soalnya kenapa mereka kerap datang ke Jerantut? Dan apakah kita (UMNO peduli?

Sila lihat keputusan PRU12 lalu dibawah ini:

P81 - Parlimen Jerantut

UMNO - 19,543

Pas - 17,597

Majoriti - 1,946

N9 - Tahan

UMNO - 5,112

Pas - 3,755

Majoriti - 1,357

N10 - Damak

MCA - 5,674

PKR - 5,165

Bebas - 3,295

Majoriti - 509

N11 - Pulau Tawar

UMNO - 8,720

Pas - 5,426

Majoriti - 3,294

Berdasarkan keputusan PRU12 lalu, PR merasakan bahawa harapan untuk merampas kerusi sama ada Parlimen atau pun DUN adalah semakin cerah. Majoriti kemenangan bagi Parlimen hanyalah 1,946 manakala DUN Tahan hanya 1,357. DUN Damak terselamat dalam PRU lalu hanya kerana adanya calon bebas yang mampu meraih 3,295 undi, jika tidak kita akan dapat saksikan calon Melayu akan menduduki kerusi DUN berkenaan. Pulau Tawar menang lega dengan majoriti 3,294 undi.

Dari selepas PRU12 sehingga hari ini apakah yang berkesan yang kita rasakan telah dilakukan oleh UMNO Bahagian Jerantut untuk mengembalikan undi rakyat? Perkara yang sungguh kecil sekali adalah menyediakan blog bagi menyebarkan maklumat mengenai program dana aktiviti yang dijalankan juga tidak mampu dilakukan oleh UMNO Jerantut. Apa lagi yang UMNO Jerantut mampu lakukan selain dari itu? Maaf, tapi inilah kenyataannya dan yang nampak masih berkerja dan mengadakan aktiviti hanyalah Wanita UMNO. Saya bukan pro pada satu-satu pihak, saya pro kepada UMNO keseluruhannya namun saya bukan yes man. Saya akan menegur mana yang perlu bagi membantu memperkasakan UMNO Jerantut.

Dengan kemenangan majoriti lebih kurang 3,000 undi kebawah apakah kita boleh berpuas hati? Malahan kita masih bercakaran sesama sendiri. Masih ingat apa yang SPU bongkar dahulu dimana adanya usaha untuk memancas KW oleh pihak tertentu. Apakah ini tradisi UMNO? Apakah akan bertambah kuat kita apabila kita semakin berpecah belah?

Maaf sekali lagi bila saya katakan kita tidak sayangkan UMNO. Kita tidak memperkasakan UMNO sebaliknya kita hanya berusaha untuk memperkasamkan bahkan ada yang memperkosakan UMNO ini. Berapa ramai ahli baru yang dapat kita tambah selama ini? Mana aktiviti-aktiviti anjuran Pemuda UMNO? UMNO lebih gagah dibawah bekas Ketua Pemuda yang lalu.

Tidak mustahil pada PRU13 nanti kita hanya akan berputih mata jika masih tidak ada usaha untuk memperbetulkan keadaan ini. Apakah sumbangan AJK UMNO Bahagian untuk membantu Ketua Bahagian? Nampaknya mereka hanya inginkan jawatan bukannya berjuang untuk parti atau Agama, bangsa dan negara seperti yang selalu mereka sebutkan itu. Mudah-mudahan dalam pemilihan akan datang kita mampu memilih mereka yang jujur dan benar-benar ikhlas untuk berkhidmat bukannya kerana harapkan ‘rasuah’ yang mereka berikan.

Saya melihat UMNO semakin hari semakin hancur. Golongan mudah sudah tidak lagi memandang kepada UMNO. Pada mereka UMNO dan pemimpinnya hanyalah layak dihantar ke pusat pelupusan untuk dilupuskan terus.

4 comments:

Menyegar said...

Salam.Memang pemimpin pemimpin UMNO bahagian Jerantut mana fikir dan sayangkan UMNO.Mereka hanya gunakan UMNO untuk mendapat kontrek kontrek aje.UMNO just tiket bagi mereka untuk melantak duit duit projek kerajaan.Kalau tak dpt projek mereka akan hentam UMNO.Jiwa mereka sememangnya jiwa tahi.

Anonymous said...

Rasanya bukan Parlimen Jerantut saja dirampas oleh pembakang tetapi seluroh Parlimen PAHANG. Sebabnya Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang dan Ketua2 Bahagian nya semua nya tidor sebab selesa pegang jawatan penting. Dia orang peduli apa dengan parti kalah janji ada pangkat dan boleh cari makan. Semua Ketua2 Bahagian dalam Pahang termasuk MB Tok Nan ditukarkan dengan muka baru supaya UMNO terus relevan.Bagi peluang pada ahli professional dan graduan2 muda.

WZWH said...

Salam saudara SPUJ,
Tahniah! Satu posting analisis kekuatan dan kelemahan UMNO dan BN yang saya kira boleh menyedarkan kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut untuk bangkit,bekerja dengan lebih kuat lagi bagi memastikan kemenangan UMNO dan BN di Jerantut dalam PRU 13 nanti. Teruskan menulis posting yang sedemikian, saya menyokong penuh usaha murni saudara SPUJ.

BALIK ANGIN said...

Spu,

WZWH timbulkan dalam mesyuarat pemuda menuduh nama-nama tertentu menulis blog dan mendesak supaya repot polis, kemudian kalau didepan dia suruh tulis lagi. Apa jenis lidah manusia ni?.Hipokrit.Jangan layanlah budak otak tak betul tu, macam boss dia juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN