Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, November 10, 2011

CABARAN BESAR POLITIK JERANTUT DI PRU13




PRU semakin dekat. Pihak pembangkang sudah bersiap-siaga. Kerja-kerja sudah dijalankan sejak lama dulu. Mereka memang berhasrat untuk menawan Jerantut, parlimen dan beberapa DUN.

Khabar YBM Tengku Lan tidak bertanding membungakan hati Tuan Ibrahim Tuan Man. Perancangan telah dibuat dan strategi telah diaturkan. Tuan Ibrahim akan bertanding di Parlimen walau menentang siapa saja sekali pun, beliau yakin akan tetap menang. 

Dr. Hamzah dijangka akan memberikan laluan kerusi parlimen kepada Tuan Ibrahim dan akan berpindah ke DUN Tahan. Jika calon BN adalah orang lama, peluang beliau untuk menang juga besar disini.

DUN Pulau Tawar akan menyaksikan diterjah oleh calon baru. Blogger Cucu Mat Kilau dijangka akan menawarkan khidmat disana. Beliau seorang aktivis masyarakat yang aktif dan dilihat berpeluang besar bila dicalonkan sama ada atas tiket Pas, PKR ataupun KITA.

DUN Damak kemungkinan besar akan dipertandingkan 3 penjuru. Jika MCA meletakkan calon lama, DAP juga akan meletakkan calon yang pernah bertanding atas tiket bebas dulu. Md. Nor yang bertanding atas tiket PKR dulu dijangka sekali lagi akan mencuba nasib tetapi kali ini atas tiket parti KITA. Jika orang Melayu bijak memilih pada PRU13 ini nanti, pasti beliau akan berpeluang menang.

PRU13 akan memberi makna kepada politik Jerantut. Juga merupakan cabaran besar kepada pengundi-pengundi khususnya orang Melayu.


5 comments:

Anonymous said...

sy org kg koi,mcm mana sekalipun sy tetap akan undi bn.Sy tak nampak apa yg pembangkang boleh buat utk kebaikan rakyat.setiap hr ceramah serata tempat utk tanam rasa benci rakyat pd kerajaan.itu je yg pr boleh buat.kemajuan?zerooooo

Anonymous said...

sy pun org koi, mcm mana sekalipun sy tetap tidak akan mengundi bn. Sy nmpk terlalu bnyk keburukan dan kerosakan yg dilakukan oleh bn selama ini, jika pembangkang memerintah, pasti sesuatu dapat diubah..

Kutukan Dewata said...

PEMBANGKANG MEMERINTAH DAP JADI TUAN.KAU BERTUANKAN LAH LIM GAUNG END
TU.DAULAT GAUNG END!!!!!

MymassaVoice said...

Salam tuan,

Blog tuan telah dilink di blog kami.

Mohon link blog MyMassa di blog ini.

http://mymassa.blogspot.com

Terima kasih.

Anonymous said...

Kutukan Dewata said...
PEMBANGKANG MEMERINTAH DAP JADI TUAN.KAU BERTUANKAN LAH LIM GAUNG END
TU.DAULAT GAUNG END!!!!!

Macam laa UMNO pernah jadi dan akan jadi Ketua Menteri PPinang. Bodoh punya cikgu Jerantut. Tu laa dok dalam hutan lama sangat. Tak dengar apa PM dah cakap dan UMNO PP dah pun akur. Stupid ..sampai budak sekolah pun ikut jadi bodoh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN