Hehehe! pemimpin UMNO kita!!!!!
Beberapa hari lepas SPU bertemu dengan Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohd Nor Jaafar di Restoran Al-Hijrah, belakang Bank Rakyat Jerantut. Walaupun bersembang santai, namun bila dengan orang politik tentu satu dua perkara masih juga berkenaan politik dan isu semasa. Apapun, kehangatan dan bahang PRU sudah semakin dirasakan.
2. Pihak Pas sendiri sudah bersiap sedia memperkasakan jenteranya. Tumpuan kepada generasi muda serta sibertroppernya. Berbagai program dilakukan (Klik Sini). Para pemimpin mereka semakin yakin dan Pemuda mereka juga berkeyakinan.
3. UMNO masih tercari-cari formula dan menentukan arah tuju perjuangan. Pemimpin masih lena dan yakin akan menang tanpa sedar bahawa rumah yang diduduki semakin senget dan hampir runtuh. Pemegang kuasa masih berusaha untuk mengaut untung dan laba sebanyak mungkin tanpa hiraukan keperluan rakyat. Mereka berlumba-lumba merebut harta. (Klik Sini) Ada orang-orang UMNO sendiri yang kata, PRU nanti biarkan saja mereka itu yang buat kerja, biar padan muka.
4. Nampaknya Pembangkang semakin kuat dan UMNO semakin lemah.Pemimpin-pemimpin masih tidak sedar apa yang berlaku diakar umbi kerana mereka tidak berada diakar umbi. Program Juara Rakyat bukan untuk mengangkat rakyat jadi juara tetapi hanya untuk mengangkat diri para pemimpin sendiri keatas rakyat walaupun rakyat tidak menyukainya.
5. Media Baru pembangkang sudah mantap dengan bantuan dana yang besar tetapi UMNO sendiri masih terkial-kial dan sumbangannya tidak diambil peduli. Mereka sungguh yakin bahawa UMNO adalah parti keramat yang tidak mungkin akan kalah. Mereka lupa untuk melihat sekeliling, betapa kuat bagaimana sekalipun, bahkan kerajaan yang dipimpin diktator juga turut tumbang.
6. Kadang-kadang rakyat merasakan bahawa tindakan kerajaan membelakangi mereka dan menambahkan kebencian. (Klik Sini) Perlantikan Nalla sebagai senator juga dipermain-mainkan di ruang facebook. Selepas Ezam, kini Nalla, mungkin selepas ini Sayfool pula agaknya. Memang politik kita semakin berwarna-warni sebagaimana kata seorang sahabat.
7. Dari sembang kedai-kedai kopi, PRU nanti akan menyaksikan UMNO dihukum. Rakyat memihak kepada pembangkang bukan kerana mereka itu lebih baik, tetapi kerana kerajaan yang ada masih tidak berubah, atau berubah kearah yang lebih membuatkan rakyat semakin benci. Ada yang berkata, 'Kota' tua ini mesti diruntuhkan kerana surukturnya yang sudah tidak kukuh lagi, kita akan membina semula 'kota' yang lain diatas runtuhan kota ini nanti.
No comments:
Post a Comment