Makluman: 1/2010
Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.
Monday, October 11, 2010
KU LI CALON DUN GALAS DAN MB KELANTAN?
Ada beberapa pendapat yang menyokong Ku Li bertanding di N45 DUN Galas bagi membolehkannya menduduki kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan seterusnya berperanan sebagai perancang utama bagi kerajaan UMNO / BN untuk merampas semula Kelantan dari Pas. Ini kelak akan membolehkan beliau menjadi MB UMNO Kelantan Pertama apabila berjaya merampas Kelantan dari Pas nanti. Ramai berpendapat hanya itulah cara bagi BN / UMNO untuk merampas semula Kelantan kerana usaha sebelum ini tidak pernah berjaya.
Pendapat ini telah disuarakan di blog Beranikan Hati pada posting 4.10.2010 (Klik Sini) Pendapat yang sama juga disuarakan oleh blogger Mustaqim Abdul Rahman di blognya Satu Pandangan pada 10.10.2010 (Klik Sini) dan di MyKMU.Net pada 11.10.2010 (Klik Sini)
Pendapat itu ada kewajarannya kerana hanya Ku Li yang masih kelihatan mampu menyatukan rakyat Kelantan dan mengalahkan pengaruh Pas. Jika calon DUN Galas ditawarkan kepada Ku Li seterusnya memberikan beliau tanggungjawab untuk merampas Kelantan dari Pas dengan mencadangkannya sebagai MB Kelantan, sudah tentu segala usaha akan kelihatan lebih mudah dan impian BN untuk merampas Kelantan akan menjdai kenyataan. Bagaimanapun segalanya akan terpulang kepada kesanggupan Ku Li sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment