Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, October 19, 2010

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO BERLANGSUNG HARI INI

Seramai 4,907 perwakilan dijangka akan menghadiri Perhimpunan Agung Umno ke-61 yang dijadual berlangsung selama lima hari bermula hari Selasa hingga Sabtu ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur berkata mereka terdiri daripada 2,543 perwakilan yang akan ke Perhimpunan Agung Umno, 793 perwakilan ke perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, 795 perwakilan di Perhimpunan Agung Pemuda dan 776 perwakilan ke Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri.

Sebanyak 54 daripada 71 perwakilan Kelab Umno Luar Negara yang diundang juga telah mengesahkan kehadiran pada perhimpunan kali ini.

Tengku Adnan berkata Perhimpunan Agung Umno kali ini akan membahaskan tiga usul iaitu Ucapan Dasar Presiden, Usul Ekonomi dan Usul Pendidikan dan Agama.


Harap pada perhimpunan kali ini para perwakilan benar-benar serius bincangkan masalah Melayu dan UMNO sendiri. Janganlah ada yang hadir sekadar untuk buat lawak atau ketawa mendengar lawak.




Ataupun sekadar melayan mimpi dan menyedut airlior basi sendiri...




Atau menguap luas-luas sampai boleh masuk langau. Datang KL saja nak shopping sakan ke Mak Cik?




Shhhh! Pak Mertua, bangun! Kamera dok fokus kat hang tu! Nasib hang berenti cepat. Kali ini elok hang tak payah datang pun!






Dan jangan juga bertindak ganas dan tidak bermoral seperti anak menantu ini






UMNO masih menjadi perhatian rakyat, justru hati-hati dengan tingkah laku kerana para perwakilan adalah mewakili akar umbi dan bertanggungjawab terhadap akar umbi.


Baca juga disini.

3 comments:

Anonymous said...

Salam.Persidangan agong UMNO akan tetap sama mcm dulu jugak.pi mai pi mai tang tu jugak.Kalau dah pemimpinnya sama aje tak ikhlas berjuang untuk parti.Berjuang utk tembolok aje hasilnya akan tetap sama jugak.

kingnek said...

memang padat gambar tersebut, si Hishamudin jangan nak ketawa aje, masalah besar sekarang ni

chenerong ular said...

Kingnek,betul cakap hang tu,MENTERI DALAM NEGERI,MEMIKUL,MENGALAS TANGGUN JAWAB YANG AMAT BESAR SEKARANG,BANYAK SANGAT KERENAH2 YANG BERLAKU KEBELAKANGAN INI MENJATUHKAN MERTABAT KDN,MELIBATKAN KESELAMATAN NEGARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN KOMPORMI LAGI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN