Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, October 16, 2010

LAGI ROCKY'S VS RAIS



Antara berita yang masih hangat sejak beberapa hari lalu adalah mengenai blogger Rocky's Bru vs Rais Yatim. Semua orang tahu mengenainya. Blog Aspan Alisa menulis begini (sebahagiannya):
Isu yang terpanas sekali yang kita sedang lihat dan dengar pada ketika ini ialah isu Rais Yatim dengan blogger kenalan ramai Dato Ahiruddin Atan @ Rocky Bru. Reaksi dari bloggers tanah air nampaknya sangat panas dan ianya mendapat perhatian dari pimpinan negara. Rais yang dikenali sebagai juara silat politik kali ini nampaknya tersalah langkah dan tersilap silat kerana menyanggah ketempat yang tidak betul.

Nampaknya Rais sudah hilang pencaknya dan beliau nampaknya tidak tertepis pukulan pencak dari Rocky Bru. Rais seolah-olah seperti anak muda julung berkeris: batang pisang pun beliau sanggah. Menyanggah Rocky itu sendiri adalah salah caranya. Rocky bukannya mengajak beliau berpencak tetapi semata-mata menulis untuk memberitahu apa yang beliau dengar tentang isu pemberian kontrak computer riba untuk memberi ‘jerk’ kepada penggunaannya oleh rakyat Malaysia.

Orang ramai jelas terkejut apabila beliau membuat lapuran polis terhadap Rocky dan dalam tempuh 2 jam sahaja pegawai MCMC telah pantas membuat penyisasatan terhadap Rocky. Tetapi anehnya tidak ada pula pihak seperti MACC bertindak cepat untuk menyiasat Rais apabila berita yang kita dengar dihujung-hujung telinga itu benar atau sebaleknya.  (Klik untuk baca diblog Aspan Alias)

Blogger Rocky's Bru sendiri seakan menyanggah Rais Yatim (Sini)
Sahabat-sahabat blogger lain juga mengasaknya, Klik ke blog  My Anger, It May be Yours Too   dan   Pure Shiite

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN