Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Wednesday, October 6, 2010

LELAKI 'BERMADU' BIADAP SINDIR NEGARAWAN SAKIT

Gambar Ehsan The Unspinner


Hari ini banyak pihak yang menghentam Azmin atas sikap kurang ajarnya kepada Tun Dr Mahathir, daripada PERKASA sendiri sampai kepada NGO=NGO melayu yang kebelakangan ini tumbuh macam cendawan pula, tidak seperti sewaktu pemerintahan Tun Dr Mahathir dahulu.  Politik pembangkang kebelakangan ini memang sudah memasuki era tidak beretika, habis semua perkara berkaitan kematian, pembunuhan sehingga kepada keadaan kesihatan bekas pemimpin dijadikan isu politik asalkan ada peluang untuk menghentam kerajaan.

Sejauh mana taktik ini berjaya menimbulkan kebencian kepada kerajaan, kita masih belum pasti lagi sebab setakat yang kita nampak, strategi politik sedemikian hanya menguntungkan pembangkang untuk jangka masa pendek tetapi bukan untuk jangka masa panjang.  Sikap keterlaluan dalam mempolitikkan hal hal kematian dan keadaan kesihatan pemimpin apatah lagi yang berjiwa besar seperti Tun Dr Mahathir hanya akan menjerat diri sendiri juga nanti. (Baca MyKMU.net)

Perbuatan Azmin itu memamg dikecam banyak pihak terutama dikalangan blogger yang menganggapnya sebagai 'Lelaki Bermadu' yang biadap menyindir seorang negarawan yang sedang sakit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN