Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Wednesday, October 6, 2010

LAWATAN SULTAN KE ULU TEMBELING





 

Jerantut - 5hb. Oktober 2010. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Riayattudin Al-Muazam Shah telah berkenan melawat Kg. Bantal sempena Majlis Sambutan Hari Raya bersama penduduk kampong Ulu Tembeling. Majlis yang dihadiri oleh lebih 2000 orang berkenan belaku dalam suasana yang mesra dan ceria. Turut hadir dimajlis berkenaan adalah Dato' SUK Negeri, Pengarah-pengarah dan pegawai-pegawai kerajaan, serta Ahli Parlimen dan ADUN Kawasan tanah.

Dalam kesempatan itu, Tuanku berkenan menyumbangkan bantuan berupa wang tunai kepada orang-orang miskin, warga emas, ibu tunggal dan kanak-kanak.Tuanku juga bertitah supaya jembatan balak yang dibina bagi membawa keluar hasil balak dari kawasan pembalakan itu terus dikekalkan bagi kegunaan awam terutama orang-orang kampong berhampiran. Tuanku yang tiba dengan 'helikopter' berangkat meninggalkan majlis selepas santapan makan tengahari.  ~ (Laporan SPU langsung dari Kg. Bantal)

1 comment:

Anonymous said...

Salam...,

Allah Hu Akhbar..., Ampun Tuanku...,

Patek merapak sembah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku...,

Izinkan patek menyampaiakn sedikit pengalaman mengenai kisah2 dulu dizaman 60an dan 70an kepada pemimpin khasnya Masayrakat Ulu Tembeling (MUT).

Salam SPU & MUT...,

Mari kita imbau kenangan semasa hayat Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Sir Abu Bakar Ri-Ayatud-din Al-Mu’Azam Shah Ibni Al-Marhum Al-Mu’Tasim Billah Al-Sultan Abdullah, di kawasan Ulu Tembeling semasa hayat merupakan kawasan tradisional pedalaman yang tidak ketinggalan dalam siri lawatan Almarhum Baginda. Rakyat Kebawah Duli ketika itu akan berduyun-duyun menunggu keberangkatan tiba baginda. Pelbagai persiapan dan buah tangan rakyat jelata untuk dipersembahkan kepada baginda.

Rakyat dipedalaman sebenarnya bukan untuk menuntut habuan dari bginda selepas bertukar tangan, tetapi rakyat amat tersentuh hati apabila, baginda masih mengingati nama-nama mereka itu. Sebagai contoh, beberapa nama yang disebut baginda ketika itu, seperti "Tok Mukim Kecik, Tok Empat Abu Nipah" begitu juga dengan kaum ibu seperti "Yang Long Fatimah, Mak Long Zainab" dan beberapa yang lain sambil menyebut nama2 itu, “awok sihat lagi” mereka ini akan tersipu-sipu “ish, ish ampun tuanku, sihat”. Satu perkara lagi yang masih terngiang2 sehingga ke hari ini, iaitu pada tahun 1973 (ulang tahun baginda ke 69) di Kuala Tahan, diatas rakit khas untuk menggungu keberangkatan tiba baginda, seorang perempuan tua penduduk di Kuala Tahan membawa persembahan buah tangan berupa pisang emas. Baginda bertanya "awok sapa nama", baginda tidak berlengeh menyelok poket seluar menghulur RMXXX.00 ketika itu. Bahkan yang tidak membawa persembahan pun, baginda turut menghulurkan buah tangan kepada rakyat jelata yang menunggu keberangkatan tiba baginda. Setahun akan datangnya, baginda bertemu lagi dengan perempuan tua yang membawa persembahan pisang emas, baginda dengan spontan meyapa “Che Minah, awok sihat” sambil meghulur RMXXX.00, dan juga kepada rakyat baginda yang lain.

Betapa perihatin dan sayangnya baginda terhadap rakyat jelatanya. Itulah sebagai contoh yang perlu menjadi ikutan khasnya kepada bakal2 yang ingin bergelar menjadi pemimpin.

Pang5 Banir... sekadar renungan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN