Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, October 24, 2010

SEBAHAGIAN AMANAT PRESIDEN




Demi menghadapai pilihan raya umum akan datang, Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berjanji akan membuat perubahan kepimpinan parti itu di peringkat tertentu.

"Dalam masa terdekat ini saya nak buat perubahan pada kepimpinan Umno di peringkat tertentu. Moga akan lengkaplah (barisan kita)," katanya yang juga perdana menteri.

Dalam ucapan penggulungan dalam mesuarat agung Umno 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini, Najib bagaimanapun berkata akan merundingkannya terlebih dahulu dengan timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan tiga naib presiden parti itu.

"Bincang dengan Jawa, Turki dan lanun semua apa formula terbaik," katanya berseloroh merujuk kepada ketiga-tiga naib presiden - Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Shafie Apdal - yang masing-masing mempunyai darah bangsa dan kaum yang disebutkan itu.

Perkara itu ternyata mencuit hari ketika-tiga pemimpin kanan Umno itu serta perwakilan yang hadir.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut secara jelas peringkat tersebut.

Bagaimanapun, kemungkinan besar perubahan itu akan melibatkan jawatan pengerusi perhubungan negeri ekoran beberapa teguran daripada perwakilan sepanjang tiga hari persidangan Umno pada tahun ini.

Najib juga menggesa anggota parti itu "tidak malas untuk menang di Galas dan tidak jadi batu api untuk menang di Batu Sapi."

~ Sumber Bernama

1 comment:

Anonymous said...

Salam SPU & Sema2...,

SEBAHAGIAN AMANAT PRESIDEN

- Apakah ia merupakan amanat keramat...!!!

Sebelum berbicara lanjut, pohon dipinta kepada manusia bertubuh kerempek tidak bertambah kerempek, ia akan berlawan dengan siboroi mungkin terus rakus. Ia bukan bahasa sastera.

Amat menghargai amanat, bukan bagi YAB DS Najib berseorangan untuk melakukan transformasi, mesej beliau jelas. Tidak semudah itu, melampias mesej keramat itu, hanya untuk diuar2kan kepada rakyat jelata. Bilamana orang berkata2, pembawa mesej jelas itu menimbulkan sentimen terhadap masyarakat, bermakna ia tidak sampai kemana2 pun. Jangan mengharapkan mesej itu bergerak sendiri atau seperti meyembunyikan debu dibawah karpet.

Siapa sepatutnya melakukan transformasi itu, kalau yang sanggup sebelum ini memberikan pertolongan kepada individu, kali ini bukan lagi, logiknya kepada semua. Caramana ia berlaku, itu persoalan yang ada dihadapan. Rakyat tidak lagi mengira dengan menggunakan “batu serimban” tetapi kemarau di ulu keruh di hilir rakyat cukup mengerti. Pernah terjumpa dengan pemimpin, sebelumnya tiada, selepas “berak” ada keputusan, jadi keputusan itu telah dipengaruhi oleh syaitan.

Pang5 Banir... terus mengharungi kepayahan itu...!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN