Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, October 18, 2010

NASIB MELAYU



Blog Ridhuan Tee adalah antara blog yang saya tidak dapat tinggalkan dari membacanya setiap kali ada posting baru. Membaca blog ini akan membuka minda kita seluas-luasnya. Blog ini tidak memperkatakan politik secara jelas namun kadang kala akan juga menulis mengenai perkembangan politik semasa.

Jika ada yang akan dinobatkan sebagai pejuang Melayu yang bukan dari kalangan Melayu maka sudah mestinyalah beliau itu Saudara Ridhuan Tee ini.

Sebahagian tulisan terbarunya bertajuk nasib bangsa Melayu dibumi Melayu di bawah ini;

Lihat sahaja negeri China, Jepun, Perancis, Amerika, Australia, Thailand, Vietnam dan sebagainya, bahasa mereka begitu mendominasi negara tanpa berkecuali. Kenapa negara kita tidak bersifat sedemikian? Baru-baru ini saya dikunjungi oleh seorang guru senior India yang mengajar bahasa Inggeris, di Kuala Lumpur, menggelarkan dirinya cikgu Siva Malaysia. Beliau amat terkenal di sekolahnya disebabkan cara hidup beliau yang amat berjiwa Malaysia berakarkan semangat kebangsaan kenegaraan yang begitu kuat. Bahasa Melayunya amat fasih mengalah orang Melayu sendiri. Saya fikir cara dan akhlak beliau seperti orang Islam, walaupun hakikatnya beliau masih belum Islam.

(Klik untuk baca diblog Ridhuan Tee)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN