Oppppps!
Bila SPU menulis sesuatu yang mengenai sesuatu pihak maka mereka katakan berbuat kerosakan kepada UMNO Jerantut. Hakikatnya apabila SPU menulis ada satu pihak yang akan suka manakala ada satu pihak lagi yang akan marah. Begitulah seterusnya, ibarat kata; 'ditelan mati mak, diluah mati bapak'.
Mari kita sorot dan mencari kenapa itu terjadi? Jawapannya sangat mudah, kerana UMNO Bahagian Jerantut ini berpuak-puak. Di bahagian sendiri kita ada puak Ku Lan (ini sangat wajar kerana beliau adalah Ketua Bahagian dan segala sokongan seharusnya menumpu kepada beliau), puak Wan Amizan dan puak Dr. Haji Shukri. Selain itu ada juga puak yang masih menyokong Dato' Azizan, Dato' Bazain serta Dato H'j. Nazri.
Dalam Wanita UMNO pun bukan tidak berpuak-puak. Selain dari Ketua Wanita UMNO Bahagian Pn. Horhelan ada puak yang menyokong Siti Hajar (tentu didokongi oleh seseorang yang berkepentingan). Selain itu khabarnya Ketua Penerangan Wanita, Khadijah Said ingin menentukan arahnya sendiri ini berdasarkan banyak program-program yang diadakan tanpa merujuk kepada KW lagi. Samalah juga dengan NKW Siti Hajar, masih ingat program dimana NKW cuba menyekat KW dari berucap?
Selain itu 'Kak Key' orang baru (dalam jawatankuasa) tetapi sudah lama dani dengan ubahsuai, bersama orang kanannya 'One Petty' juga sedang mencatur sesuatu, untuk merebut jawatan NKW. Kerana itulah dia berusaha menolak NKW menentang KW.Mungkin 'Kak Key' menganggap dirinya ada kekuatan kerana adanya 'seseorang' dari belakang.
Dalam Pemuda pun demikian juga. Cuma Ketua Pemuda nampaknya masih kuat dan sukar ditentang. Tidak hairanlah kerana beliau adalah penyokong tegar KJ (KP Malaysia). Dengar khabar, pencalonannya juga berkat ikhsan KJ sewaktu masih menantu PM (sekarang dia menantu mantan PM). Kedudukan KP kurang stabil sekarang ini berikutan usaha diseluruh negara melemahkan KJ dengan melemahkan kroni-kroninya termasuklah KP Jerantut ini.
Penentangan terhadap KP di bahagian juga jelas apabila Mustaffar Maarof tidak lagi sehaluan dengannya dan secara 'gentlemen' meletakkan jawatannya. Orang-orang Mustafar masih ada didalam AJK dan mereka bila-bila masa saja boleh membuatkan KP tidak stabil dan rebah dengan tindakan bersepadu, atau sekurang-kurangnya imejnya tercalar kerana sudah hilang kepercayaan.
Puteri tidak terlalu jelas perbalahannya. Kalau ibaratkan kentut, mereka yang rata-rata masih remaja ini masih pandai menahan kentut ataupun kentut senyap-senyap. Bagaimanapun khabarnya Cikpuan Tini ini terlalu ghairah untuk menjadi ADUN Tahan. Maka berusahalah dia dengan bantuan orang dibelakangnya melobi. Pandangan saya peribadi, dia masih muda dan tidak akan mampu membuat pertimbang wajar dalam satu-satu hal penting kelak.
Pertimbangan haruslah wajar, jangan hanya kerana kroni maka kita setuju pencalonan seseorang itu. Akibatnya akan buruk dikemudian hari. Calon ADUN mestilah waras fikiran dan panjang akal. Kata orang-orang tua; 'dari cempedak baiklah nangka sebab nangka panjang tangkainya, dari budak baiklah janda sebab janda panjang akalnya'. Jika faktor ranking di bahagian diambil kira, kenapa Ketua Puteri boleh mengatasi Ketua Wanita dalam pencalonan sebagai ADUN? Bukankah daripada budak lebih baik pilih janda?
Apapun, apalah poilitik itu tanpa politiking? Bukan blogger yang memecahbelahkan UMNO Jerantut, tetapi UMNO Bahagian Jerantut sudah berpecah belah sejak dulu lagi, sejak kita mengenali politik dan politiking di Jerantut ini. Hakikatnya adalah; kita akan suka bila blogger menulis sesuatu yang menyokong kita dan kita akan marah bila blogger menulis sesuatu yang tidak menyokong kita. Demikian juga pada orang-orang lain. Semua pihak ada kepentingannya masing-masing. Masing-masing ada harganya sendiri.
1 comment:
Harga diri? huhu aku rasa pemimpin pemimpin UMNO mana ada harga diri dah.Semua dah kena telanjang sebab banyak sangat blurpp..
Post a Comment