Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, October 14, 2010

ROCKY'S BRU

1. Blogger Rocky's Bru disiasat MCMC (klik sini)

2. Rais Yatim buat laporan polis (klik sini) berikutan posting Rocky's Bru (begini)

3. Blogger Aspan Alias kata; Rocky! saudara tidak keseorangan bro! (klik sini)

CnP sepenuhnya;

Dalam pada kita sibuk berbincang dan mentalaah tentang pilihanraya kecil Galas, kita berhadapan pula dengan ‘pertandingan’ diantara Blogger kenalan ramai Rocky Bru dengan Rais Yatim yang menjadi Menteri Penerangan, komunikasi media dan kebudayaan negara.

Banyak pihak telah menulis bagaimana kronoloji hingga Rais membuat lapuran polis terhadap Rocky Bru dan tidak payahlah saya menulisnya lagi kerana kesuntukkan masa. Lagi pula sehari dua ini saya tidak berada dalam tahap kesihatan yang sepenuhnya.

Walau bagaimana pun saya akan membuat sedikit komen dan memberikan pandangan tentang sikap Rais yang saya kenal sikit-sikit. Rais adalah seorang yang tidak mempunyai toleransi yang kuat terhadap sesiapa kecuali kepada yang lebih berkuasa darinya.

Rais amat sensitif orangnya dan akan cepat melompat apabila dikritik apa tah lagi jika kritikkan terhadap kepada beliau itu hampir kepada kebenarannya. Rais ialah seorang ‘very good servant but a bad master’. Beliau tidak ada sifat ‘allegiance’ kepada rakan dan taulan lebih-lebih lagi mereka yang tidak memberikan faedah kepada beliau.

Jika seseorang itu mempunyai kuasa dan bergelar serta bernama Rais akan menghormatinya walaupun orang itu mempunyai moral yang teruk dari orang seperti kita ini. Mulut dan kata-katanya manis tetapi lain ceritanya dibelakang.

Beliau merupakan seorang Menteri yang pertama membuat lapuran polis terhadap masyarakat blogger dan beliau mengambil tindakkan itu dengan cepat dengan meminta MCMC yang berada dibawah naungannya untuk bertindak.

Cara yang beliau sepatutnya lakukan sebagai orang yang selalu bercakap tentang adat dan adab tidak dibuatnya. Apa yang menahan beliau untuk memanggil blogger-blogger yang menulis tentangnya dahulu sebelum mengambil tindakkan seperti yang beliau lakukan itu.

Rais memang seorang yang tidak boleh disentuh walaupun sedikit dari mana-mana pihak yang tidak memberikan keuntungan kepada beliau. Tetapi kalau seorang yang lebih tinggi dari beliau beliau sanggup untuk tundukk dan mengangguk seperti burung balam untuk menyambung kedudukkan beliau dalam kerajaan.

Kapada Ahiruddin Atan, buatlah apa-apa yang patut yang dibenarkan oleh undang-undang untuk memberikan kerjasama kepada pihak yang menyiasat, kerana saudara tidak ada membuat apa-apa yang dianggap ‘defamatory’ terhadap Menteri itu. Saudara hanya mengatakan apa yang saudara dengar. Saya pun dengar juga banyak perkara tentang beliau dan KSU Kementeriannya.

Hanya saya tidak mengambil ‘pot’ terhadap apa yang saya dengar kerana cerita seperti itu memang cerita biasa bagi Menteri-Menteri dan pihak-pihak yang berkuasa mengambil kesempatan terhadap peluang mencari ‘extra cash’ selain dari gaji yang lumayan dan kemudahan yang banyak dari kerajaan.Saya berdoa agar Rocky akan melepasi tindakkan yang sedang beliau hadapi itu.

Rocky, saudara bukan kesaorangan. Ramai yang akan bersama saudara menghadapi isu yang saudara alami sekarang.

1 comment:

Anonymous said...

pd saya..berkata lah benar walaupun pahit. klau betul dato' rocky ada bukti tunjuk lah. tp yg aspan alias tu sokong tetiba..mm..semua pembaca blh agak dia ni side siapa klau baca postingnya. apa pun pd sy, jgn lah tetiba jadi hero sbb dpt memberi manfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN