Rompin - Isnin 4hb Oktober 2010. UMNO Bahagian Rompin dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Pahang telah menganjurkan 'Program Ceritalah' dan Majlis Sambutan Hari Raya bersama veteran UMNO dalam kawasan Rompin bertempat di Dewan Jubli Perak SAS, Majlis Daerah Rompin.
Timbalan Ketua Bahagian, Dato' Hassan Ariffin menrajui program berkenaan dengan meraikan seramai 250 orang veteran UMNO yang hadir yang berumur diantara 65 ke 94 tahun. Dalam program 'Ceritalah' ini hadiri mengimbau kembali pengalaman dan sejarah sejuangan para veteran UMNO untuk dikongsikan bersama bagi memperkasakan semangat UMNO yang semakin pudar ketika ini. Berbagai-bagai kisah dapat didengari dari para veteran UMNO pada acara itu.
Bagaimanapun apa yang terbuku dihati adalah ketiadaan AJK Bahagian serta mereka yang sepatutnya turut menghadiri majlis berkenaan sebagai sokongan dan komitmen dalam memperkasakan semula UMNO. Sila baca blog berkenaan dimana sumber didapati - klik sini
UMNO Bahagian Jerantut bila nak adakan program sebegini? Atau merasakan tidak perlu kerana UMNO Jerantut sudah kuat dan tidak memerlukan sokongan veteran dalam PRU akan datang?.
No comments:
Post a Comment