Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, October 5, 2010

HIJAU ITU PAS ATAU PAS ITU HIJAU?



Kuantan - Rakyat Pahang harus berbangga mempunyai seorang Menteri Besar yang kini mula mencintai "warna hijau". Kelibatnya yang berpakaian hijau ketika program Jelajah Teknologi Hijau Negeri Pahang 2010 di Hotel Vistana Kuantan baru-baru ini, sungguh mengejutkan ramai pihak. Ini memandangkan, sebahagian besar dikalangan mereka tidak pernah melihat Dato' Sri Adnan Yaakob berpakaian serba hijau seperti itu.

Gelagat beliau telah mendapat perhatian ramai pihak. Tambahan pula selama ini, diwar-warkan pemimpin UMNO BN begitu "fobia" dengan warna Hijau. Masih kita ingat pimpinan UMNO sanggup mengarahkan Petronas menukarkan warna hijau pada logonya agar tidak terlalu mirip kepada lambang parti PAS. Akibat tindakan tersebut, Petronas terpaksa berbelanja jutaan ringgit untuk membuat perubahan kepada semua logo yang terdapat kepada premis perniagaannya di seluruh negara khasnya dan dunia amnya.

Sekarang agaknya Menteri Besar Pahang sudah sedar akan keterlanjuran mereka. Lantaran itulah beliau rela berpakaian serba hijau ketika berada di Majlis Jelajah Teknologi Hijau peringkat negeri Pahang baru-baru ini. Rakyat harus bersyukur dan merasa gembira dengan apa yang mereka saksikan ini. Adnan berjaya memecahkan tradisi yang selama ini dpelopori oleh pemimpin PAS itu. Warna hijau yang menjadi lambang parti PAS akhirnya diterima oleh beliau. (Sumber Pahang Daily Online)

Nampaknya warna hijau sudah menjadi warna Pas dan orang lain sudah tidak boleh menggunakan warna berkenaan. Begitu sempit fikiran kita sehingga perkara sedemikian kecil juga kita jadikan alasan untuk membezakan antara UMNO dan Pas.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN