Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, July 29, 2010

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI MENAJA UMRAH ~ MENCARI KEREDAAN ALLAH

SPU juga ingin mengucapkan selamat mengerjakan ibadah umrah kepada semua Ketua-Ketua Kampong dan Ketua-Ketua UMNO berkenaan yang berpeluang ke tanah suci. 


Beruntung sungguh menjadi Katua UMNO dan Ketua Kampong yang semestinya dedekasi berusaha untuk membangunkan kampong, daerah, negeri dan negara tanpa mementingkan diri mereka. Untuk mendapat peluang yang sama maka orang lain juga perlu menjadi Ketua UMNO Cawangan serta Ketua kampong. Mari kita tubuhkan banyak lagu Cawangan-cawangan UMNO dan bina banyak lagi kampong-kampong baru.


Jika ada 30 orang, kita tubuh Cawangan UMNO, bila ada 20 keluarga kita buka kampong baru. Banyakkan Ketua UMNO dan Ketua Kampong. Banyakkan juga DUN-DUN dan Parlimen-Parlimen bagi memberi peluang ahli-ahli politik lain menjadi ADUN dan Ahli Parlimen. Tentu banyak juga berpeluang menjadi AJK Bahagian, SU Bahagian dan SUK Bahagian. Tentu negara lebih cemerlang gemilang dan terbilang. Yang rasuah dan salah guna-kuasa tentu akan terbuang.


Apapun, baca sepenuhnya tulisan dari sebuah blog mengenai tajaan menunaikan umrah ini (dengan fikiran positif):
Sangkakala mengucapkan selamat menjalani umrah kepada rombongan DUN Tahan ke Mekah yang berlepas pada 24 hb. Julai yang lalu. Rombongan ketua-ketua UMNO dan ketua kampung yang terdiri lebih 32 orang itu ditaja oleh YB Dato Wan Amizan Wan Razak ADUN Tahan itu sekarang sudah berada dikota Mekah mengerjakan umrah.

Hanya tiga orang ketua cawangan yang tidak dapat mengikuti rombongan tersebut adalah ketua UMNO Cawangan kampung Gol, Ketua cawangan Pedah dan ketua cawangan Jerantut Ferry.

Kepada yang tinggal samalah kita berdoa agar mereka selamat pulang ketanah air dan dapat mengerjakan ibadat umrah secara aman dan tenteram.

Itulah istimewanya seseorang itu menjadi ketua kampung dan ketua UMNO Cawangan . Yang tidak berpeluang untuk menjadi ketua kampung atau ketua cawangan itu cubalah dimasa akan datang mudah-mudahan akan banyak tawaran pula buat trip seterusnya samada keBandung, medan, Bangkok atau London atau ke Umrah juga.


Buat kepimpinan DUN Damak agak kurang kemungkinan mendapat tawaran sedemikian kerana ADUN Damak adalah MCA. Parlimen pula selalu mengahantar rombongan kecil keMedan dan pulau Karimon walaupun kadang orang yang sama.


DUN pulau Tawar rombongan kemana?    Haah... dekat ?  Zoo.?  aisay.... tak acci lah....kalau hari cerah nampak dari bukit Istana!. Golok pun  kira ok laa.. he he he... shhhhhsssss......!! (#)

2 comments:

Anonymous said...

spu,
saya setuju untuk mana-mana pemimpin membawa pemimpin bawahan, sahabat handai dll bagi menunaikan ibadat, itu satu perkara yang baik tetapi mereka mesti benar-benar ikhlas kerana Allah.

Biasanya perkara seperti ini berlaku mesti ada 'kelingking berkait', disebaliknya ada 'keikhlas berbalas budi', bunyinya bagus tetapi mencurigakan dan bolehlah diandaikan apa yang dikatakan sebagai 'rasuah politik', kalau ada secuit perasaan seperti ini tunggulah pembalasannya..., Allah maha mengetahui. Sebab itu suara pemimpin atasan malarang.....

YAB DSN sendiri ada menyebutkan perkara ini ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut 2010 baru-baru ini, walaupun saranan berbentuk sindiran tetapi ada perkara tersirat yang sangat bermakna..

Anonymous said...

saya rase saudara masih tertinggal lagi nama-nama yang tidak turut serta dalam rombongan umrah yang di taja oleh YB Dun Tahan...sila dapat maklumat yang betul...tq

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN