Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, July 11, 2010

SIAPA SAYANGKAN UMNO DI JERANTUT?

Memang UMNO dilanda masalah dan krisis kepemimpinan, bukan hanya di Jerantut seperti yang kita bimbangkan bahkan dimana saja. Inilah petanda bahawa UMNO belum benar-benar berubah secara total. Kadang-kadang dalam satu bahagaian atau cawangan pemimpinnya ingin berubah tetapi akar umbinya masih tidak bergerak. Ada pula akar umbinya yang ingin berubah namun kepimpinannya pula masih enggan. Ini lah masalah dalaman UMNO kita.


Kita lihat apa yang terjadi di Bentong melalui blog dan tulisan dibawah ini:

Maka tidak hairanlah sekiranya Merdeka Center yang membuat kajian menyatakan bahawa sokongan kepada Dato' Seri Nagib meningkat ke angka 72% kerana hanya beliau yang buat kerja.

Persoalannya, apa fungsi mereka yang lain? Adakah untuk duduk dan lihat sahaja?

Perkara yang sama ini turut berlaku di Bentong dimana Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda hari ini dikritik kerana tidak menjalankan tugas serta jarang turun padang.

Adakah UMNO Bentong ini hanya ada dua ikon itu sahaja? Kenapa tidak ada yang mempertikaikan tugas serta tanggungjawab mereka yang lain seperti Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, AJK dan sebagainya?

Mereka ada di Bentong. Kenapa tidak dipertikaikan pula? Kalau mereka turun padang, tidak pula diberikan kredit dan diberi ucapan terima kasih.

Soalan utama yang perlu kita tekankan ialah adakah mampu sebuah pasukan itu untuk berjaya jika hanya mengharapkan kepada seorang striker sahaja?

(Klik sini ~ Unit Media Baru Pergerakan Pemuda UMNO Pahang)


Jadi Wan Zamzuri tidak usah bimbang tentang perkembangan blog di Jerantut kerana apa yang berlaku sekarang ini adalah menyedarkan pemimpin-pemimpin kita yang masih lena dan tidak sedar bahawa PRU13 semakin hampir namun mereka masih belum ingin berubah. Janganlah hanya kerana orang menghentam kita maka kita rasakan mereka bersalah namun dalam keadaan sama kita menghentam mereka kita rasakan bahawa kita tidak pula bersalah.


Ada banyak pihak berpendapat membongkar permasalahan pemimpin adalah memberikan senjata kepada musuh, tapi apakah jika kita terus membiarkannya akan menjamin UMNO akan tetap kukuh? Soalnya sikap pemimpin kita memang demikian, tidak pernah merasa mereka bersalah dan tidak pernah ingin mendengar suara akar umbi tentang mereka,. Bagi mereka segala yang dilakukan adalah betul dan benar belaka.


Apakah perbuatan mencantas sesama UMNO baik untuk UMNO? Bukan ini berlaku dan masih berlaku? Banyak kali terdengar bahawa KW selalu dipinggirkan oleh NKB dan SU. Dalam wanita ada pihak-pihak yang pergunakan mereka bagi memecahbelahkan mereka dan apakah ini baik untuk UMNO dan kita mesti diamkan kerana ianya dilakukan oleh UMNO sendiri dan oleh pemimpin UMNO sendiri. Kita tidak boleh sebarkan kepada umum kerana ini akan lemahkan UMNO sedangkan perbuatan mereka itu jauh lebih buruk dalam melemahkan UMNO.


KP sendiri sebagai contoh lainnya sedang ingin dijatuhkan oleh pihak tertentu dengan berbagai cara, apakah kita harus diamkan saja dan tidak melaporkan kepada masyarakat siapa yang terlibat? Setidak-tidaknya jika kita menyebarkan maklumat sedemikian maka pihak yang terlibat akan rasa bersalah dan lebih berhati-hati atau akan terus membatalkan niatnya kerana bimbang akan diketahui ramai perbuatan buruknya itu.


Jika kita benar-benar sayangkan UMNO kita tidak akan membelakangi pemimpin yang telah dipilih oleh majoriti. Apakah NKW, KPW dan Kak Key tidak memalingkan diri dari KW? Apakah perancangan NKB dan SU yang selalu berusaha meminggirkan KW selama ini dan masih berlaku? Apa pula peranan SUKU dan Pemangku Penolong Pengerusi DUN Damak serta Abang Lah Al-Kicapi dan Abang Bu kembar tak seiras Kak Key?


Saya masih ingin bertanya, sebenarnya siapakah yang sayangkan UMNO?

6 comments:

Anonymous said...

serupa je kat temerloh.
minggu lepas punya mtg ketua pemudi UMNO datang sini.
Koi tak pegi sbb menyampoh tengok dia macam Bapok Mentua dia yg sial tu.
Semoga UMNO sedar dan insaf.

Menyegar said...

Salam.Sebenarnya tidak ada sesiapa pun yang sayangkan UMNO.mereka cuma mendampingi UMNO kerana dengan UMNOlah mereka boleh dpt projek prokej yang berjuta juta.Kalau tak kerana projek tak ada sapa pun yang pandang UMNO.Kecuali kita yang dibawah ini saja yg memandang UMNO

ABU BAKAR BUSU said...

DARIPADA ABU BAKAR BUSU.

LU SENDIRI LAH JAGA KPW YANG BERCAKAP LEBIH PADA LIDAH BUAYA.
URUSKAN KAN RUMAHTANGGA LU DGN SEMPURNA, KALAU NAK PENJELASAN JUMPA SAYA.

SILA PUBLISH KAN COMMENT INI JIKA SAUDARA SPU BUKAN SEORANG YG BACUL.

Anonymous said...

DARIPADA SPU

Baguslah jika sudah ada yang celik IT, tetapi menulis bagi pihak orang lain atau menyuruh orang lain menulis untuk kita lebih nampak bodoh dan bacul.

Anonymous said...

Abu.. Batu... satu ke tu?

Amboi abu dah celik IT dah weh demeh. Dia main huruf besor belaka. Tak nye berjumpa dengan huruf kecik. hehehe...

sedaplah abu, kak key dah saiz 'S' dah. hehehe...

Anonymous said...

TAK PA ABANG BU,,KAS TABIK ABANG BU DAN KAK KEY KERANA BERHEMPAS PULAS DEMI UMNO.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN