Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, July 19, 2010

MEMANG UMNO AKAN GAGAL DALAM PRU NANTI ...

Bila SPU menulis tentang ramalan 'Si-Bedu' mengenai politik Jerantut banyak pihak rasa tak puas hati dan memberi pendapat bahawa SPU 'bias' dan tidak bersikap adil serta berusaha memburukkan UMNO.


Tetapi bila ada laman blog menulis tentang ratio 1:40 bagi daftar pemilih baru, banyak juga pihak seakan menepuk dahi dan menyatakan rasa kesalnya kerana menyedari akan kelemahan kuasa penentu kita dalam PRU akan datang.


Siapa yang harus kita salahkan? Didalam UMNO, kurang ahli baru yang berminat mendaftar dan menyertai parti. Daftar pemilih juga demikian yang memberikan tafsiran bahawa orang melayu seakan bukan saja memboikot UMNO bahkan memboikot Pilihanraya sekaligus. Tidak kah ini juga bermakna akan memberikan kelebihan kepada parti lawan dalam memenangi PRU akan datang?


Kita seharusnya berusaha menyingkap makna disebalik apa yang berlaku ini. Kenapa orang melayu seakan meminggir diri? Antara kesalahannya adalah UMNO itu sendiri, yang harus kita pertanggungjawabkan diatas kelemahannya sebagai peneraju kerajaan yang memerintah. UMNO tidak serius dalam melaksanakan usaha kempen daftar pemilih.


Pada awal 2010, satu majlis kempen daftar pemilih anjuran UMNO Bahagian telah diadakan. Menurut maklumat dari laman blog berkenaan, RM10 ribu diperuntukan oleh agensi manakala RM5 ribu adalah peruntukan dari UMNO Malaysia. Jumlah perbelanjaan keseluruhannya adalah RM15 ribu bagi program yang hanya menganjurkan minum petang kepada kurang dari 300 orang peserta, dan apakah hasilnya?


Hasi dari program petang itu hanyalah 28 orang ahli baru UMNO dan 17 orang yang berdaftar dengan daftar pemilih. Soalannya apakah cukup berbaloi apa yang dibelanjakan dengan apa hasil yang kita dapati dari itu? Kata laman blog berkenaan, yang tersenyum lebar hanyalah pemilik resthouse yang mendapat RM15 ribu bagi belanja minum petang secawan teh tarik dan sepiring mee hon untuk peserta yang tak sampai 300 orang.

3 comments:

Mohd said...

Kaum Cina ni hanya akan menyokong parti yg akan menguntungkan mereka saja.
Tetapi akhir2 ini, kaum Cina mahu merebut kuasa politik di Malaysia secara total.
PRU13 nanti adalah masa yg terbaik bagi kaum Cina utk mengundi PR dan terus menguasai Putrajaya dgn kerjasama PAS dan PKR.
Kaum Melayu sedang berpecah kpd UMNO, PAS dan PKR. Jadi tak mungkin UMNO boleh menang sendirian. MCA, Gerakan dan MIC hanya akan jadi musuh dlm selimut.
Najib dgn bodohnya akan memberi 1 bilion kpd SRJKC dgn harapan meraih undi kaum Cina. Minta maaf, kaum Cina akan terus mengundi pembangkang PR utk mencapai cita2 mereka utk jadikan Malaysia spt Singapore.
Kalau Nik Aziz mati atau kumpulan Erdogan dijatuhkan dlm PAS mungkin PAS di bawah Ulama akan bergabung dgn UMNO utk menjaga kepentingan kuasa politik kaum Melayu.
Insyaallah.

YB Raz said...

sudah tiba masa UMNO menghentikan memberi wang tunai untuk sebarang aktiviti. sebaliknya harus melakukan dahulu analisa dan kajian supaya wang tidak dibazirkan begitu saja.

kalau sudah dapat wang sebanyak 15 ribu, bagaimana mereka melakukan kerja kerja menarik minat golongan muda untuk menjadi pengundi?

terus teranglah cakap, selama ini tak ada siapapun dari dalam umno yang datang jumpa aku meminta menjadi pendaftar. takkan aku pula yang datang ke pejabat umno sedangkan aku tak kenal siapapun didalam sana.

bukan aku saja tetapi semua kawan kawan aku dari golongan muda. memang umno tak ada usaha nak merapat golongan muda.

tak payah nak keluar belanja besarlah. cukup datang ke kedai mamak dimana kami golongan muda melepak minum. datang bagi borang dan cakaplah serba sedikit tentang umno, mengapa perlu menyokong umno dan bahaya kalau golongan muda menyokong pakatan.

bukan susahpun. tak payah nak buat majlis besar besar tapi surat jemputan langsung tak dihantar. membazirkan duit saja.

Anonymous said...

Salam.Bakal jutawan tajaan UMNO lah pemilik restaus tu nanti

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN