Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, July 10, 2010

SPU TAK TELUS?

Semalam blog UMBJ 'menghentam' SPU, Sangkakala dan Politik Jerantut. Katanya blog SPU dan kaum kerabat ini tak telus dan tak jujur dalam menyampaikan maklumat. Persoalannya blog UMBJ tidak puashati apabila blog SPU, Sangkakala dan Politik Jerantut hanya memperkatakan tokoh-tokoh tertentu dalam UMNO Jerantut saja yang difikirkan layak untuk dicalonkan sebagai wakil rakyat dalam PRU13 kelak.

Mempromosikan calon-calon yang SPU rasakan wajar didalam blog SPU adalah pandangan dah hak SPU sendiri. Ini bukanlah satu kesalahan dan UMBJ juga berhak melakukan perkara yang sama kerana itu juga adalah pandang UMBJ peribadi.

SPU tidak pertikaikan bila UMBJ mengangkat 2 nama untuk dipromosikan didalam blognya. Malahan SPU juga setuju dan merasakan bahawa pandangan itu juga wajar. Memang SUK juga layak sepertimana yang UMBJ katakan itu. Kak Key juga layak dan beliau kelihatan berkerja keras dan patut dikagumi kerana dapat naik dengan mendadak dalam politik setelah dibawa naik oleh En. Rahim menjadi pegawai yang berkaitan dengan menguruskan peruntukan yang diluluskan oleh Ahli Parlimen.

SPU percaya kepada kebebasan bersuara dan perbezaan pendapat bukanlah satu masalah yang tersangat besar sehingga memusnahkan media sosial ini sendiri. Apapaun, terima kasih kepada UMBJ kerana memberikan teguran dan pendangan beliau.

3 comments:

WZWH said...

Salam SPUJ dan UMBJ,
Kita blogger-blogger Jerantut kena berfikiran terbuka, jangan "gaduh-gaduh" cukuplah orang politik Jerantut suka hentam-menghentam. Matlamat kita sama mahu membantu BN dan UMNO menang parlimen dan 3 adun Jerantut. Kita mahu ubah "persepsi fitnah" yang ditabur pembangkang. Kita mahu menarik minat orang muda. Soal siapa calon-calon parlimen dan dun Jerantut, itu kita serah kepada YAB PM dan MB. Kita terima siapa saja yang terpilih. Kita buat kerja saja. Memang masing-masing ada calon favourite. Kita akur calon-calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan itulah yang terbaik. Kita tak mahu "budaya cas keting" ada di Jerantut. Yang penting UMNO dan BN menang pilihanraya. Siapa-siapa yang terpilih itulah pemimpin kita. Jangan pula kita burukkan semua calon-calon yang setiap blog cadangkan itu.

Anonymous said...

Kebebasan bersuara dan kebebsan menyatakan pendapat itulah asas demokrasi. Selagi tidak meburukkan satu-satu pihak apakah itu jadi satu kesalahan? Atau kita semua harus hanya membisu dan berdiam diri saja?

ppsikulipat said...

WZWH,

KOme ni kerja untuk melayu bukan UMNO weh. Tapi tak guna bila tengah kita laju kedepan ada yang jadi hantu pulas sana-pulas sini, tembak punggung kawan dari belakang. Apa guna kita blogger buat kerja dalam masa yang sama ada macam penyakit yang general deme tabur. Jangan jadi bodoh. Dulu boleh lah.
Itu yang kita sapu dulu bahaya.

CUba WZWH, bukti yang mana satu Fitnah. Bagi contoh apa yang bloggers kata tak betul?. Awak ingat PM tu cakap kosong je ke?. PM tu macam-macam sumber ada weh. Pemimpin nih tak kira mana duduk kalau ejensi suluh jangan menyoroklah.Berapa kali semalam kita main dengan bini kita pun mereka tahu. Dinding pun boleh bercakap ooi.

WZWH, Awak ingat blogger Jerantut ini berpasukan macam bola ke? sorilah... kas blog kas, apa kas nak tulis kalau kas fikir betul kas tulislah kas peduli apa pada blog lain. Kas ada fikiran sendiri. Sapeh kena- kenalah. Kalau ajak minum teh sama boleh. Yang penting mutlamat sama. Blog bukan macam budak sekolah. Cik gu suruh salin- kita salin.baca - kita baca. Kita bukan cari duit dari menulis ni. Caj keting? kas bukan orang politik macam demeh. sapa nak cas keting kas. Ramai blogger ni bukan orang politik tau tak? awak tak jumpa lagih kami semua. Kami kalau jumpa kami cakap fasal matlamat. Cara tu kami tak bincang tau. Awak jangan nak ajar kome. Baru tulis sikit dah ingat boleh jadi cik gu dah. Blog jerantut ni tak ada kepala tau? Ada cik gu tapi tak mengajar komeh tau?. Apa yang komeh rasa dan fikir sama, samalah. Awak nak ajak bersatu macam main kugiran mintak maaf.

Jangan nak jadi pemimpin UMNO dalam blog yeh. 25 orang blogger jerantut ni macam-macam parti tau? nanti masak awak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN