Saya menerima email dari seorang pembaca dan meminta saya menyiarkan tulisannya, namun saya terpaksa melakukan sedikit pengubahsuai supaya lebih kemas dan tidak menyentuh seseorang.
Pada minggu lalu seorang anggota kerajan telah diberkas oleh pihak penguatkuasa Jabatan Perhilitan di kawasan Taman Negara. Beliau dikatakan berjaya ditangkap bersama senapang angin buatan sendiri setelah gagal melepaskan diri apabila terperangkap dipasir jerlus lalu terpaksa menyerah diri. Dalam kejadia berkenaan beberapa orang berjaya ditangkap manakala sebahagian lagi berjaya melepaskan diri.
Kumpulan pemburu haram tersebut difahamkan telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000.00, bagaimanapin pihak Jabatan Perhilitan akan mendakwa pemburu-pemburu tersebut tidak lama lagi. Menurut sumber dari siasatan yang dijalankan, kumpulan pemburu haram tersebut didalangi oleh seorang ahli perniagaan dan tokoh politik berpengaruh diJerantut yang telah menjalankan aktiviti berkenaan sejak lebih 20 tahun lalu.
Difahamkan juga bahawa dalang pemburu haram berkenaan mempunyai peralatan yang lengkap termasuk kenderaan dan alat senjata yang bersesuaian dan mendapat kerjasama mereka yang mahir termasuk penduduk kampong, peneroka Felda bahkan kakitangan kerajaan.
Kumpulan ini juga mengadakan aktiviti pemburuan bagi melayani orang-orang tertentu termasuk mereka yang berkuasa dalam meluluskan tender dan kontrek kerajaan sebagai imbuhan. Antara binatang buruan yang sangat berharga adalah gajah dari harimau. Harga seekor harimau difahamkan menceceh RM40,000. Dalang pemburu haram ini juga dikatakan sangat arif dan mempunyai hubungan dengan restoran-restoran eksotik di Kuala Lumpur , Singapura serta Thailand bagi memasarkan hasil buruan mereka.
Selain dari memburu haiwan liar, kumpulan ini juga dikatakan turut menangkap ikan-ikan terutama kelah dikawasan ‘merah’ dengan menggunakan peralatan ‘renjatan letrik’ bagi mendapat hasil yang besar dalam waktu singkat. Hasil tangkap berkenaan dibawa dengan segera menggunakan helikopter yang disewa.
Gerakan pemburuan haram ini dikatakan bergerak dengan licik dan licin kerana dalangnya dikatakan mampu menyelesaikan masalah dengan banyak pihak atas pengaruhnya dalam politik.
Penulis email berkenaan menambah; (sebagaimana tulisannya)
Amat malang pada kali ini ‘kuda berhenti makan rumput’ mereka masuk kejaring Perhilitan. Dengan tangkapan dibuat itu semua kuncu-kuncu yang lain tidak tidur malam dan menyosok segala bukti dan peralatan yang dibekallkan oleh ketua mereka supaya tidak dapat dikesan.
Tangkapan ini hanyalah gangguan kecil kepada gerakan ini tetapi bila reda nanti ia akan bergerak semula. Selagi ketua itu tidak ditangkap gerakan pemburu haram professional Jerantut tidak akan berhenti kerana ketua adalah ‘ pasar ‘ memberikan pulangan yang lumayan. Ketua hanya menunggu dikedai kopi menunggu sms atau talipon “ ada barang baru” kemudian bersalin bonet.
Selama ini kebanyakan hidupan liar termasuk dari species terancam telah dimusnakhan mereka yang berselindung disebalik jawatan dan gelaran yang mereka sandang. Kerajaan khususnya parti memerintah perlu memberikan perhatian serius agar dapat membenteras pemburuan haram dari memusnahkan kehidupan haiwan yang terancam.
Bak kata pepatah ~ ‘Telunjuk biar lurus tetapi kelingking jangan berkait’. Jangan juga ada ‘pagar yang makan padi’ serta ‘sokong yang membawa rebah’ - Sekian, 'GERAM SEN PARIA'.
Bak kata pepatah ~ ‘Telunjuk biar lurus tetapi kelingking jangan berkait’. Jangan juga ada ‘pagar yang makan padi’ serta ‘sokong yang membawa rebah’ - Sekian, 'GERAM SEN PARIA'.
4 comments:
ahli politik berpegaruh tu dato hj nadzri. buat apa nak kias2 nya bagi tau terus terang je.
memang dia kaki memburu, binatang ker, tp jaga2 perempuan muda di buru juga
SPU,
Betul lah kata kawan kita kat atas tu. Itulah kerja dia, jual gading gajah, harimau, seladang habis pupuis ditaman negara tu.
anak dara kas pun habis disapunya geram betul. Mula dia ajak main footsal lepas itu ajak ke KL, hancur dah anak kas tu. Pulak dia buat main2 jeh itu kas meradangnya. Kalau kawen betul dia tua pada kas gona nak ayah ke kas ni.
Kas pun dah naik malu dah pada jiran tertangga orang bisik jeh pasal kas ni ish, nak ditumbuk karang dia ada pistol pesuk dada kas. Langsung tak tengok dunia. Mati pemimpin kita buat ragam gini. Tak hok pasai nya.
spu,
habis kita, semua payong bocor. nampaknya kena cari payong baru.
Kami uragdrrulug ni amat menyampah dan meluat dengan perangai buruk puak-puak ni. puak ni lah juga yang mengabiskan ikan sungai dengan aktiviti haram mereka ni.Mengaran dan mengebom tu kerja mereka.Bos besar bekhemah kat pasir peluk betina........
Post a Comment