Gambar hiasan: Ini bukanlah peserta kursus blog itu nanti
Jika benarlah angin yang membawa khabar, maka benarlah khabar ini, bahawa UMB @ 'Unit Media Baru' Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut akan mengadakan kursus asas blog. Pada 27hb Februari 2010.
Tanpa prejudis, kita ingin mengucapkan syabas dah tahniah kepada mereka yang terlibat dan berusaha bersungguh-sungguh ke arah merealisasikan program berkenaan. Kepada Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, Ketua Pemuda Bahagian serta Ahli-ahli Jawatankuasanya...dan kesemuanya. Syabas! Akhirnya, biarpun lambat namun masih ada hasrat mereka untuk berubah. Sekurang-kurangnya kelak mereka mampu memahami, mengenali serta membezakan yang mana 'blog' dan yang mana 'goblok'.
Kepada pihak penganjur, harap usaha ini jangan disempitkan. Berikan peluang ini kepada lebih ramai yang berminat menyertainya. Jadikan ini satu program yang besar, setidak-tidaknya bagi UMNO Bahagian Jerantut. Libatkan mereka yang bukan saja dari kalangan Pemuda, bahkan Wanita dan Puteri juga. UMNO Bahagian sendiri, serta diperingkat cawangan supaya maklumat dan ilmu pengetahuan akan berkembang. Kita harus sedari dan akui bahawa zaman 'papanbatu' telah berubah kepada zaman 'laptop' @ komputer riba. Buta IT adalah buta huruf pada zaman lalu.
Jangan lupa, Ketua Penerangan UMNO Bahagian yang masih gelap itu wajib juga diperterangkan hati dan mindanya untuk menerima blog, facebook serta 'media sosial' lainnya sebagai alat perhubungan zaman ini dan akan datang, dan ianya bukan hanya untuk generasi muda saja.
Kah kah kah! Lambat pun tidak mengapa, asalkan ada keinginan untuk berubah dan maju kehadapan...'UMNO'ku dan kampungku...hehe. Sesiapa yang 'lebe', diamkan saja.
3 comments:
kursus? buat blog kena pergi kursus ke?
atau saja nak ambik duit projek?
anyway sama samalah kita tengok keberkesanannya nanti..
Tak apa UMNO kan banyak duit.
Baguslah kalau UMNO sudah mula sedar pentingnya media cyber untuk menangkis sebaran fitnah pembangkang disamping dapat menyebarkan kebenaran perjuangan UMNO.... syabas dan tahniahlah...
Post a Comment