MT, Exco jadi 'bapa angkat' bahagian UMNO
PUTRAJAYA 10 Feb. - Semua ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Exco sayap parti akan dijadikan sebagai 'bapa angkat' kepada 191 bahagian UMNO di seluruh negara dalam usaha menjayakan program Juara Rakyat.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, elemen baru dalam program berkenaan telah dipersetujui oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Selepas ini, setiap ahli MT, Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO perlu turun ke bahagian angkat masing-masing setiap bulan.
"Ini bagi memastikan kawasan angkat mereka dapat melaksanakan program Juara Rakyat selain mendapatkan aduan daripada rakyat untuk dibawa kepada pucuk pimpinan," katanya.
Menurut Ahmad, selain program Juara Rakyat, setiap biro dalam UMNO dan sayap parti perlu aktif menggerakkan program masing-masing bagi menyelesaikan isu-isu rakyat.
"Ini seperti mengadakan kaunter-kaunter untuk rakyat membuat pengaduan sekali gus dapat membantu membawanya kepada pengetahuan agensi kerajaan berkaitan," katanya.
Dalam hal ini, katanya, tumpuan program Juara Rakyat akan dibuat mengikut tema yang berbeza pada setiap bulan.
Ulasan:-Ini satu cadangan yang baik(baik untuk orang ramailah)Jangan jadikan alasan kesibukan untuk tidak berkhidmat kepada rakyat.Kalau sebelum ni macam-macam cara nak mengelak dari bertugas.Kalau jadi YB ke,YAB ke,Datuk ke,Datuk Seri ke,jangan jadikan alasan tidak ada masa untuk turun padang.Jangan nak pilihanraya je baru nak datang.Masa tak pilihanraya tak ada orang nak bantuan ke?Ke orang susah masa pilihanraya je?Kalau datang pulak tak perlu nak bawa ramai sangat BODYGUARD atau ORANG KUAT!Ini mana pergi ada saja orang duk ikut.Akhirnya,orang kampung atau orang setempat tak boleh berjumpa sebab YB dihimpit oleh ORANG KUAT2.Jadi kalau macam ni macam mana nak bercampur dan menilai kesusahan orang setempat.JANGAN JADI PANDIR! - Tulisan N9
No comments:
Post a Comment