Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, February 22, 2010

KONVENSYEN WANITA UMNO MALAYSIA - KETUA PEMUDA KITA

Gambar kenang-kenangan:
Antara yang kecundang, yang terbuang dan yang akan disingkirkan



Syahdan sebermula tersebutlah kisah seorang Ketua Pergerakan Pemuda dari satu bahagian di negeri Inderapura. Adapun Ketua Pemuda ini entah dijemput atau entah tidak telah menghadirkan diri di majlis perasmian yang dianjurkan oleh Pergerakan Wanita Umno yang bertempat diPusat Dagangan Dunia Putera.

Adapun pada hari itu ramailah pembesar-pembesar negara yang hadir kerana majlis itu diresmikan oleh mamak Menteri Perdana. Maka pada ketika majlis perasmian itu maka didudukkanlah segala pembesar-pembesar diatas pentas khas. Maka duduklah mamak Menteri Perdana dan mamak Timbalan Menteri Perdana atas jawatannya sebagai orang pertama dan kedua dalam Umno.

Arkian maka selain itu sudah tentulah mami Ketua Wanita Umno serta barisan jawatankuasanya akan duduk juga dihadapan dipentas berkenaan. Maka selain dari itu sudah tentulah segala Ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno akan didudukan bersama-sama dihadapan itu.

Namun syahdan terkejut beruklah semua hadirin apabila diantara yang duduk dihadapan diatas pentas itu adalah si Ketua Pemuda ini yang bukannya Ahli Majlis Tertinggi dan bukan jugalah Jawatankuasa Wanita Umno kerana dianya adalah seorang Ketua Pemuda. Maka tidak tahulah akan sahaya sekiranya dia telah menukar jantinanya serta menjadi ahli Pergerakan Wanita pula.

Adapun kerana majlis ini adalah majlis resmi, maka diusirlah oleh orang akan Ketua Pemuda itu, namun tidak juga ia mahu berganjak, maka orang yang mengusir itu pun patahlah hatinya. Maka dibiarkanlah oleh orang akan dia itu duduk disitu.

Maka teringatlah sahaya akan kisah seorang wakil rakyat seorang Ketua Pemuda yang meminta orang menghantarnya ke landasan terbang untuk keluar negara kononnya. Maka setelah orang-orang yang menghantarnya disuruh pulang, maka diapun menaiki teksi untuk pulang kerumah dan bersembunyi beberapa hari. Setelah selang beberapa hari maka pergilah ia semula ke landasan terbang dengan teksi maka selepas itu dijemputlah pula orang akan dia seolah-olah baru pulang dari luar negaralah akan dia itu.

Adapun Ketua Pemuda ini pun dulunya ketika dihadapan khalayak ramai pernah pura-pura menelefon seseorang pembesar negara. Maka semua orang yang ada didekatnya mendengar dia kononnya berkata-kata dengan pembesar berkenan. Namun tak semena-mena telefon yang berdering. Maka terkejutlah semua orang yang melihatnya dan tertanya-tanya bagaimanakan telefon yang sedang digunakan boleh berdering menerima panggilan? Arkian maka tahulah orang ramai itu bahawa dia telah bercakap-cakap seorang diri dan berpura-pura sedang menelefon namun telefon itu tidakpun didail.

Hatta maka ceritera mengenai majlis perasmian tadi bolehlah ditanyakan kepada semua Ketua-ketua Wanita Umno Bahagian di negeri Inderapura yang hadir atau pun bolehlah juga bertanyakan kepada Ketua Wanita Umno Pahang kerana mereka lebih arif dan mengenali siapa dia itu.

Arkian maka bersabit dengan perkara itu maka beroleh kemaluan yang besarlah pada seluruh rakyat negeri Pahang jika mereka mengetahuinya. Betapakah tidak tahu malu dan adabnya dia yang sepatutnya hanya duduk dibawah, bahkan mantan-mantan pemimpin besar negara serta mantan-mantan mamak menteri juga adanya.

Maka demikianlah menurut yang ampunya ceritera. Maka terasa besarlah juga kemaluan sahaya ini kerana sahaya ini pun adalah rakyan negeri Inderapura juga adanya.

9 comments:

one one no belen said...

Siapa kah ketua pemuda yg malang itu? sungguh dia berani berbuat onar di majlis wanita

Azizan Yaakob said...

Sebel juga muka kami bila gempar KPU Bahagian kami seperti kaduk naik junjung itu mencemar majlis rasmi wanita Malaysia. Inilah Model kepimpinan dhaif ilmu dipilih kerana politik wang. Ingin tunjuk muka pada PM & TPM biarlah bertempat.

Orang tua-tua berpesan "tempat tiada helang belalang jadi helang" sebaliknya tempat ada helang belalang janganlah berlagak helang.Jika helang hinggap dipohon tempat belalang didaun keladi. Pesan ini mengingatkan anak cucu supaya pandai membawa diri dalam masyarakat bertamadun dan berbudaya.

Sekarang UMNO Bahagian dinegeri Inderapura itu menepuk dahi bila KP kaduk itu mencemar nama baik mereka dan maruah negeri tapi terlewat kerana cacing sudah naik kemata.

Azizan Yaakob said...

Maaf bukan KPU bahagian kami tetap dibahgian Negeri Inderapura berkenaan

SPU said...

Hahaha! Sdr Azizan, mmg bukan KPU bahagian kita dan bukan KPU di negeri kita, cuma di negeri Inderapura. Malunya kita tak dapat dikata. Memang Umno bodoh dan sombong sampai kiamat.

one one no belen said...

Nasib baiklah aku bukan ahli UMNO. kalau aku ahli UMNO rasa mcm muka aku ditampal dgn kulit khinzir

Azizan Yaakob said...

Tepatlah istilah Azizan bahawa KPU yang mencemar Majlis rasmi wanita UMNO Malaysia diPWTC datang dari Bahagian dinegeri Inderapura itu 'KPU KADUK' kerana dalam Majlis Perasmian Konvensyen UMNO negeri Pahang diUiTM jengka oleh PM, KPU Kaduk itu juga naik junjung.

Kami tertanya-tanya apakah status KPU kaduk itu duduk dipentas diMajlis Perasmian sedangkan dia bukan anggota Perhubungan negeri atau MT. Semua KPU Bahagian lain duduk dibawah.

Kami difahamkan urusetia juga mengusirnya tetapi dia buat lembu kenyang sahaja. Akhirnya pagawai urusetia itu terpaksa minta maaf pada MT yang dijemput hadir sebagai wakil pemerhati MT kekonvensyen berkenaan. MT berkenaan duduklah dibawah dengan orang ramai.

Desus desas dikalangan ketua pemuda UMNO bahagian lain KPU kaduk itu tengah memburu PM minta projek runding terus!. Sekarang tengah tunjuk muka pada PM sebab dulu dia sumpah seranah PM macam sampah.

KPU kaduk itu terkenal diBahagiannya dengan Ketua Pemuda UMNO Sdn. Berhad. kah.. kah.. kah..

SPU said...

kah kah kah...sambung gelak catatan pinggir. tak tau lah pulak kita di bahagian Umno mana KPU ini jadi ketuanya. tapi mintak2 PM tau lah bahawa orang mcm ni patut dibuag dan dilupuskan ditempat pembuangan sampah. sambunglah gelak mita ni..kah kah kah. kita tunggu apa lagi orang lain nak kata ttg KPU ni. hehehe

ababina328 said...

Sebenarnya kalau benarlah seperti kata catatan pinggir itu bahawa KPU itu tengah memburu PM utk minta projek runding terus dan pemburuannya berjaya, saya merasakan bahawa KPU ini seorg yg sangat cerdik.

Apa tidaknya, dia tahu kemenangannya dulu bukan sangat kerana kebolehannya, tetapi kerana wang, oleh itu maka perlulah dia memburu wang,

Setelah dia memperolehi wang maka
dia akan melaburkan kembali wang tersebut kepada perwakilan dan di pemilihan umno yg akan datang dia akan terpilih sekali lagi sebagai KPU..........apa susah.

Bukankah itu yg di khendaki oleh para perwakilan ?

Memang betullah kata Tun Mahathir bahawa .............

Apo nak di kato.

one one no belen said...

Salah penyokong UMNO jgk. Dah tau org tu macam tu kenapa pilih jugak jadi ketua? sebenarnya yg bodoh adalah penyokong UMNO sendiri jugak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN