Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, April 19, 2010

JERANTUT BANDAR BUNGA SAMPAH?


















Kawasan tapak Pekan Sehari Jerantut.


Jerantut adalah sebuah bandar pelancongan utama di negeri Pahang. Sekurang-kurangnya 130 ribu pelancong melawat ke Taman Negara dalam setahun akan melalui bandar Jerantut. Namun yang sangat mendukacitakan adalah kebersihan bandar Jerantut tidak mencerminkan ianya sebuah bandar yang patut dilawati oleh para pelancong.

Jika Temerloh dikenali dengan jolokan bandar Ikan patin, Maran sebagai bandar Ayam Kampong, apakah agaknya yang sesuai untuk Jerantut? Bandar Bunga Kertas? Jauh berbeza jika dibandingkan dengan Kuala Lipis yang nampak lebih bersih dengan lanskapnya yang lebih baik dan indah.

Apakah salah dan silapnya Jerantut? Penduduknya-kah yang kurang kesedaran terhadap keindahan dan kebersihan? Alam Floranya-kah yang tidak cekap menjalankan tugas? Penguatkuasanya-kah yang tidak memantau dengan tegas?

Masalah ini telah berlarutan sekian lama sehinggakan penduduk Jerantut menganggap keadaan ini sebagai satu kebiasaan, 'alah bisa tegal biasa'. Soalnya apakah keadaan ini tidak disedari oleh Ahli-ahli Majlis? Atau mereka juga sudah terbiasa dengan keadaan ini? Kita maklum bahawa ahli-ahli majlis dibayar elaun dan setiap tahun mereka dibawa melawat keluar negara, apakah yang mereka bawa pulang? Tidak dapatkah mereka bezakan antara tempat orang denga tempat kita?

Kita maklum bahawa Setiausaha Majlis Daerah telah berpindah, ini adalah satu berita yang mungkin boleh kira baik dengan harapan penggantinya akan mampu mengubah imej bandar Jerantut kelak. Mengikut pemerhatian saya, penggantinya telah membuktikan khidmat cemerlangnya sewaktu bertugas di Kuala Lipis. Kita sangat-sangat berharap agar beliau dapat memberikan khidmat cemerlangnya di Jerantut Juga kelak.

Gambar yang dipaparkan adalah tapak Pekan Sehari, keadaan begini adalah pemandangan rutin pada setiap tengahari Ahad iaitu selepas selesai perniagaan di pekan sehari berkenaan. Benar, Ahad adalah hari cuti, tetapi tidak adakah penyelesaian cara lain supaya segala sampah sarap berkenaan dapat dibersihkan dengan seberapa segera? Ahli-ahli Majlis patut berfikir bagaimanakah caranya untuk menyelesaikan masalah ini kerana ini aklan melibatkan imej Jerantut serta negara pada pandangan pelancong asing.

7 comments:

Tinta Emas said...

hari ahadkan cuti..sape nak keje hehehe

spu.blogger said...

Salam TE, juka hari Ahad dijadikan alasan memang susahlah untuk berubah, kita boleh juga berikan alasan begini; kalau cucipun minggu depan akan kotor juga, jadi tak perlulah dibersihkan. Alasan yang senang menutup kelemahan kita sendiri, hehe

menyegar said...

Salam. Biar kita hidup dikelilingi sampah.dari hidup kita dikelilingi sampah masyarakat. ho ho ho

saba said...

salam spu.
kalau org kata kita pengotor kita menyingga,
kalau org kata suka menyepah kita mengajah(naik minyak)
tak boleh ke buat giliran cuti pada hari ahad untuk bersihkan kawasan ni.atau sesiapa yang nak keje hari ahad dibayar elaun ...minta supaya tolong tegas...sbb sampah adalah imej......

spu.blogger said...

Salam,
Saba, ini namanya cadangan, tetapi kenapa Ahli Majlis Daerah tidak mampu berfikir sedemikian? Tak tercapai akalnya kah? atau sengaja malas nk gunakan akal untuk berfikir. Pasti ada penyelesaiannya pada setiap masalah asalkan kita sentiasa mencari jalan penyelesaiannya. Oleh itu Ahli Majlis yang dilantik haruslah terdiri dari mereka yang berkelayakan, yang ada sekrang ini hanya setakat memenuhi kuota daru UMNO, dan ....... dan sebagainya. Kerana itulah negara kita, negeri kita dan daerah kita tidak akan pernah maju. Harap YBM Tengku Azlan memikirkan semula 2 calon yang dipilihnya untuk mewakili UMNO itu.

zeza said...

salam menyegar...
sampah masyarakat ujud dalam hati.kita tak nampak kecuali kita kenali.....sampah sarap menyakitkan mata dan hati yang melihat dan memerhati
.spu..kita dah jumpa lokasi baru pembuangan sampah ialah dimana menyegar tinggal....heheh..tgk dia melompat ke tidak hehehe
secara jujurnya spu..inilah yang harus anda perjuangkankan.....SIFAR KEKOTORAN SAMPAH...SPU MESTI BOLEH...

spu.blogger said...

Zeza, esok SPU akan daftar sebagai pemung sampah sukarela dan akan berkhidmat dimana-mana di seluruh Semenanjung Tanah Melayu ini. Tentu DS Najib akan angkat ke jawatan Menteri Kebersihan Alam Sekitar tak lama nanti, ini bodek Satu Malaysia ni, hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN