Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, April 23, 2010

YANG HANGAT2 TAHI AYAM DAN YANG SUAM2 KUKU














Dato' Azizan Yaakob, blogger UMNO Jerantut


Sudah lama saya meneliti blog-blog pemimpin kita di Pahang ini. Kenyataannya pemimpin juga seperti kita orang biasa. Semangatnya pun bukanlah tinggi sangat. Jadi apabila mereka sekali-sekala cuba menaikan semangat kita dengan apa-apa retorik hendaklah kita ingat bahawa mereka pun sama seperti kita. Semangatnya pun sama - hangat-hangat tahi ayam!

Saya bercakap tentang laman blog. Cuba lihat disini; blog DS Adnan Yaakob, MB Pahang. Blognya sudah tidak dikemaskini sejak 2 tahun lalu. Kita sedar bahawa blog ini bukan dibina dan dikendalikan sendiri oleh DS Adnan tetapi oleh 'ghost writer', seseorang. Bagaimanapun jika sudah tidak ingin dikemaskinikan adalah lebih baik dipadamkan saja dan anggaplah bahawa MB kita ini juga goblok tentang blog.

Bagaimana pula dengan blog Dato' Jamaluddin Jarjis? Ooo, beliau sekarang ini sudah menjadi Duta ke Amerika. Di Amerika tidak ada internet kah untuk sesekali kemaskinikan blog? Atau blog ini hanya dibina untuk mengambil perhatian piha tertentu dan apabil sudah mendpat apa yang dihajati maka bolehlah blog ini dibiarkan begitu saja.

Ketua Puteri Pahang pun sama nampaknya, saya masih ingat sebelum pertandingan dulu dia bukan main lagi galaknya, namun setelah kalah dalam pertandingan Ketua Puteri Malaysia blognya terus tidak diambil peduli. Di facebook pun nampaknya jarang-jarang sekali. Jangan lupa bila sudah hampir dengan pemilihan akan datang atau PRU nanti, kena lah bergerak aktif semula.

Yang seorang ini pun sama juga. Dulu saya lihat selalu blogger Beranikan Hati hentak dia, mungkin sebab itu agaknya dia dah tak ada semangat nak tulis blog dia lagi. Dia ni selalu dalam facebook dengan kawan-kawannya saja. Jikalau MB dikuis nanti kemana agaknya dia nak pergi?

Dato' Sakmongkol ini bagus, dan masih kuat bertahan. Tulisannya sangat baik dan mengembangkan minda. Bagus juga sesekali dia menulis dalam bahasa 'Melayu' supaya orang-orang Melayu di kampong dapat juga sesekali membaca tulisan beliau dan cuba memahami makna dan perkembangan serta arahtuju politik dalam negara.

Yang ini dari Jerantut, Dato' Azizan Yaakob. (Baca disini dan disini) Bukan saya nak puji sangat sebab semasa dia jadi YB dulu saya bukan 'favour' sangat pada dia, tetapi prinsip saya satu saja, yang benar tetap benar. Justru saya harus akui ini bahawa di Jerantut beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang memiliki blog dan sedang aktif menulis. Tulisannya pun baik cuma mungkin orang-orang kampong tidak akan berapa faham. Tetapi bagi pelajar-pelajar pengajian tinggi tentu mudah untuk mereka memahaminya

Tahniah dan syabas Dato', setidak-tidaknya di Jerantut sudah ada tokoh politik UMNO yang tidak lagi goblok dan biarkanlah yang lain-lain itu terus goblok.

9 comments:

Anonymous said...

Salam, percaya mungkin Dato' ini dapat membawa perubahan iklim politik di Jerantut nanti jika diberikan peluang.

sri tribuana said...

Salam saudara SPU dan anon. Pemimpin UMNO ramai yang mcm dinasour, walaupun besar dan gagah tapi hampir pupus. Dato' Azizan berani berubah, walaupun ramai pemimpin seangkatannya tidak mahu berubah, beliau sanggup belajar walau bertatih untuk memahami trend dunia masa kini. Ini boleh menjadikan beliau pemimpin evergreen dan current. If we are not current, we are history. Syabas dan tahniah Dato'kerana keluar dari kepompong lama.
Tahniah juga SPU kerana anda sang pemula gerakan blog di Jerantut.

UMNO Kuala Tahan said...

Yang benar-benar berani adalah yang berani memohon maaf jika sedar melakukan kesalahan,yang berani pulang kepangkal apabila tersesat dihujung jalan,yang berani belajar dari kesilapan dan kesalahan silam. Saya melihat Dato' Azizan ada ciri-ciri pemimpin yang berani ini. Teruskan dan menganjak perubahan.

spu.blogger said...

Salam dan terima kasih Sri Tribuana. Saya cuma suka berkata yang benar, mungkin orang2 Jerantut anggap saya mengampu tetapi sejarah silam saya pernah menongkah arus dan menentang Dato' Azizan. Itu tentang prinsip, saya berpegang pada yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Saya akan sokong pada perjuangan yang saya rasakan benar dan sesuai dengan apa yang saya perjuangkan saya.

Anonymous said...

Dato' Azizan, teruskan perjuangan. SPU teruskan menulis dan berblog, menyatakan kebenaran.

Anonymous said...

Pandangan SPU mengenai DES Azizan memang ada kebenaran nya. Begitu juga dengan Bloggers yang SPU sebut dan SPU kenen itu, Blog "Cakapkecil" atau basa orang disenun "Bisik", SPU cakap saja lah. Bloggers sukan senang nak "sustain" (mapan) dan "inclusive" penulisan untuk sekelas cambah fikiran SAKMONGKOL AK47- tiada menandingi nya.

SPU, DES Azizan itu adakah dulu orang dulu mantan Wakil Rakyat P.Tawar itu ke?. Ia pernah pegang 2 jawatan Naib Ketua dan KP UMNO atau UNO ( seperti cambah fikir Sang sritri buana) tu ke?. SPU harapan boleh, dalam hukum logik "kitar semula" ini slim chances nya,almaklum lah ahli umno dah juta-juta bilang nya. Masa pun dah berubah, Pemimp[in peringkat bahagian yang belum merasa diberi pikul jadi Sang YB teringin (seperti lagu Shima- orang Banting tu) sangat juga jadi YB ,entah termasuk juga SPU kok?.

Aku seperti SPU supaya DES Azizan ini sustain dan inclusive dalam blog nya.

SPU ,tolong lah awak jangan kuat sangat menyelak kain pemimpin UMNO kita, nanti ORAng Parti PIS terhidu busok melantun pemimpin kita, dah dijadikan bom atom pula, susah kita !!!!.

SPU AP dan ADUNADUN nak bertembang lagi di PRU akan mari nanti?, kalu ada dengar kabar dan royatnya,kongsi le.

spu.blogger said...

Salam Anon 12:11, saya bukan ada hak menentukan siapa akan jadi calon dan siapa yang patut kita pilih, tapi saya ada hak memberikan pendapat saya dan menunjukkan sesiapa yang saya rasa mampu melakukan sesuatu untuk memperkasakan UMNO kerana apa yang saya lihat sekarang ini kebanyakkan AJK yang ada hanyalah sekadar mampu memperkasamkan UMNO, namun mereka masih lebih baik dari seorang pemimpin itu yang nyatanya memperkosakan UMNO Jerantut.

menyegar said...

Salam anon 12.11.Saya tidak bersetuju kalau kita cuma menulis hanya tentang kebaikan UMNO sahaja.,Kita kena telus dlm memberi komen.Yg peinting komen kita adalah jujur dan kita memberi komen adalah utk kebaikan.Saya sgt gembira melihat blog spu kerana beliau menulis tentang kenyataan sikat pemimpin pemimpin UMNO yg tidakl di senangi rakyat. kita mesti memberi ingatan kepada pemimpin UMNO supaya mereka tidak mengulangi sikap yg rakyat tak suka.bila mereka berubah insyaalah rakyat akan pulang kepada UMNO semula. Jadi jgnlah jadi YES MAN sahaja. cukuplah wartawan wartawan akhbar aje ygt membodek pemimpin. perlu ada penulis yg menyatakan kebenaran

sri tribuana said...

Saya rasa tidak ada soalan kitar semula di disini. Jika sesiapa ingin menyumbang kpd org Melayu, sumbanglah dgr cara dia spt car Dato' Azizan menulis blog. Mengapa semuanya mesti dipolitikkan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN