Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, April 5, 2010

SIAPA CALON AHLI PARLIMEN JERANTUT PRU NANTI? BHG 3

Pemuda Jerantut kelihatan gagal dalam membina barisan kepimpinan pelapis.
Mungkin tenaga dan pengalaman veteran masih diperlukan bagi memberikan semangat kepada UMNO Jerantut yang layu dan mati ini.



Saya menyangka akan menulis mengenai siapa pula yang akan layak menjadi ADUN dalam Parlimen Jerantut ini nanti kerana semuanya pasti berubah dan tambah menarik, namun saya terpaksa juga menyambung tajuk yang sama atas alasan yang menarik juga.

Saya dimaklumkan oleh sahabat lama yang terlibat dalam mengendalikan bengkel politik dalam konvensyen UMNO Pahang dulu bahawa Pahang mencadangkan menambah 9 lagi kerusi Parlimen baru dan ini termasuklah bagi Parlimen Jerantut.

Kita andaikan cadangan itu menjadi kenyataan maka akan bertambahlah satu lagi kerusi Parlimen bagi Daerah Jerantut. Ini memberikan makna dalam daerah Jerantut akan ada satu lagi bahagian UMNO dengan seorang lagi Ketua Bahagian serta seorang lagi Ahli Parlimen.

Cadangan penambahan kerusi ini kelihatan sangat sesuai memandangkan negeri Pahang sebuah negeri yang luas disamping penambahan kawasan Parlimen itu akan lebih memberikan keberkesanan kepada segala usaha kerajaan dalam memberikan khidmat cemerlang kepada masyarakat.

Dalam masa sama ini akan memberikan peluang lebih ramai ahli-ahli politik dari semua parti untuk menjadi ahli Parlimen dan mengurangkan tekanan dan perebutan jawatan didalam parti sendiri. Bukan orang UMNO saja yang berebut, Pas dan PKR juga tidak kurang juga bercakaran sesama sendiri untuk menjadi calon YB. Sebenarnya pekong Pas dan PKR lebih busuk dan meloyakan dari UMNO. Itulah realitinya.

Dalam pada saya masih belum menemui calon yang sesuai untuk dicadangkan sebagai Ahli Parlimen Jerantut nanti, saya harus mencari lagi satu nama sebagai calon kedua. Ini membuatkan saya pening kepala. Dalam kalangan tokoh-tokoh politik yang ada sekarang ini siapakah yang benar-benar layak untuk memegang jawatan berkenaan?

Walau siapapun yang akan dicalonkan nanti, ianya mestilah anak jati Jerantut dan semestinya lah calon itu membesar dalam daerah ini yang akan membolehkan dia lebih memahami kehendak dan hasrat rakyat sebenarnya. Beliau haruslah mengetahui dan menjiwai politik Jerantut dari setiap sudut dan ruang.

Bukanlah terlalu banyak pilihan diantara tokoh-tokoh politik Jerantut yang layak dicalonkan, justru kita tidak akan dapat menolak dari mendapatkan khidmat dari tokoh lama yang saya anggap sebagai tergelincir. Mungkin ada diantara mereka yang masih sudi dan sedia berkhidmat untuk rakyat dengan jujur dan ikhlas jika diberikan lagi sekali kesempatan. Ada diantara mereka yang masih berkelayakan dari banyak segi namun dahulunya disingkirkan atau tersingkir hanya kerana tidak sebulu dengan kehendak negeri.

Dalam politik segalanya mungkin. Saya sedang cuba mencari kembali mereka-mereka yang berpotensi itu untuk diketengahkan semula. Jerantut perlukan seorang pemimpin dari anak kelahiran Jerantut, yang mengerti dan faham akan hasrat dan kehendak rakyat dan masyarakat setempat.

Ada beberapa wajah yang terbayang dalam kepala saya. Jika ada kesempatan nanti saya akan temui mereka untuk menyelami hasrat mereka sendiri. Mudah-mudahan mereka yang tergelincir dulu janganlah berpatah hati. Politik ini adalah satu seni yang menarik dengan 1001 kemungkinan.

Namun politik Jerantut tentu akan lebih tenang jika tidak ada campur tangan dari tangan-tangan hitam tokoh-tokoh veteran tertentu yang sebenarnya sudah terlalu jauh ditinggalkan masa. Malahan kehadiran mereka dalam mencaturkan politik Jerantut telah sebenarnya membantu menjahanamkan politik di Jerantut ini sendiri.

Insyallah dalam masa terdekat saya akan mendapatkan maklumat dan menulis tentang calon-calon yang layak dan berwibawa untuk ditonjolkan sebagai calon atau calon-calon Ahli Parlimen Jerantut nanti. Politik Jerantut tentu akan lebih menarik dan meriah.

Saya juga percaya bahawa mata dan telinga PM sedang memerhati dan mendengar suara ikhlas dari Jerantut ini dan akan memberikan pertimbangan yang sewajarnya kerana suara kita ini adalah suara yang lebih bersih, suci dan jelas tanpa ada pengaruh dan desakan serta campur-tangan dari negeri yang sentiasa ada agendanya yang tersendiri.

Jerantut - saya pun ingin kembali!


3 comments:

suara puteri said...

Spu,
Bagi kami puteri sudah tentu kami ingin melihat MP yang menggantikan Tengku Azlan adalah datangnya dari puteri. Apa kurangnya puteri?.

menyegar said...

Salam.. Untuk jadi pemimpin bukan hanya perlu pada wajah aje yg cantik mcm puteri puteri. tetapi kena ada otak yg cantik jgk.pteri2 adake yg otak cantik?

Anonymous said...

SPU,
semua orang layak jadi calon asalkan tidak melanggar perundangan negara
Kalau ikutkan pemantauan drp agensi/badan pelapor/penilai, mereka ambil perhatian terhadap: latarbelakang calon - kelulusan, hubungan dengan masyarakat; penglibatan dalam badan politik pemerintah (AJK Bhg/Wanita/Puteri/Pemuda), dll yg difikirkan ssesuai. Wbagaimanapun itu semua syarat yg boleh dibuat-buat... maknanya kalau takda semua tupun boleh kalau orang atasan yang hendak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN