Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, April 13, 2010

SKUAD BAJU MERAH SERANG FELDA SG TEKAM, JERANTUT




Keterangan Gambar:

Atas - Ketua Wanita UMNO Bhg. Jerantut (kanan), Komandan Skuad Sayang Pn. Wan Rohani (tengah), SU Wanita Pn Hajjah Fadilah bersama seorang pendakwah bebas yang mengajar masyarakat berkenaan mengenai agama Islam secara sukarela.

Bawah - KW Pn Norhelan dibantu Naib Ketua Wanita Pn Siti Hajar menyampaikan sumbangan kepada masyarakat Orang Asli berkenaan.







Bangkok - Thailand kini terjerumus dalam keganasan politik terburuknya sejak 2 dekad lalu selepas 21 irang mati dan 800 lagi cedera dalam pertempuran antara askar-askar dan kumpulan antikerajaan yang memakai baju merah.

....( Kosmo Isnin 12 April 2010 MS 52)

-----

Kumpulan baju merah 'Skuad Sayang' Wanita UMNO Jerantut bersama beberapa agensi kerajaan antaranya Jabatan Hal-Ehwal Orang Asli, Jabatan Pendaftaran serta Krew TV3 telah melawat kesebuah perkampongan sementara Orang Asli suku kaum Jakun berhampiran Felda Sungai Tekam.

Dimaklumkan bahawa Skuad Sayang di bawah Wanita UMNO Bahagian ini di ketuai komandannya Pn. Wan Rohani telah memberikan khidmat baktinya dengan memberikan sumbangan berupa bantuan barang makanan, peralatan (tikar dan tilam) serta pakaian terpakai.

Sumbangan berkenaan didapatkan dari beberapa agensi, syarikat dan orang perseorangan yang prihatin kepada kesusahan masyarakat asli berkenaan. Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut telah berusaha mendapatkan sumbangan berkenaan sejak beberapa bulan lalu manakala sebahagian darinya adalah sumbangan ikhlas dari beliau sendiri.

Dalam masa sama agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran juga menjalankan tugas dengan mendaftarkan mereka-mereka yang masih belum memiliki kad pengenalan. Biarpun dalam suasana yang sederahana namun usaha ini dirasakan mencapai sasarannya.

Semua AJK Wanita UMNO Bahagian terlibat dalam program berkenaan kecuali beberapa yang tidak dapat hadir dengan maaf. Bagaimanapun kita tertanya-tanya dimanakan Ketua Penerangan Wanita UMNO Bahagian Jerantut? Bersembunyi dalam kegelapan? Atau apakah mesti setiap Ketua Penerangan UMNO itu dilantik dari kalangan mereka yang gelap dan hitam hatinya?

Saya teringat kisah kekebalan seorang Wanita UMNO Bahagian yang tidak mampu diambil tindakan kerana dilindungi oleh UMNO. Kita harap MB akan lebih telus dan tidak mengambil sikap pilih kasih dalam menjalankan tugasnya. (Klik sini untuk ketahui lebih lanjut) Difahamkan bahawa sejak beberapa tahun lalu beliau tidak pernah membayar sewaan kepada Majlis Daerah kerana dilindungi oleh MB. Ahli UMNO beginilah dan MB UMNO beginilah yang membuatkan rakyat benci kepada kerajaan dan menolak UMNO.





2 comments:

menyegar said...

Salam.. artikal yg bagus.Saya tersentuh melihat ada jugak pendakwah bebas yg sanggup dtg untuk mengajar agama islam kepada masyarakat orang asli. Tetapi kemanakah perginya pegawai pegawai jabatan agama islam? Dakah hanya akan dtg jika ada elaun kerajaan sahaja baru nak datang berdakwah?Adakah mereka termasuk dalam golongan org yang menjual ayat al quraan dengan harga yg sedikit? renungkanlah.

spu.blogger said...

Kita juga boleh tanya: kemanakan perginya Pas yang memperjuangkan Islam? hehehe! cakap je lebih habuk pun tak ada. Busuk Pas lebih teruk dari UMNO, busuk dari mulut hingga ke buntut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN