Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Tuesday, April 6, 2010

APA KURANGNYA PUTERI?

Gambar Hiasan:
Wajah manis seorang ahli Puteri UMNO di satu bahagian di Pahang.
Hiasi diri bukan hanya dengan senyuman tetapi pekerti dan tanggungjawab serta pengorbanan kepada masyarakat.



Dibawah ini adalah respon yang saya terima dari entry saya semalam. Dari Puteri UMNO Jerantut:


Blogger suara puteri said...

Spu,
Bagi kami puteri sudah tentu kami ingin melihat MP yang menggantikan Tengku Azlan adalah datangnya dari puteri. Apa kurangnya puteri?.

April 5, 2010 2:36 PM


Saya puji keberanian Puteri dalam menyatakan hasrat mereka. Sama ada ini hasrat Puteri UMNO Bahagian atau hanya hasrat Ketua Puterinya saja bukanlah soal yang ingin saya bincangkan disini. Namun cukup jelas bahawa Puteri ingin diangkat setinggi itu.


Kita atau saya ditanya; Apa kurangnya Puteri? Namun saya ingin menanya kembali, apa lebihnya Puteri? Apa yang Puteri rasakan sehingga merasa layak menjawat jawatan setinggi itu? Dalam sejarah Parlimen Jerantut, Ketua Wanita pun belum pernah menjadi Ketua Bahagian dan Ahli Parlimen. Kenapa Puteri tidak mensasarkan saja pada kerusi DUN yang ada 2 itu?


Mampukah Puteri menyaingi Timbalan Ketua Bahagian yang juga menyimpan cita-cita merebut kerusi itu? Apa lebihnya Puteri berbanding dengan Pemuda? Atau dengan Wanita? Saya tak nampak ada apa-apa yang dilakukan oleh Puteri selama ini.


Saya cadangkan Puteri supaya sasarkan saja kepada kerusi DUN Tahan atau Pulau Tawau kerana itu lebih wajar dan masuk akal. DUN Tahan mungkin akan dikosongkan oleh penyandang kerana akan merebut kerusi parlimen. Kerusi Pulau Tawar juga akan dikosongkan berikutan penyandang sedia ada sudah kepenatan menjalankan tugas selama ini.


Selain itu, muka baru mesti selalu ditonjolkan berikutan performence penyandang yang terlalu lama akan menurun dan tidak akan mengembirakan rakyat. Rasanya kebelakangan ini pengundi DUN Pulau Tawar hanya banyak mengigit jari.


Apa kurangnya Puteri? Puteri masih kurang berusaha memperkasakan UMNO dan membela rakyat setempat. Saranan ikhlas dari saya adalah; berkerjalah untuk masyarakat dan jangan terlalu memandang apa ganjaran yang akan diterima sebagai balasannya. Pemimpin dan rakyat akan menilai keupayaan mereka dan akan mengangkat mereka yang benar-benar berusaha.


Kepada pemimpin-pemimpin yang selalu dan suka main wayang cina dinasihatkan menghentikan perbuatan itu. Mulai sekarang SPU akan selalu memantau dan melaporkan kepada rakyat apa yang pemimpin lakukan, baik dan buruknya. Segalanya ini dilakukan atas tanggungjawab terhadap UMNO dan masyarakat.


Kepada Puteri, sekali lagi saya nasihatkan; pandanglah dan cerminlah diri dan lihatlah pada blog-blog ini yang dapat mencerminkan segalanya. Jika blog yang 2 butir ini pun masih belum dapat diuruskan dengan baik, bagaimana nak uruskan perkara yang akan melibatkan nasib ribuan manusia lain?

http://suaraputeri.blogspot.com/

http://kiasanluahansuaraputeri.blogspot.com/


Hehe! Saya berharap agar Puteri dapat bersabar dan menyimpan dahulu mimpinya itu.







2 comments:

Men Gebang said...

Hehehe! Kenapa Puteri senyap saja, diam dan tak mampu untuk menjawab? Eloklah tu, cermin-cerminkan diri sendiri dulu sebelum menyimpan cita-cita nak jadi Ahli Parlimen. Sebenarnya si Tini ni, nak mimpi jadi Ahli Parlimen pun sudah tidak layak. Siapakah mentor dibelakangnya? Marilah masuk bersama kegelanggang jika rasa masih mampu....hehehe!

one one no belen said...

masuk bilik pengantin bolehlah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN