Ini blogger Puteri UMNO Bahagian yang sememangnya masih goblok, hehe
" Jika diimbau pada pilihanraya tahun 1999, pada peringkat awal munculnya pengaruh media baru, kita bersikap tidak acuh pada perkembangan itu. Lima tahun kemudian, semasa pilihanraya tahun 2004, kita masih mengambil mudah kebangkitan media alternatif. Natijahnya, semasa pilihanraya Mac tahun 2008, kita tersentak dengan lamunan dek kegagalan memahami kesan pengaruh media baru" - Demikian ucapan Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak Perdana Menteri Satu Malaysia, menginsafi peri pentingnya media sosial dewasa ini.
Namun adakah pemimpin politik kita yang lainnya sudah sedar? Sudah sedar dan bertindak? Jika ya, kenapa Unit Media Baru UMNO yang ditubuhkan masih belum memberikan impaknya? Kenapa masih belum nampak dengan jelas blog-blog UMNO negeri? Bahagian dan Cawangan-Cawangan?
Apakah Ketua Penerangan UMNO Negeri, Bahagian dan Cawangan-Cawangan tidak dapat memahami maksud PM dalam ucapan beliau itu? Mungkin juga Ketua-ketua Penerangan berkenaan adalah terdiri dari mereka yang menduduki tempat yang salah kerana itu mereka tidak memandang kepentingan untuk menggerakkan media baru yang dia dipertanggungjawabkan.
Saya kutip kata-kata ini dari sebuah laman blog di Jerantut:
Puteri kagum dengan blog UMNO Jerantut yang ditulis oleh warga spu adalah suara prihatin umno Jerantut. Tahniah, ada orang yang menbangunkan blog untuk umno Jerantut. Bukan mudah untuk merancana sebuah blog macam spu. Silap-silap jadi "goblog".
Masyarakat kita sudah prihatin pada IT. Banyak kampung dan desa sudah ada pusat IT yang lengkap. Dasar kerajaan dalam membangunkan rakyat luar bandar yang seimbang dengan bandar mula membuahkan hasil.
Masyarakat kita sudah prihatin pada IT. Banyak kampung dan desa sudah ada pusat IT yang lengkap. Dasar kerajaan dalam membangunkan rakyat luar bandar yang seimbang dengan bandar mula membuahkan hasil.
Apakah blogger berkenaan tidak menyedari bahawa SPU menyatakan dengan jelas bahawa blog ini adalah bukan blog resmi UMNO Bahagian Jerantut. SPU tidak membangunkan blog ini untuk UMNO Bahagian Jerantut kerana beranggapan bahawa tugas ini adalah terletak dibahu dan di 'batu jemala' Ketua Penerangan Bahagian serta Unit Media Baru. Saya juga ingin menyatakan bahawa saya memantau blog-blog dari Jerantut, demikian juga kemasukan ke blog ini juga diperhatikan, justru kita mengenal pasti setiap mereka yang aktif dan berkomunikasi dengan blog SPU. Blogger SuaraPuteri, anda juga dipantau, dan dikenalpasti, hehe!
Jika Puteri sememangnya prihatin terhadap pembangunan media baru di Jerantut, saya pasti sudah lama dulu terbinanya blog-blog seperti blog SPU ini di Jerantut. Namun yang pasti adalah bukan hanya setakat Ketua Penerangan UMNO Bahagian yang masih meraba-raba dalam kegelapan, bahkan Pemuda dan Puteri juga masih bersenang-senang didalam gelap. Saya mohon Pemuda dan Puteri keluarlah dari kegelapan sebelum perkara buruk berlaku, maklumlah kebelakangan ini banyak anak-anak yang telah lahir namun bersemadi didalam tandas dan longkang - sendiri tau sendiri mau ingatlah!
Bagaimanapun, SPU berasa bangga kerana setidak-tidaknya blog ini mampu memberikan sedikit anjakan bagi menyedarkan UMNO Bahagian yang masih tidur lena dan dilamun mimpi PRU.
Walaupun blog 'SuaraPuteri UMNO Jerantut' (klik sini) masih selekeh dan tidak betul-betul terurus bagaikan seorang janda beranak 7, namun ianya adalah satu permulaan yang baik. Saya percaya bahawa bloggernya adalah seorang yang sangat dedikasi dan berusaha keras untuk menjayakan cita-cita peribadinya.
Bagaimanapun, saya keliru dengan ayat ini:
Puteri mahu melihat IT menjadi darah daging masyarakat Jerantut. Kalau tidak ada puteri, sudah tentu tiada orang membaca tulisan blog spu.
Tidakkah blog SPU dibina lebih awal dari Blog Puteri? Tidakkah blog SPU dibacai lebih ramai pembaca dari blog Puteri? Agaknya puteri sudah lama tidak melihat wajahnya dicermin justru itu 'nenek kebayan' ini telah lupa bahawa jika blognya tidak dipautkan dari blog SPU, tak ada siapa pun yang akan membaca tulisannya diblog Puteri selama-lamanya.
Apapun kita masih menanti-nanti munculnya blog hasil tangan Ketua Penerangan UMNO Bahagian yang akan menjadi suara UMNO Parlimen Jerantut. Bangunlah wahai Ketua Penerangan UMNO Bahagian, bangunlah! Jika dirasakan tugas ini terlalu berat dan tidak mampu melaksanakannya, mohonlah untuk berundur dengan terhormat supaya tidak nanti anak cucu menyebut nama 'busuk' itu sehingga 7 keturunan.
Jika tidakpun, ambillah blog SPU ini sebagai blog UMNO Bahagian, tapi terimalah bersekali dengan bloggernya untuk menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian, hehehe!
Sedikit fakta: (Dipetik dari "Mediasosial - setitik menjadi selautan - Norbisha @ Norizan Sharif"
'Internet di Malaysia mengalami perkembang pesat. Pada tahun 2000, bilangan pengguna internet di negara ini ialah 3.7 juta; meningkat kepada 10.1 juta pada tahun 2005. Pada akhir tahun 2009, ia bertambah kepada 16.9 juta pengguna'
"Radio mengambil masa 38 tahun untuk mencapai 50 juta pendengar. Televisyen mengambil masa 13 tahun untuk mencapai jumlah penonton yang sama. Internet hanya mengambil masa 4 tahun untuk mencapai 50 juta pengguna. Dalam (masa) kurang dari 9 bulan, Facebook menambah 100 juta pengguna"
Kalau dengan ini, semua Ketua-ketua Penerangan UMNO Perhubungan Negeri, Bahagaian dan Cawangan masih belum sedar juga, saya berpendapat bahawa memang UMNO tidak akan mampu berubah buat selamanya, melainkan penjawat-penjawat berkenaan disingkirkan (dinyahkan) dari jawatannya.
2 comments:
Setiap kali MCA atau MIC bertanding dlm pilihanraya,maka kelihatan orang UMNO sibuk bekerja keras,hingga bergaduh dgn PAS.
Setiap kali DAP atau PKR india bertanding maka kelihtan orang PAS bekerja keras hingga bergaduh dgn UMNO.
Kalau PAS bersatu dgn UMNO,maka slogan "Malaysia Boleh" kita tukarkan kpd "MALAYSIA HEBAT"
BILAL
Melayu ni sesuai jadi kaldai je agaknya?
Post a Comment