Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, April 4, 2010

SIAPA CALON AHLI PARLIMEN JERANTUT PRU NANTI? BHG 2

Bertambah maju dan membangunkah Jerantut? Yang pastinya setiap inci tanah terlepas kepada bangsa asing termasuk yang dulunya taman bunga/permainan. Melayu mana yang mengadai tanah melayu ini?



Ada yang menegur tulisan saya semalam dan menganggap saya menyokong KW, sebenarnya tidak! Saya telah meninggalkan politik sejak lama dulu, walaupun saya pernah menjadi Ketua Pemuda Cawangan, Ketua Cawangan dan AJK Pergerakan Pemuda Bahagian. Saya tidak lagi terlibat secara langsung bahkan Persidangan Agung Cawangan pun saya tidak hadir dan tidak dijemput hadir. Saya lebih suka menjadi pemerhati dan bebas memberikan pendapat dan pandangan.

Kepada Dato' Fikir, perjalanan politik kita masih jauh dan semua orang masih ada peluang sebenarnya. Tulisan saya semalam bukan berniat menyekat peluang seseorang bahkan apa kuasa saya untuk menyekat sesiapapun? Justru, sepatutnya bagi mereka yang masih berminat dalam perlumbaan tersebut harus mengambil pandangan itu dengan sikap positif dengan membaiki setiap kelemahan yang ada pada diri. Pandangan saya adalah bersifat peribadi dan bukan mewakili sesiapa atau mana-mana kumpulan atau pihak.

Berbalik kepada soal Siapa Calon Ahli Parlimen Jerantut dalam PRU akan datang, jika pihak atasan inginkan calon yang telah berpengalaman untuk mengemudikan Parlimen Jerantut, bekas Ketua Pemuda saya dahulu yang juga bekas ADUN Tahan masih layak untuk dipertimbangkan biarpun beliau telah tercicir dalam pemilihan bahagian yang lalu, kalah kepada Ketua Pemuda dalam pemilihan jawatan Timbalan Ketua.

Bukan tidak ada mereka yang tercicir dan tergelincir mampu naik semula dalam sejarah perjuangan UMNO, namun bilangannya sangat sedikit. Kebanyakannya akan hanyut dan dibawa arus serta hilang entah kemana. Mampukah Dato' itu untuk meraih sokongan dan simpati ahli-ahli UMNO Bahagian Jerantut nanti? Satu perkara yang saya sukai mengenai Dato' ini adalah sikap dan semangat kemelayuannya yang tinggi. Tidak keterlaluan saya anggap beliau sebagai 'ultra malay' di Jerantut - wallahualam!

Jika beliau merasakan mampu dan ahli-ahli juga sedia memberikan sokongan kepadanyanya, bagaimanapula dengan bekas Ahli Parlimen sebelum yang ada sekarang ini? Beliau juga masih layak dan saya menyukai sikap tegas beliau semasa beliau menjawat Ketua UMNO Bahagian merangkap Ahli Parlimen dahulu. Beliau terserlah sebagai orang terpelajar dan kepimpinannya nampak tegas, mungkin sedikit canggih dari budaya UMNO namun inilah yang harus diterapkan jika UMNO ingin berubah secara total.

Jika pucuk pimpinan merasakan kurang menyukai calon yang sudah tergelincir, saya rasa satu lagi nama yang patut ditonjolkan adalah bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian. Beliau adalah seorang peguam. Budi pekertinya tinggi dan 'low profile'. Beliau ini tergelincir akibat menyertai pasukan bukan disingkirkan secara peribadi kerana semua melihat peribadinya sangat baik. Saya percaya jika beliau diletakkan sebagai calon maka bukan mudah untuk Pas memenangi bahkan untuk meletakkan calon pun mereka hadapi kesukaran.

Jerantut perlukan wakil rakyat dari anak tempatan, yang jiwa dan perjuangannya benar-benar ikhlas untuk membela rakyat dalam kawasan parlimen ini. Pucuk pimpinan parti khususnya PM seharusnya menerima isyarat ini dengan jelas, atau tidak mustahil politik Jerantut akan berubah diluar dugaan dengan memberikan sokongan kepada parti lawan.

Kita jangan lupa bahawa DS Anwar telah datang ke Jerantut beberapa bulan lalu dan beliau juga menerima sokongan dari banyak pihak. Pada saya, sokongan terhadap pembangkang semakin meningkat kerana beberapa sebab antaranya adalah usaha kuat mereka sendiri dan kelemahan pihak UMNO yang hanya berpeluk tubuh serta berdiam diri.

Saya masih percaya dan merasakan bahawa kebanyakan undi golongan muda masih memihak kepada pembangkang, mungkin bukan kerana mereka benar-benar sukakan pembangkang namun mereka lebih tidak menyukai UMNO yang meminggirkan mereka dan tidak pernah memberikan mereka peluang selama ini. Ini yang UMNO bahagian harus melihat dan membuka mata besar-besar.

Apa yang UMNO lakukan untuk menarik golongan muda ini selama ini? Jawapannya sungguh mudah iaitu, tidak ada apa-apa. Bahkan UMNO tidak melakukan apa-apa pun untuk rakyat Jerantut dan ahli-ahli UMNO sendiri. Sesuatu harus dilakukan bagi memperkukuhkan semula UMNO supaya ianya masih disukai terutama golongan muda. Ini harus dilakukan dengan sungguh-sungguh dan jujur serta ikhlas. Siapa yang patut lakukan ini dan siapa yang mampu melakukannya?

Kita serahkan segalanya kepada kebijaksanaan UMNO Bahagian Jerantut sendiri. Namun, rakyat akan membalas segala apa yang dilakukan untuk mereka dalam PRU akan datang nanti.



Nota:
Dato' Fikir adalah nama yang saya berikan kepada pemberi komen di blog ini semalam yang menggunakan nama Fikri, mungkin saya tidak silap membuat tanggapan bahawa saya sangat mengenalinya.


3 comments:

selagimasihada said...

Siapa yang kita nak cari pemimpin Melayu yang benar2 berjuang untuk bangsa Melayu? Yang ada hanyalah pemimpin Melayu yang di pundaknya (bukan Pundek) bangsa Cina yang didukungnya kesana kemari.

menyegar said...

Sangat bersetuju dengan pendapat selagimasihada.kerana itulah rakyat masih menolak UMNO kerana pemimpin UMNO mmg bersikap begini.

Pak Mail said...

seingat aku hanya Wan Bakar aje MP anak tempatan yang lain tu semua orang luar termasuk yang ada sekarang. Nak jumpa kena ada protokol Tengku le .... ingat tengku tu besar sangat. Akan datang ni cari le anak tempatan tak tak ada kot. Kalau najib taruk orang luar lagi....aku akan kempen habis-habisan, Aku anak beranak tak akan undi BN/UMNO lagi...sumpah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN