Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, April 10, 2010

DIA YANG AKAN KITA PILIH?

Hiasan: Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian 2009




Walaupun masih jauh, tapi persaingan merebut kerusi Parlimen 081 sudah dirasakan bermula Calon-calon yang berminat sudah memulakan gerak kerjanya masing-masing. Pada saya ada beberapa nama mereka yang berminat menjadi calon serta yang diminati untuk dijadikan calon. Saya bersembang dengan ramai orang, awam dan ahli-ahli UMNO dari peringkat bahagian serta cawangan bagi mengumpul maklum balas dan membuat rumusannya.

Secara kasar saya sudah singkirkan 2 calon dalam tulisan saya yang lalu. Kali ini ada seorang lagi calon yang hendak saya bawa kepertimbangan. Sila baca sedutan dari sebuah laman blog;


Rompak Balak Atas Nama JKKK

Kami difahamkan bahawa MB Pahang, Adnan Yaakob hanya akan meluluskan kawasan balak untuk Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan tidak lagi kepada individu sejak beberapa tahun yang lalu. Maka bagi YB-YB yang kemaruk dengan"Ban Balak" ini mereka akan menggelupur mencari mana-mana JKKK yang boleh dipengaruhi. Hasilnya ada beberapa orang YB yang bertaraf Exco telah berjaya merompak secara "berhemah" menggunakan cara ini sehingga dua tiga pusingan. Ini bermakna satu JKKK hanya layak mendapat satu ban balak yang luasnya antara 100 hingga 200 ekar. Maka Maka semua JKKK dalam DUN terbabit telah mendapat peruntukan tersebut dan diuruskan oleh YB terbabit. Bila semua sudah habis, maka ada JKKK yang namanya digunakan beberapa kali untuk itu. Bagaimanakah cara mereka merompak cara ini. Mudah sahaja, dalam setiap kali mesyuarat exco mereka akan mengusulkan nama JKKK terbabit untuk kelulusan. Apabila sudah diluluskan, tokey balak akan menghubungi YB terbabit dan membuat bayaran pembelian balak antara RM100 ribu hingga RM300,000untuk setiap kawasan. Maka, YB terbabit menggunakan wang itu untuk memberi rasuah kepada Pengerusi JKKK sebanyak RM10 ribu, ahli JKKK mungkin seramai 10 orang sebanyak RM2 ribu tiap-tiap seorang.

Kemudian akan diberikan sebanyak RM20 ribu lagi kepada tabung JKKK terbabit, yang jumlah besarnya hanya sekitar RM50 ribu sahaja. Bakinya ratus-ratus ribu siapa yang dapat, makanya YB terbabitlah akan sapu masuk "tembolok" mereka. Ini pernah kami dedah dulu melibatkan Bekas Exco Belia dan Kesihatan Pahang yang kini masih merupakan ADUN Pulau Tawar, Jerantut Pahang iaitu YB Dr. Ahmad Shukri Ismail. Bayangkan jika satu JKKK beliau sapu RM200 ribu, maka di kawasan beliau itu terdapat lebih 30 JKKK. Cuba bayangkan berapa banyak wang rakyat dan rompakan balak secara berkhemah telah beliau monopoli?. Inilah dia pemimpin UMNO yang kononnya disayangi rakyat. Tatkala menjelang pilihanraya, mulalah beliau taburkan wang-wang tersebut untuk memancing undi. Menang kerana "Rasuah", hidup dengan "Raduah" dan akan mati juga dengan "Rasuah" !!. Mujurlah beliau tewas dalam perebutan kerusi Ketua Bahagian Jerantut kepadaYM Tengku Azlan (Ahli Parlimen Jerantut) dalam pemilihan UMNO bahagian itu baru-baru ini.



Belum masanya lagi bagi saya untuk membuat ulasan mengenainya. Cuma pada kali ini saya hendak paparkan kepada umum terutama mereka di Jerantut untuk membuat penilaian mereka masing-masing.


5 comments:

one one no belen said...

Salam.. Masaalahnya pengundi jgk yg silap. mengapa masih mengundi calon seperti ini? kita perlu peka tgk siapa kah calon yg bertading. kalau UMNO letak calon haprak. buat apa kita tetap undi?

SPU said...

Mmmm! Betul, betul! Cuma bimbang je calon-calon dari BN tu haprak dan calon dari PR tu lebih lagi bapak hapraknya. Balik ceramah kocek penuh pitis, hehe@ boleh pegi gouang2 kat dangdut, kopiah kena soroklah dalam kocek. Kahkahkah! Adessss!

one one no belen said...

salam.. hehe kita kena cari calon yg tak baik antara yg paling tak baik :-) sebab mmg kebanyakkan calon tu semuanya paling tak baik belaka.

selagimasihada said...

Kahkahkah! Ini memang berfikir diluar dari kota. Memang di luar dari kepala hotak, hehe! Tapi apasalahnya mencuba?

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN