Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Wednesday, April 21, 2010

PEMIMPIN BERSALAH DAN RAKYAT JUGA HARUS SALAHKAN DIRI








































































1) Semak samun di luar Dewan Serbaguna Kg. Kuala Tahan, didalamnya pun sama tidak terurus.
2) Beberapa kipas didalam Dewan berkenaan didapati rosak dan tidak diselenggara dengan baik
3) Disebelah tepi luar Dewan kelihatan hodoh sebagai stor simpanan barang yang tidak terurus dan mencacatkan pandangan. Siapa akan kita salahkan? Pemimpin bukan saja kerana hendak jadi pemimpin tetapi harus juga berusaha keras dan ada wawaasan sebagi pemimpin.



Selalu rakyat menyalahkan kerajaan dan pemimpin kerana permohonan mereka tidak diterima dan diluluskan. Selalunya YB ADUN kawasan berkenaan dan Tuan Pegawai Daerahlah yang menjadi mangsa. Kadang-kadang mereka lupa bahawa adakalanya 'bajet' untuk itu memang tidak ada, selebihnya adalah kerana 'bajet' itu dilarikan ketempat lain yang mungkin lebih memerlukan dan menghargainya.

Selalunya kita cukup gembira apabila kita mendapat apa yang kita pohon, tetapi bagaimana kita menjaga harta awam selepas itu? Apa peranan Ketua Kampong dan JKKK-nya dalam menjaga harta awam? Berapa banyak Balai Raya yang terbiar dan menjadi reban ayam dan kandang kambing?

Kadang-kadang memang kita mendapat YB yang tidak benar-benar baik, kadang-kadang pula kita mendapat Ketua Kampong yang tidak benar-benar baik juga, yang hanya pentingkan diri dan kroni, kadang-kadang kita mendapat YB dan Ketua Kampong yang kedua-duanya tidak baik kerana hanya 'bruppp' sesama mereka berdua saja.

Bagaimanapun harta awam adalah sesuatu yang perlu dijaga sebaik mungkin. Mungkin satu ketika nanti kelulusan permohonan dari sesebuah kampong akan berdasarkan kepada tahap penjagaan harta awam milik mereka. Mungkin ini akan menggalakkan mereka menjaga harta awam dengan lebih baik lagi.


5 comments:

zeza said...

salam spu
syabas post perihatin

mamat ulu said...

Tok Ketua memainkan peranan besar dan penting dalam membina masyarakat, kalau tok ketua hanya dok mengosok bontot YB sepanjang masa, bila tok ketua nak buat kerja dan menjaga kampong? Tok Ketua berkhidmat untuk masyarakat, jangan memeggang jawatan itu hanya kerana hendak merebut peluang mendapatkan kontrek serta berkongsi 'burppp!' bersama dengan YB. Penduduk dan rakyat harus diutamakan, jika tok ketua rasa beban ini berat dan tak mempu jalankan tugas dan kewajipan, minta tok ketua letak jawatan dengan terhormat.

menyegar said...

Salam zeza.Tapikan sometime puas kita bercakap dan komen pun pemimpin buat dek aje.Dah rasa boring tahap gaban dah ni .dah malas nak tegur. biar rakyat ajelah yg buat pilihan masa mengundi nanti. Kalau rakyat masih bengap tahap lembu mereka pilihlah calon yg tahap lembu jugak.

spu.blogger said...

betul tu en. mamat ulu, itu ayat awak sendiri tu. awak yg cakap macam tu bukan saya, hehe

asmadi said...

biasa lah org2 pembesar umno nie cakap tak serupa bikin..........janji tinggal janji.sebelum mengundi janjinyer apabila menang mereka memberi segala kemudahan yg penduduk mintak.......tapi bila dah menang habuk pun tarak..........beramai ramai lah kiter selepas nie pada masa akan dtg tengok lah calon yg dipilih dulu sebelum kiter mengundi mereka.......tak mau lagi belaku macam yang lepas2 sekadar berjanji saja....buat nyer tidak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN