Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, April 25, 2010

SUARA PRIHATIN UMNO JERANTUT

















Blog ini dibina pada Ogos 2008 sebagai penyambung suara rakyat khususnya yang masih ada rasa kesetiaan terhadap UMNO. Juga sebagai suara yang dapat menyampaikan kepada pemimpin-pemimpin apakah sebenarnya yang rakyat akar-umbi merasa tidak puas hati. Pemimpin tidak boleh lagi mendengar suara hanya dari orang-orang UMNO saja kerana suara itu penuh dengan ketidakjujuran dan pura-pura belaka. Justru, SPU adalah pembawa suara rakyat.

Suara rakyat dapat didengari dimana-mana, di warung-warung kopi, pekan-pekan sahari, masjid dan surau-surau, majlis-majlis kenduri dan sebagainya. Namun selalunya suara itu hanya mati disitu saja, Tiada pihak yang ingin membawanya keatas. Pemimpin-pemimpin UMNO yang bermuka-muka akan sentiasa menyatakan yang baik saja sedangkan yang buruknya hanya disimpan begitu saja. Disinilah SPU dapat memainkan peranannya dengan berkesan.

Selain itu, SPU juga memantau dan memperdengarkan suara-suara halus lainnya. Kerana itu SPU mengumpul sebanyak mungkin blog-blog yang menyuarakan politik dan isu semasa di sekitar Jerantut dan memautkannya dari blog ini. Apa yang kelihatan adalah SPU berupaya menjadi pemangkin kepada perkembangan blog-blog politik dan isu semasa sekitar Jerantut untuk memberikan kemudahan blog-blog berkenaan dicapai umum. Kerana itu kita lihat beberapa buah blog yang dipautkan dari blog SPU semakin aktif menulis akhir-akhir ini.

Malangnya, seperti yang sering disuarakan dari dulu, blog-blog resmi UMNO masih belum ujud atau masih tertidur. Mana UMB Pahang yang mewakili Jerantut? Mana UMNO Jerantut?

Kita sedari bahawa blog ini juga dipantau oleh pihak UMNO pusat. Kita sedar juga bahawa suara yang kita bawakan disini didengari oleh pemimpin atasan kita. SPU bukan berniat merosakkan UMNO tatapi menyedarkan pemimpin-pemimpin UMNO setiap peringkat supaya bersama berusaha dengan jujurnya memperkasakan UMNO.

SPU mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sering melawat lama ini serta memberikan komen mereka. Juga kepada pihak-pihak yang sering menghubungi melalui email dengan memberikan maklumat-maklumat untuk dipaparkan diblog ini. Terima kasih.


2 comments:

menyegar said...

Salam SPU.Tidak salah kita memberikan komen jika ianya untuk kebaikan UMNO.Lebih baik kita menyatakan kebenaran yg sememangnya pahit daripada kita menyokong hanya dengan kata kata yg manis tetapi akhirnya rakyat menolak UMNNO.Sesungguhnya rakyat tidak menolak UMNO tetapi rakyat muak dan jelak dengan pemimpin pemimpin UMNO yg bangsat tahap lembu.

Anonymous said...

SPU,

Tahniah kerana berjaya sebagai pencetus alam siber ditempat mu. Tetapi harap SPU;

* Jangan terlampau merejam pemimpin UMNO.

* tulis berdasar fakta benar , sumber hearsay perlu di semak kesahihan.

* ketengahan janji pemimpin yang tak di tunaikan, tak mau pemimpim pemungkar dan al pungkar.

Syabas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN