Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, April 18, 2010

YBM TENGKU AZLAN DI KAMPONG MUHIBBAH.




















































Atas: YBM Dato'Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar, Ahli Parlimen Jerantut
merangkap Ketua UMNO Bahagian Jerantut.
Bawah: YB Dato' Lau Lee, Adun Kawasan Damak merangkat Ketua Bahagian MCA Jerantut


YBM Dato' Sri Tengku Azlan dalam ucapan bersahajanya pada perjumpaan di Majlis Ahli Parlimen Bersama Rakyat di Kampong Muhibbah menyebut tentang ketidakpuashatian sesetengah orang terhadap beliau. Secara jujurnya beliau bertanya apakah ada seseorang yang disukaai oleh semua orang tanpa ada seseorangpun yang tidak menyukai?

Cuba kita ingati kembali bahawa junjungan Nabi kita, Rasulullahpun tidak disenangi oleh kesemua orang dan antaranya termasuklah bapa saudaranya sendiri, AbuLahab. Demikianlah perumpamaannya.

Mudah bagi kita tidak menyukai seseorang, tetapi apakah kita sedar bahawa mungkin lebih banyak orang yang tidak menyukai kita pula? Dalam ucapan YMB Dato' Sri Tengku Azlan beliau juga menyebut; Mungkin orang tidak menyukai beliau kerana beliau sudah 3 penggal berkhidmat, jika demikian tentulah orang lebih tidak menyukai YB Dato' Lau Lee kerana beliau sudah berkhidmat selama 4 penggal.

Jikalau seseorang pemimpin itu hendak disingkirkan kerana rakyat tidak menyukainya, maka singkirkanlah YB Dato' Lau Lee terlebih dahulu.

Dalam ucapannya beliau kepada hadirin yang majoritinya adalah dari kaum India itu, YBM Dato' Sri Tengku Azlan menyebutkan tentang sikap buruk orang-orang melayu. Katanya; 'Orang Cina tidak akan memburukkan sesama mereka terutama dihadapan bangsa lain, Orang India juga tidak memburukkan sesama bangsanya dihadapan orang lain, tetapi bangsa Melayu tidak ragu-ragu memburukkan sesama sendiri terutama dihadapan bangsa Cina dan India' Inilah sikap buruk bangsa Melayu.

Kebelakangan ini saya melihat YBM Dato' Sri lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya terutama dalam menjaga hubungan bersama rakyat dalam kawasan Parlimen Jerantut ini. Beliau nampak lebih perform berbanding dahulu. Syabas! Pemimpin yang prihatin terhadap masalah rakyat akan rakyat angkat dan sanjung tinggi dan kenang selalu.

Masalah YBM selama ini adalah beliau menjarakkan diri dari masyarakat, mungkin juga kerana pembesar-pembesar sekeliling beliau yang sentiasa mengelong dan mengongkong perjalanan beliau dan tidak memberikan peluang kepada beliau untuk dapat berhubung dengan rakyat secara terus.

Saya juga melihat pemandangan beliau terhadap sekeliling juga disekat selama ini. Kerana itulah beliau hanya melihat apa yang dipertontonkan kepada beliau sahaja. Kita bukan mempertikaikan keputusan beliau, namun ura-ura beliau untuk melantik 2 ahli majlis yang baru dari kuota UMNO sangat menyedihkan kerana calon yang dicadangkan tidak memberikan imej yang baik kepada UMNO sendiri. Dari segi kualifikasinya, dari segi edukasinya ini akan meb uatkan masyarakat memandang bahawa UMNO terdiri dari kalangan yang rendah edukasinya.

Apapun, saya melihat YBM Dato Sri Tengku Azlan telah berubah, teruskanlah berubah dan berusaha kuat untuk kepentingan masyarakat dan rakyat jelata. Soal sama ada beliau disambung lagi khidmatnya atau tidak hendaknya janganlah difikirkan keterlaluan. Pemimpin atasan akan sentiasa melihat dan mendengar suara rakyat, dan rakyat akan sentiasa mengangkat dan menyayangi pemimpin-pemimpinnya yang mengasihi rakyat jelata.


2 comments:

Anonymous said...

Sape pembesar yang menyekat dan mengongkong YBM T. Azlan itu, tolong perkenalkan, boleh sama membantu menyisehkan. Siapa dia nya ye..

SPU said...

Salam Anon, kenalah cari maklumat tu sendiri, kalau semua nak diberi saja, apa pulak yang awak boleh lakukan selama ini? Mana keprihatinan awak terhadap perkembangan politik setempat? Kenalah ada sedikit usaha untuk mencapai kemajuan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN