Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, April 9, 2010

PERANG SIBER DI JERANTUT SUDAH BERMULA ?

Gambar Hiasan: Perang Siber



Rupanya ada yang mendengar dan bertindak atas desakan dari tulisan SPU beberapa hari dulu. Saya menegur dan menyindir blog-blog UMNO di Jerantut ini dan akhirnya saya dapati blog norhelan (Ketua Wanita UMNO) telah menunjukkan perubahan. Teguran yang saya buat itu bukanlah kerana saya benci atau dengkikan mereka, tetapi kerana saya mahu mereka berfikir bahawa 'media baru' sedang menguasai penyebaran maklumat termasuk juga bagi penduduk dan rakyat di Jerantut ini.

Jika kita berfikir bahawa 'media baru' hanya mempengaruhi orang-orang di kotaraya dan bandar-bandar besar saja maka pendapat kita itu salah sama sekali. Menurut satu pendapat bahawa pengguna 'FaceBook' dunia adalah berjumlah 350 juta orang dan di Malaysia ada seramai 6.2 juta pengguna manakala pengguna 'Friendster' seramai 4.2 juta dan 'MySpace' seramai 1.2 juta orang. Penggunaan 'media baru' berkembang degan cukup pantas, justru sekiranya kita tidak mengikutinya maka kita akan tercicir jauh dibelakang dan selama-lamanya.

Norhelan (Ketua Wanita UMNO Bahagian) telah melangkah dan menunjukkan keinginan untuk berubah, bagaimana pula dengan Puteri UMNO dan Pemuda UMNO? Saya kali ini tidak hendak lagi menegur Ketua Penerangan Bahagian kerana saya tahu bahawa dia langsung buta tentang IT dan tidak tahu apa itu 'media baru' kerana itulah Ketua Penerangan Bahagian ini akan selalu dan terus tinggal dalam kegelapan. Dilema berlaku bukan saja di bahagian ini, malahan di kebanyakkan bahagian di seluruh negara, kerana itulah saya menjangkakan bahawa UMNO tidak akan mempu berubah dalam waktu terdekat.

Penerangan UMNO dikebanyakan bahagian-bahagian masih gagal melaksanakan tugas memberikan penerangan selagi individu yang dipilih melaksanakan tugas berkenaan masih dari kalangan mereka yang dilahirkan dalam zaman primitif dan tidak langsung ingin berubah.

UMNO setiap bahagian seharusnya memberikan tumpuan terhadap perkembangan 'media baru' dan memberikan tumpuan serta menggunakannya se-maksimum mungkin sebagai peralatan menyampai maklumat serta menerima maklum balas dari rakyat setempat khususnya ahli-ahli UMNO. Kegagalan mendengar dan menyampaikan maklumat adalah kegagalan berinteraksi dengan rakyat dan ahli, dan ini tidak dapat dimaafkan serta akan menyebabkan rakyat serta ahli UMNO mencari jalan lain serta menyimpan kekesalan dalam hati mereka.

Mungkin di Jerantut kita masih belum sedar bahawa salah satu punca kegagalan UMNO/BN dalam PRU12 lalu adalah kerana memandang remeh 'media baru' sebagai satu alat komunikasi dan penyebaran maklumat. Mungkin kita merasakan bahawa maklum balas yang diterima dari blog dan facebook sebagai tidak memberangsangkan, namun kita harus sedar bahawa penggunanya setakat ini hanya berupaya untuk menerima tetapi masih belum bersedia untuk memberi, dalam kata lain mereka hanya lebih banyak membaca tetapi kurang menulis dan memberi maklum balas.

Justru, kita jangan terlalu mengharapkan mereka memberikan maklum balas, cukup sekadar jika mereka sudi mendengar dan membaca tulisan yang kita paparkan. Mungkin bilangannya juga tidak terlalu ramai dan menyeluruh namun harus diingat bahawa mereka kemudiannya akan menyebarkan maklumat yang dibaca itu kepada awam secara lisan dengan rasa sangat bangga kerana merasakan bahawa mereka terkehadapan dari orang-orang lainnya.

Beginilah peranan dan pengaruh 'media baru' dalam masyarakat kita sekarang ini, bagai api dalam sekam, merapat dalam senyap namun terus bernyala dan membakar.

Saya masih mengumpul semua blog-blog yang dimiliki oleh orang-orang Jerantut, mungkin satu hari nanti saya akan dedahkan bahawa mereka ini memang bergerak dalam senyap. Jika kita tidak mengawasi tidak mustahil ianya akan merosakkan UMNO dalam PRU akan datang. Saya masih percaya bahawa siapa yang menguasai penerangan @ 'media baru' akan berjaya dan mampu menarik lebih ramai penyokong dalam perang siber nanti.

Dalam masa sama saya juga memantau kehadiran 2 laman blog yang menjurus kepada politik di Jerantut ini. Sila klik sini dan sini. Saya sentiasa menghormatinya dan mengikutinya dengan penuh minat dan kita mesti bersedia menghadapi perang siber tidak lama nanti.

Saya juga mendengar Wanita UMNO sedang merancang untuk mengadakan kursus pengenalan 'media baru' kepada ahli-ahli wanita bahagian. Saya harap usaha ini akan berjaya dan bukan setakat hangat-hangat tahi ayam kerana sebelum ini Pemuda juga bercadang untuk mengadakan kursus blog akhirnya telah gagal dan usaha itu mati ditengah jalan. Hehehe! Pemuda pun UMNO juga dan UMNO memang susah untuk berubah.


1 comment:

faza said...

haha....

nice,,,,,,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN