Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, April 8, 2010

SUARA-SUARA HALUS RAKYAT JERANTUT

Sebuah Foto yang menyingkap kedaifan penduduk di Ulu Tembeling dalam DUN Tahan
dari blog Parlimen81



Tdaik lama dulu Sinar Harian membuat tunjauan ke Taman Negara mengenai tempat pakir yang tidak dugunakan sepenuhnya. Kebanyakan kenderaan tidak di pakir ditempat yang disediakan malahan di bawa ketepi sungai berhampiran restoran terapong dan ini mengundang kesukaran untuk kenderaan bergerak bagi menghantar barangan dan menurunkan penumpang.

Dari sebuah laman blog N9 (15 mac,2010) , saya memungut sebahagian tulisannya untuk disiarkan tanpa sebarang pindaan;

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, masalah yang berlaku di kawasan pelancongan itu dilihat bersifat sementara sahaja.

Menurutnya, landskap, pemandangan dan penstrukturan kawasan berkenaan akan dilakukan lebih kemas dan terperinci sedikit masa lagi khususnya apabila projek jambatan ke Taman Negara dari Kampung Aguh siap dibina kelak.

“Kita melihat projek jambatan itu akan memberikan dimensi baru, yang mana siapnya ia akan membuatkan keseluruhan kawasan pelancongan ini akan berubah wajah, dengan segala kemudahan awam terutama parkir disediakan akan dimanfaatkan sepenuhnya.

“Kelak akan tiada lagi parkir sesuka hati dengan pemantauan khusus akan dilakukan, untuk memastikan laluan utama ke jeti dan jambatan tidak terganggu oleh kenderaan di bahu jalan,” katanya.

Beliau berkata, kawasan berkenaan akan dipantau dan dipastikan kemas dalam usaha meningkatkan lagi imej lokasi pelancongan dan menarik lebih banyak lagi kedatangan pelancong sama ada domestik dan antarabangsa.

Kami kata;-

1-Orang luar pun komplen pasal keadaan di Pintu Masuk Taman Negara. Malu juga orang tempatan,ke tak malu?

2-Akhirnya tempat-tempat terasing seperti di Kuala Tahan pun sudah bertambah maju seiring dengan semangat 1MALAYSIA.Ini dibuktikan dengan KEHADIRAN BOTOL DAN TIN minuman KERAS di kawasan yang telah dinyatakan.Jadi tahniah kepada Pemimpin dan Rakyat di DUN TAHAN!

3-Semasa dalam PRU12 hari tu saya ada dengar janji seorang CALON dalam PRU tersebut.Katanya"Kalau kerajaan tak boleh buat Jalanraya masuk Ulu Tembeling,saya akan buat sendiri pakai duit saya!"Kebetulan saya ada disitu dan mendengarsendiri ucapan ini dari CALON tersebut.Tapi sampai sekarang belum nampak janji dan JALANRAYA dari Kuala Tahan ke DALAM sana.Apa sudah jadi?


Komen saya kepada tulisan dari blog diatas;

1. Siapakah orangnya yang sanggup membina jalan dengan duit sendiri? Mestilah dia seorang yang terkaya dalam dunia dan yang paling bermurah hati dalam dunia demi membantu rakyat. Ada ke orang macam tu? hehehe!

2. Mungkin orang tu bercakap semasa dia tengah lalok dan 'over dose' gamaknya lah.

3. Dengarnya orang yang nak membuat jalan dengan duitnya sendiri tu tak dapat tender membuat jambatan menyeberang Sungai Tembeling di Kuala Tahan, lalu dia memberikan tekanan kepada kontraktor yang diamanahkan. Akhirnya jambatan itu terpaksa ditambahkan kos pembinaannya. Hehehe! Penyamun sekarang bukan macam penyamun terbus yang mudah dikenali.

4. Jalan raya ke sana belum nampak lagi? Oooo! minat sebenar bukanlah membina jalan raya dan membantu rakyat tetapi memungut hasil dari pembalakan, itu saja. Tak kan itu pun blogger berkenaan tak faham lagi?

Banyak lagi blog-blog kecil yang pro pembangkang atau menghentam kerajaan yang saya kesan di daerah Jerantut, mungkin suara mereka kurang didengari namun mereka telah laksanakan hak mereka untuk bersuara, dan saya sering mendengar suara-suara halus itu dan saya sentiasa peka terhadapnya.

Apakah Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan Negeri serta pemimpin-pemimpin UMNO semua peringkat ada mendengarnya? Atau mereka hanya pekakan telinga? Hehehe! UMNO akan berubah. Kerajaan pun akan berubah serta pemimpin-pemimpin juga akan berubah.

7 comments:

Anonymous said...

Pemimpin UMNO memang tak boleh harap, mereka sebenarnya adalah penyamun yang beropeng. Aku tak akan undi UMNO PRU nanti. DUN Tahan patut untuk Pas supaya lebih Islamik lagi.

spu-jerantut said...

Anon, saya rasa tak semuanya begitu, bahkan begitu juga dengan pemimpin pembangkang bukan semuanya boleh diharapkan. Kita kena berfikir secara lebih logik.

Anonymous said...

spu
Kuat memungkor yb kita itu yer.Baru setahun lebih jd yb menyukat tanah serata ceruk dijerantut ni. sungkor sana sini habis nyeh lapis tanah orang kampung lulus kedia.Berat kejenya. Pepegawai semua takut kedia.Mat orang deratas taktau ke ? Mat sprm tak bukak fail ker? pelik kalu orangkampung mintok seker pun berpuluh tahun baru sukat. Fail dah bercacing. Yb mintok sekejapje sukat terus lules. Mati kita ginih.

Anonymous said...

Buat jalan duit sendiri? amboi janji. Kalau pemimpin janji macam itu tiba-tiba tak ada, lingkup lagilah DUN Gunung Tahan.Agak betullah kata spu masa dia bercakap itu tengah overdos air batu, tu dia gemar sangat.Jangan marah boss benda betul.

spu.blogger said...

Kehkehkeh! Itu bukan kata saya, itu kata N9 blogger yang menulis mengenai janji dia tu, saya masa dia berucap tu tak mendengar sebab saya sakit telinga dan dokter nasihat jangan pegi dengan orang kempen pilihanraya.

menyegar said...

Sapa ke yg bodo sangat mengundi dia dulu? so salah pengundi jugak. kita jangan;ah jadi bodo mcm lembu.Dah tau calon tak moleh tebeatnya buat apa kita masih undi? so sapa yg bodo?

menyegar said...

Salam.. dah 53 tahun merdeka dan kita telah di perintah oleh parti UMNO. tapi masih ada org yg masih seperti belom merdeka di tanah yg merdeka ini. siapa kah yg salah?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN