Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.

Wednesday, April 14, 2010

PAGAR MAKAN PADI?

Nampak gayanya monteklah pagar ni kekenyangan,
habis licin padi dibalunnya. Tak guna punya pagar, nantilah mengundi akan datang
habislah awak kena bongkar!

Pada 14hb. Januari lalu saya menulis mengenai Tanah bertajuk Pemimpin Melayu Tidak Membela Bangsa Melayu.

Ini mengenai tanah seluas kira-kira 50 ekar disebuah kampong yang tidak jauh dari bandar Jerantut, yang telah dilesenkan kepada penduduk kampong berkenaan sebagai padang ragut lebih 40 tahun lalu. Baru-baru ini, apabila sebahagian dari penduduk berkenaan cuba memohon mendapatkan taraf pendudukan tetap, mereka terkejut kerana dimaklumkan tanah berkenaan telah diluluskan kepada sebuah syarikat.

Sudah tentu mereka merasa sangat kecewa memandangkan segala tanaman dan hasil usaha mereka selama ini jadi sia-sia dan tak bermakna.

Saya dimaklumkan bahawa perkara sama juga berlaku dibeberapa tempat lain bahkan melibatkan kawasan tanah yang lebih luas. Kami juga mendengar khabar bahawa penduduk di sebuah kampong yang menjadi mangsa akan mengadakan tunjuk perasaan tidak lama lagi. Kami juga dimaklumkan bahawa perkara berkenaan didalangi oleh seorang yang berpengaruh dalam politik Jerantut.

Menurut maklumat lagi, tokoh ini adalah orang yang ditakuti dalam daerah Jerantut dan segala kehendaknya sukar untuk tidak ditunaikan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang berkenaan. Jikalaulah beliau terpilih lagi dalam PRU nanti, entah bagaimanalah nasib anak bangsa kita nanti? Baca juga disini

6 comments:

Anonymous said...

Tuan SPU,

Tuan mengakui dulu pernah pegang banyak jawatan dalam UMNO-pemuda, zaman si Rambut Kerinting, makna nya dulu, kini dan selama nya atas landasan Agama,Bangsa dan Negara. Dah bertukar haluan ke?.

2. Pemimpin mana yang SPU maksudkan itu?. Kenapa tak namakan saja orang nya. Ini main tembak sipi, macam tahu saja. Besar sangat kuasa nya hingga pegawai kerajaan berkaitan TAKUT dan GERUN kepada nya. Kalau begitu maksud dan urusan berkaitan sudah tentu lah yang dimaksud kan KEPALA DAERAH dan anak buah nya. Tak kan lah Orang Tua itu takut dan Gerun begitu rupa kepada si Mentok tu. Tak kan tad tatacara dan peraturan.

3. Soalan nya, SPU tak takut dan Gerun kepada pemimpin tu?. Takut juga nampak nya, itu sebab tembak sipi dan berkias kata orang lama. Kata tak takut, mana jantan mu si SPU. Buka lagi......Buka lagi, ini orang PR seronok, SPU bagi Peluru. Hohh......Hoh......hoh.

Melayu....Melayu Jerantut. Bila lah nak aman.

SPU,

Bangkai, Buat Dosa aja, banyak maklumat dalam posting awak tak betul. Persepsi aja,mengaku aja mealayu islam. Cakap tak betul adalah munafik dan fitnah tahu tak. Bertaubat lah, lebih baik SPU merepeh dan menebas di surau ke, masjid ke, di tepi longkang. Hati awak busok sebusok nya.

Bangkai....

Scud said...

sebut je nama pemimpin melayu yang tindas orang melayu. jangan takut jangan gentar. kalau bukti ada, sebut saja.

biar mereka sedar langit tak selalunya cerah. biar mereka rasa kepanasan akibat sikap tamak dan rakus mereka.

Anonymous said...

Bila peluru kena orang lain kita ketawa dan seoronok, bila peluru kena kita kenapa kita marah pulak? Hehehe! Inilah namanya keadilan? Dalam UMNO siapa tamak selalu untung, siapa cepat dia dapat, siapa tikam belakang dia menang, siapa khianati kawan dia dpt banyak kesempatan untuk dapat, menang,untung dsb.

SPU said...

Salam,

Anon 1:26, apakah jika ada kesalahan pemimpin kita mesti tutup sebab mereka pemimpin UMNO? Jika orang UMNO buat salah kita sorok dan maafkan? UMNO bukan agama dan pemimpin UMNO bukan ulamak seperti pemimpin Pas.

Anon 1:50, jika maklumat tidak betul kenapa tidak diperbetulkan? Kita sudah menunggu bertahun2 untuk melihat blog2 UMNO Jerantut hisup segar, baru sekarang mereka mula melihat dunia siber dan peranannya.

Anon 8:10, ini bukan blog UMNO, jadi kita boleh cerita pasal Pas, PKR dan mana2 parti politik pun dan apa2 cerita sekalipun. Kerana itu dilink blog Jerantut kita letakkan juga blog2 yang menyokong Pas dan PKR supaya kita tau bahawa dalam diam Pas dan PKR serta mereka atas pagar ini menanam kebencian kepada UMNO dan pemimpinnya - untuk kita berusaha berubah supaya disayangi rakyat. UMNO tak boleh terus tidur kerana PRU13 dan semakin hampir. Blog Pu3 dan Pemuda harus bergerak lebih cergas lagi. Zaman mengenggam telur sudah berlalu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN