Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, January 14, 2010

PEMIMPIN MELAYU TIDAK MEMBELA BANGSA MELAYU

Hasil usaha halal titik peluh para petani,
yang mentedarah haram tu orang-orang haramjadah di atas sana




Cerita ini mengenai Jerantut. Daerah yang terbesar dan antara yang terpencil serta tercicir. Kemajuan jangan cakaplah, sebab nanti hati akan sakit bila mendengarnya.


Ini mengenai tanah di Kampong Binjai, Lata Kasah. Penduduk telah mengusahakan tanah secara berkumpulan seluas 50 ekar, mulanya atas nama padang ragut kemudiaannya meneroka tanah berkenaan dengan sebahagiannya di tanam tanaman kontan seperti pisang dan serai. Disamping itu ada juga yang menanam dengan tanaman kekal buah-buahan. Usaha ini telah dilmulakan hampir40 tahun lalu.


Apa yang mendukacitakan adalah apabila ada antara peneroka tanah berkenaan ingin memohon secara resmi tetapi mereka telah diberitahu bahawa tanah berkenaan telah dipohon dan diluluskan kepada sebuah syarikat yang khabarnya di miliki oleh bukan bumi bagi tujuan ladang ternakan.


Kemusykilan penduduk itu adalah kenapa tanah itu tidak diluluskan kepada mereka ynag telah lama mengusahakannya? Apakah ada konspirasi atau tumbuk rusuk kerana mereka mengsyaki ini berlaku. Seperti semua maklum, pejabat tanah dan daerah memang telalu lembab menjalankan tugas sebagai kakitangan awam. Memang banyak kita dengar kes-kes dimana orang Melayu tidak mendapat layanan sewajarnya sedangkan bangsa cina diberikan layanan istimewa. Ini semua adalah berkaitan dengan rasuah.


Mungkin ada yang masih ingat, beberapa tahun lalu ada seorang pegawai bahagian tanah yang terpakas ditukarkan ke Putra Jaya kerana terlibat dengan rasuah yang membabitkan kelulusan tanah-tanah. Sebelum itu beliau bertugas di Temerloh dan telah ditangkap oleh sekumpulan kontraktor dan mengikatnya semalaman di jirat cina kerana tidak puas hati dalam pembahagian kerja-kerja kontrak serta meminta suapan yang terlalu tinggi.


Siapakah sebenarnya yang boleh lagi kita harapkan untuk membela nasib orang Melayu? Ahli-ahli politik sudah dikuasai oleh saudagar-saudagar bangsa Cina, penjawat-penjawat awam pun demikian juga terpakasa akur kerana telah dirasuah. Lihatlah pembangunan di Jerantut, semuanya memberikan keuntungan kepada bangsa Cina dan orang Melayu semakin tertindas dan terpinggir. Inikah nasib bangsaku yang hanya mementingkan diri. Mereka adalah antara pemakan bangkai saudaranya sendiri. Mereka ini membesarkan anak-bini dengan usaha yang haram, mereka akan mendapat balasan dan seksaan dibumi ini seperti mana mereka lakukan kepada bangsa mereka dan mereka akan menerima azab dikubur nanti serta diakhirat dengan sebesar-besar siksaan.


Penjawat awam perasuah ini, apakah mereka ini hanya orang-orang Umno saja? Tidak, yang menyokong Pas dan PKR pun ada juga terlibat. Jadi, jangan hanya salahkan Umno semata-mata kerana ini bukan berkaitan dengan ideologi politik sebaliknya soal hati dan jiwa seseorang individu itu sendiri.


Harap Perkasa Jerantut akan mengambil sikap prihatin terhadap isu ini bagi menunjukkan komitmen Perkasa untuk membantu orang-orang Malayu. En. Adzlan, orang Melayu mengharapkan usaha kamu membela mereka. Tuan Pegawai Daerah mesti tegas dalam menjalankan tugas, jika rasa tidak upaya sila berundur tetapi jangan biarkan bangsa Melayu ditindas. Banyak lagi kes-kes mengenai tanah akan ditulis untuk pengetahuan umum nanti. Nantikanlah.



spu/

9 comments:

N9 TAHAN said...

Tahniah Bang.Anda memang seorang yang berani!teruskan kerja bagus anda dalam membela melayu di Jerantut!Bongkar kelebihan dan kekurangan orang yang ada di sini!

Alam.maya said...

bukan ke adun kat situ dari BN?? jadi merekalah mempunyai kuasa untuk membuat keputusan

spu.blogger said...

Salam, ini bukan soal berani atau tidak tetapi soal hak kita dan kebebasan kita untuk menyurakannya.

azreen said...

inilah hakikat sebenar kita bangsa melayu..yg menjatuhkan kita pun bukannya siapa..tetapi saudara sebangsa dan seagama kita.x kira pemimpin umno ataupun pas..sama sahaja..trend semasa hanya hak dan permintaan golongan "pendatang" sahaja yang akan dilayan dgn baik demi menjaga dan memancing undi mereka..

melayu tiada hak ke di negara ini??

mentol said...

salam tuan puan,

perkara tersebut berlaku kadang kadang tak libatkan orang politik pun tapi sikap tamak individu berjawatan membuka jalan kpa swasta.
Orang melayu kaya pun ada juga rampas tanah haram orang kampung guna kuasa pejabat tanah. Ini bukan kerja orang politik tapi kerja orang tamak haloba pengkhinatan bangsa cuma topengnya umno atau Pas.

spu.blogger said...
This comment has been removed by the author.
spu.blogger said...

(Dengan Pembetulan)
Salam,
Hmmm, mentol, saya dh nampak awak dh terang dan bersuluh. Ini namanya rasional. Tapi kadang-kadang kita jangan lupa bahawa pada satu ketika dulu ada seorang DO dari Kelantan yang dengan kuasanya memberikan tanah kepada orang-orang kelantan yang berdagang di sini dengan itu ujudlah beberapa kampong sempena namanya. Tidak salah usahanya itu tetapi nampak ada sifat perkauman dan kedaerahan. Akhirnya di ditendang keluar dari Pahang. Bagaimanapun setelah bertahun-tahun, kampong-kampong berkenaan telah menjadi sarang Pas membiak dan menyebarkan dakyahnya dan menghentam semula kerajaan yang memberikannya tempat untuk menetap. Wajarkah ini?

mentol said...

Wassalam'

Pasal sifat kenegerian inilah aku 'hang' keaktifan dalam politik. Aku pun bimbang jika mb pahang pun orang balik sana kalau PR menang.luah mati anak telan mati bapak, tapi orang kita pulak mudah lupa orang sendiri,banyak jawatan penting serah keorang luar.contohnya peg. p'tanian, fama dsb.Dipahang ni ramai penghijrah negeri lain bebas ambil tanah kalau negeri lain jangan haraplah.

laobelaobelaobe said...

Salam,
Kalau betul apa yang dikata..maka cilaka lah orang yang meluluskan permohonan tanah tersebut! Panas hati/sedih/geram bila baca etry macam nih...

Off topic: boleh ubah skit warna background blog encik..merah sangat...:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN