Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Monday, January 4, 2010

INI BARU PEMUDA UMNO YANG ADA TELOR

Sdr Amin, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Maran.
Ini baru namanya pemimpin dan orang perjuangan.



1. Berikutan mahkamah meluluskan pengunaan kalimah Allah bagi lain-lain agama selain Islam baru-baru ini, banyak pihak yang menyuarakan ketidak-puashatian mereka. Perkasa anatara yang terawal menyatakan bantahannya, namun kita masih belum mendengar dari parti-parti Melayu sama ada yang menperjuangkan Melayu atau Islam. Kemana merka bersembunyi? (jika tidak silap saya, perbetulkan jika salah)

2. Umno pun masih belum membuat kenyataan resmi (?). Namun usaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Maran ini harus diberikan penghormatan tinggi. Seorang pemimpin yang memandang jauh dan bertanggungjawab kepada parti dan rakyat yang diwaklinya. Saya mengenali Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Maran secara peribadi dan sangat menghormati beliau.

3. Pemuda Umno bahagian kita? Bangun! Bangun! Bangun! Zzzzzzzzzz!!



SURAT TERBUKA KEPADA PM


KEPADA :
YAB DATO SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
MERANGKAP PRESIDEN PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU

PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH PENGANUT KRISTIAN UNTUK PENULISAN MEREKA

1. PERTAMANYA KAMI MENGUCAPKAN SALAM DAN SEJAHTERA KEPADA YAB DATO SERI DAN DIDOAKAN YAB DATO SERI SENTIASA DALAM RAHMAT ALLAH SENTIASA DAN SENTIASA DIBERI KESIHATAN YANG BAIK UNTUK MEMIMPIN NEGARA MALAYSIA YANG TERCINTA INI.

2. DUKACITA DIMAKLUMKAN KEPADA YAB DATO SERI PIHAK KAMI MERASA AMAT TERSINGGUNG DAN MARAH DENGAN KEPUTUSAN YANG DIBUAT OLEH MAHKAMAH TINGGI BERHUBUNG DENGAN PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH PENGIKUT AJARAN KRISTIAN DI MALAYSIA BARU-BARU INI. PERKARA NI TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU KERANA PERLEMBAGAAN MALAYSIA TELAH JELAS MENERANGKAN BAHAWA ISLAM ADALAH AGAMA RASMI NEGARA DAN AGAMA LAIN ADALAH DILARANG UNTUK DIKEMBANGKAN DIDALAM NEGARA INI. SEBAGAI HAKIM YANG BERTANGGUNGJAWAB SEPATUTNYA HAKIM TERSEBUT TIDAK MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BOLEH MENCEMARKAN KEDUDUKAN AGAMA ISLAM SERTA MENGGURIS HATI UMAT ISLAM DI MALAYSIA DAN SETERUSNYA TIDAK MENGHORMATI PERLEMBAGAAN MALAYSIA SENDIRI. BAGAIMANAPUN PIHAK KAMI TIDAK AKAN MENGAMBIL TINDAKAN KEPADA HAKIM TERSEBUT KERANA MENGHORMATI UNDANG-UNDANG NEGARA DAN INSTITUSI MAHKAMAH ITU SENDIRI.

3. KEDUANYA PIHAK KAMI MERASA KECEWA DENGAN KELEMAHAN KERAJAAN YANG DIPIMPIN OLEH YAB DATO’ SERI YANG JELAS GAGAL UNTUK MEMARTABAT DAN MENJAGA KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI KEPADA PERSEKUTUAN INI. TELAH DIPUTUSKAN OLEH KEPIMPINAN TERDAHULU SEJAK TAHUN 1980AN LAGI BAHAWA PERKATAAN ALLAH ADALAH HAK MILIK PENGANUT BERAGAMA ISLAM DAN AGAMA LAIN ADALAH DILARANG MENGGUNAKANNYA. KELEMAHAN PENTADBIRAN KERAJAAN YAB DATO SERI MENJAGA AMANAH YANG TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN ADALAH SESUATU YANG TIDAK BOLEH DITERIMA KERANA YAB DATO SERI BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA. PADA PENDAPAT KAMI ADALAH TIDAK SEPATUTNYA ISU INI DI BICARAKAN DI MAHKAMAH SIVIL APATAH LAGI DIADILI OLEH PENGANUT AGAMA KRISTIAN SENDIRI YANG SUDAH TENTU AKAN TIMBUL PERASAAN BERAT SEBELAH DALAM PENGHAKIMANNYA. OLEH YANG DEMIKIAN SECARA TIDAK LANGSUNG JUGA PIHAK PENTADBIRAN YAB DATO SERI JUGA TIDAK MENGHORMATI DAN MEMARTABATKAN PERLEMBAGAAN NEGARA ITU SENDIRI DANLEBIH MALANG LAGI GAGAL MENJAGA KESUCIAN ISLAM ITU SENDIRI.

4. SETERUSNYA KAMI INGIN MELAHIRKAN RASA TIDAK PERCAYA KEPADA MENTERI DALAM NEGERI YANG MENJAGA MASALAH KESELAMATAN NEGARA DAN KESUCIAN AGAMA ISLAM YANG AGAK PERLAHAN DALAM TINDAK TANDUKNYA MENJAGA KELUHURAN PELEMBAGAAN. BANYAK ISU-ISU YANGPANAS YANG GAGAL DITANGANI DENGAN BAIK SEHINGGALAH KEPADA ISU PENGGUNAAN “ALLAH” BAGI AGAMA KRISTIAN DI MALAYSIA. KAMI TIDAK MAHU KEPADA MENTERI YANG HANYA PANDAI BERCAKAP TETAPI GAGAL MELAKSANAKAN TUGASNYA DAN TUNDUK PADA TEKANAN PIHAK-PIHAK YANG TERUS TERANG MENCABAR PERLEMBAGAAN NEGARA.

5. PIHAK KAMI JUGA BERHARAP AGAR YAB DATO’ SERI DAPAT MERAFAK SEMBAH MAKLUM DAN MEMOHON BANTUAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA YANG DIPERTUAN AGONG SELAKU KETUA AGAMA ISLAM AGAR DAPAT MEMBUAT KEPUTUSAN BERSAMA MAJLIS RAJA-RAJA AGAR POLIMIK INI DAPAT DIHENTIKAN SEGERA DAN KESUCIAN AGAMA ISLAM AKAN TERBELA DIBUMI BERTUAH MALAYSIA INI. SELAKU RAKYAT DIBAWAH LEMBAYUNG PEMERINTAHAN TUANKU PIHAK KAMI MENJUNJUNG KASIH AKAN KEPRIHATINAN KEBAWAH DULI TUANKU DAN YAKIN SEPENUH HARI BAHAWA KEBAWAH DULI TUANKU AMAT MENGAMBIL ATAS BERAT ISU INI. OLEH YANG DEMIKIAN KAMI MEMOHON SUPAYA YAB DATO SERI SEGERA MENGADAP KDYMM YANG DIPERTUAN AGONG UNTUK MENYELESAIKAN ISU INI.

6. PIHAK KAMI JUGA BERJANJI KEPADA YAB DATO SERI BAHAWA KAMI TIDAK SEKALI-KALI AKAN MELANGGAR UNDANG-UNDANG MAHUPUN MEMBELAKANGKAN PERLEMBAGAAN NEGARA DALAM SEGALA TINDAK TANDUK KAMI TETAPI KAMI TIDAK RELA AGAMA ISLAM DIPERSENDA DAN DIPERLEKEHKAN OLEH SESIAPA JUGA.

7. TERIMA KASIH ATAS KEPRIHATINAN YAB DATO SERI DAN KAMI MENDOAKAN AGAR YAB DATO SERI AKAN MELAKUKAN YANG TERBAIK DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR TERCINTA INI.

KHAIRUL AMIN BIN OSMAN
PEMANGKU KETUA,
PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN MARAN, PAHANG
2HB JANUARI 2010

4 comments:

Anonymous said...

Salam:
Nampaknya anak omak berjaya melemahkan UMNO. Ds Najib sebagai Presiden parti pulak masih kuat tido bdengkur dalam kekenyangan. Rakyat sudah naik muak, rakyat mahukan pemimpin yg berani dan tegas bukan bacul dan dayus. PRU13 tidak lama, sekali bah, sekali pantai berubah. Yg akan dipertanggungjawab oleh kehancuran bangsa dan agama adalah di tangan Pemimpin. Dan rakyat tidak teragak agak untuk melakukan itu kehendak rakyat. Orang Melayu mudah lupa, pemimipin2 KIta kuat lupa dan tak bertanggungjawab dan tak amanah!!! Tidor lah DS, tdorlah dalam buaian.

Pang5Phg said...

Chewah...! bukan main syok bedal pemimpin kita sendiri..

Nak menegur pun cari lah platform yg gentle sikit...Bukan menulis tak tentu arah kat blog.

Ingat sikit kita orang melayu Pahang penuh dengan adab sopan..kawalan emosi amat penting dlm mengkritik pemimpin...kena berhemah bro..

Kalau setakat jd Naib Ketua Pemuda Bhg. lepas tu terpekik terlolong nak tunjuk anak jantan..mcm tin kosong..habuk pun tarak takde maknanya..!

Lebih baik la muhasabah diri tu sebagai penghulu di Bandar Jengka. Apa tindakan sdr dlm membantu membangunkan pekan melayu ini..?
Sudahlah dengan penutupan LKWJ, seolah-olah terhenti segala kemajuan di sini..di mana suara anda..?
Segala kemudahan prasana di pekan melayu ini adakah terurus dengan baik..? Tidakkah selaku penghulu boleh membawa permasalahan di Bandar Jengka ini di dalam mesyuarat tindakan daerah.

Ini belum dikira lg kebejatan masalah sosial remaja & anak muda di sini. Apa program pembangunan sahsiah diri yg dilakukan oleh sdr..?

Sudahlah tu, kalu kail pjg sejengkal..lupakanla nak mengail di laut dlm..

Kenyataan ini bukan menghina, jauh skali merendahkan martabat sdr. Tapi cermin lah diri sebelum menghamburkan kata-kata yg blh melukakan hati org lain.

Jgn nanti ada org berkata, ckp tak serupa bikin....!!

spu.blogger said...

Salam,
Kalau tak berani keluar saja dari sini, apa yang pemimpin buat untuk kita semalam ini? Dalam politik semuanya hanya mengenai mengumpul kekayaan dan rakyat dibiarkan tertindas. Aeak bolehlah terus ikut bontot pemimpin awak itu, kalau dia jatuh nanti awak boleh cari pemimpin lain pulak untu mengikut buntutnya. Begitulah hukum alam.

spu.blogger said...

Saya lupa, apa platform yang pemimpin berikan untuk kita menyuarakan pendapat? TDM pun pernah disekat dari berkata-kata. Apa yang pemimpin buat untuk mendengar suata dari rakyat dan apa pula yang pemimpin suarakan? Rakyat tidak pernah mendengar suara pemimpin. Pemimpin hanya bercakap dengan macai2 sekelilingnya saja, pengampu dan pembodek. Maaf ye tapi itu kenyataannya dan dimana-mana.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN