Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Sunday, January 3, 2010

UMNO DAN BLOG

YAB,YB, Datuk-Datuk, dengan hormatnya dimaklumkan bahawa
inilah permulaan untuk membina sebuah laman blog.




1. Saya beberapa kali menulis mengenai internet dan blog. Mengenai pemimpin Umno yang tak pernah mendengar dan tak peka kepada saranan kepentingan blog kepada parti. Memang pemimpin Umno tidak peka, malahan pekak badak.

2. Pembangkang telah menggunakan kaedah ini dengan jaya dalam PRU12 lalu dimana berjaya menjatuhkan beberapa kerajaan negeri. Pihak pembangkang juga berjaya menguasai internet dan blog dimana banyak blog-blog yang boleh dicapai adalah dari penyokong pembangkang.

3. Di Pahang, Pahang Daily Online berjaya meguasai pembaca-pembaca blog dengan menerima anggaran lebih 1000 pengunjung sehari. Selain itu antara yang tercanggih dengan menggunakan kaedah video klip bagi menyampaikan berita bagi pihak TV Selangor. Di Pahang, Umno Pahang apa ada?

4. Banyak pihak mencadang itu dan ini tetapi kerajaan Pahang masih membisu. Mungkin diam mereka itu diam ubi. Atau juga mungkin diam mereka itu diam penggali benggali.

5. Di Jerantut, Pas serta penyokong pembangkang ada beberapa laman blog yang aktif yang dihubungkan (link) dari blog-blog ternama bagi memudahkan capaian. Umno Bahagian masih diam.

6. UMB (Unit Media Baru) dan Kerajaan Negeri (Datuk Sam) telah adakan kursus blog tetapi kemana mereka? Jangan kata salah ajar atau salah pilih orang yang di ajar. Kalau tukang masak dihantar kebarisan hadapan untuk berjuang sebagai tentera, apa akan jadi? Berkawad pun belum tentu. Untuk kursus blog jika yang dihantar buta komputer macamana nak berblog?

7. Dari sumber dalaman, dipejabat seorang pemimpin dibahagian ramai kakitangan yang menggunakan komputer dan internet. Maka pemimpin berkenaan banggalah kerana anak buahnya cekit komputer dan celik IT tanpa mengetahui bahawa anak buahnya hanya bermain poker face di facebook - huhu!

8. Memang susah hendak membetulkan Umno dari dalam kerana pemimpinnya kebanyakan berpelajaran tinggi-tinggi yang menebihi awan. Ada yang lulusan luar negeri. Ada yang sijil pun dibeli. Ada yang miliki Phd dan Bs (bukan Bsc.) (Bs = Bodoh Sombong,). Biarkanlah luncai terjun dengan labu-labunya.


Saya salinkan sepenuhnya dari blog DepaKata berserta komen pembacanya:
-------------------------------

02 JANUARY 2010

FACEBOOK? HIDUPKAN KOMPUTER PUN MASIH BUTA!

http://depa-kata.blogspot.com/2010/01/facebook-hidupkan-komputer-pun-masih.html

Bila Shahidan Kassim mencadangkan agar ahli-ahli politik UMNO bergiat cergas di laman sosial seperti Facebook, ada sesuatu yang menggelikan hati. Shahidan Kassim barangkali hanya tahu tentang Facebook tetapi tidak tahu tentang Tagged, Myspace, Group Communities dan sebagainya, malahan forum-forum politik yang sangat bercambah di internet. Boleh jadi hanya disebabkan Facebook diiklankan di televisyen, barulah dia tahu tentang Facebook.

Tak kisahlah tu... cadangan Shahidan Kassim tu nampak dan kedengaran seperti sangat bagus....

Cuma seperkara yang nak ditanya... berapa kerat daripada ahli-ahli politik atau lebih tepat, para pemimpin UMNO yang sangat celik komputer dan internet, meskipun Mahathir Mohammad pada zaman pemerintahannya telah memberikan kebebasan sepenuh-penuhnya kepada internet untuk berfungsi di negara ini tanpa sebarang sekatan lebih satu dekad lampau.

Ada setengah pemimpin UMNO, cerita bab komputer bukan main... saran sana, syor sini, cadang sana, buah fikiran kat sini. Malangnya pemimpin UMNO tersebut, jangankan masuk laman sosial, nak hidupkan komputer pun tak tahu butang yang mana satu. Bila dah dihidupkan dan proses untuk sampai ke Window berlaku, hanya mata terkelip-pok, kelip-pok, macam katak tertelan kapur. Nak tanya malu, tak tanya, tak tahu apa benda.... dan bila dah masuk ke Window, dah tak tahu nak klik yang mana satu... almaklumlah, kat wayang, orang putih yang terer main komputer, sekadar tekan-tekan atas keyboard...

Inilah sindrom yang melanda beberapa orang pemimpin UMNO. Dunia blog, portal berita, laman sosial sudah jauh dikuasai oleh PAS dan gerakan Reformasi, sedangkan para pemimpin UMNO masih lagi duduk di takuk lama. Berbanding penggunaan akhbar, buku dan tabloid, golongan muda lebih serius dan berminat dengan penggunaan Internet dan ini seharusnya digunakan semaksimumnya. Dan apabila ada gambar anak-anak ahli politik yang buat tak senonoh, minum arak, berpeluk dengan anak dara orang yang bogel dadanya di atas katil di dalam bilik... faham-fahamlah... tak payahlah nak tuding kat orang lain, kalau kepala botak sendiri pun tak mampu nak fikir macam mana nak ajar anak lelaki sendiri.

Dan tak perlulah nak buat peraturan atau protokol tertentu kerana internet adalah akhbar bebas yang menyiarkan semua pendapat tanpa sebarang sekatan dan tapisan. Kalau dalam akhbar, bolehlah sekat tapi kalau sudah teringin ke dunia maya, bersedia sajalah untuk menjawab....

Generasi pengundi baru sebenarnya teringin nak berinteraksi dan berdebat atau bertekak dengan ahli-ahli politik yang sering mendabik dada, merekalah yang terbaik di kalangan rakyat negara ini. Inilah masanya untuk berinteraksi sepenuhnya dengan golongan pengundi, sama ada untuk memikat pengundi baru, mahupun untuk mengekalkan undi sedia ada, apatah lagi memperkenalkan dasar-dasar baru mereka.

Zaman protokol sudah lama berlalu. Zaman sambut menteri dengan kompang dan paluan gendang pun akan berakhir tidak lama lagi....

-----------------------

3 Comments

Close this windowJump to comment form
Blogger eXception said...

Mcm-2 la cadangan... Guna Facebook la... Blackberry laa... Tak guna jugak... Kalo buta IT, buta teknologi...

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

2/1/10 10:33 AM

Anonymous Anonymous said...

Dulu saya pun buta komputer gak. Skang dah agak ok lah sebab blaja dgn anak buah kat opis. Maklumlah orang lama. Berckp pasal cdgan sahidan ni mmg bagus dan saya amat lah bersetuju sgt. Tapi masalah nya dalam UMNO ni jgn kata pemimpin yg dah senior yg dak pemuda pun masih ramai yg buta IT.Kat kpg saya ni adalah bangunan pusat IT. Mmg sedap lah didengar tapi berfungsi time majlis perasmian jer. Lepas itu terbiar mcm tu je. Dgrnya ada 2 buah komputer tapi skang ni dengarnya dah masuk kat umah Ketua Wanita UMNO Cawangan. Satu lagi entah kemana. Yalah nak beroperasi mcm mana line internet pun tak ada kat pusat tu. Dalam UMNO yg cerdik IT ni dak puteri. Sebab tu bila Pilihanraya urusan semakan pengundi UMNO/BN dibuat sepenuhnya oleh puteri. Dak pemuda tak leh harap. Maj tau merempit dan minta peruntukan jer. Yalah majoriti dak pemuda UMNO blaja takat SPM jer. Sebab tu dak puteri UMNO tak selira DGN dak pemuda UMNO.

2/1/10 11:35 AM

Anonymous Anonymous said...

dia patut cuba 'f..kbook' baru ada ramai pengunjung!

2/1/10 12:05 PM


------------------------------------

2 comments:

Jeepers Creepers said...

betul umno amat lemah dalam perang IT. malah ada pemimpin umno sendiri langsung tak menjengah ruang siber.

kalau ada yang buat blog, bukan ditulis sendiri. dengan kata mudah, bukan kata hatinya sendiri. semuanya dibuat oleh pembantunya.

seperti blog datuk seri Ali Rustam, hanya copy paste berita berkaitan dirinya saja.

sepatutnya umno menggunakan secara menyeluruh teknologi siber ini. dekatkan diri dengan rakyat. luangkan masa berkongsi kisah di ruang siber.

barulah orang hendak percaya kepada umno.

bRAVEhEART said...

Pemimpin Umno berpendidikan tinggi, ada yg miliki BS (bodoh sombong, bukan BSc Sarjana Muda Sains)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN