Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Saturday, January 16, 2010

PERIHAL BLOGGER DI PAHANG

Beruk-beruk ni memang spisis bodoh, dia ingat ada laptop terus boleh pandai buat blog?
Kabel letriknya mana? Broadband ada ka? Blog tu nanti ada orang baca ke?
Hehehe ...Umno..



Saya mula berblog dan memantau blog sejak setahun lalu khususnya blog-blog politik. Sejak PRU12 lalu, apabila kerajaan dikejutkan dengan kekalahan dibeberapa negeri ramai membuka mata terhadap peranan IT khususnya penulisan blog terhadap peranan dan pengaruhnya kepada masyarakat.


Sebelum itu pemimpin kerajaan juga memandang remeh terhadap keupayaan blog sehingga ada yang memanggil blogger sebagai ‘beruk’. Namun, masa telah berubah dan mereka yang dulunya memanggil blogger ‘beruk’ kini sudahpun mengupah beberapa blogger bagi percubaannya untuk mendapat populariti dikalangan rakyat dan parti. Bolehlah orang itu kita panggil ‘bapak’ kepada ‘beruk-beruk’ upahanya. (KJ lah tu)



Mungkin pembangunan pesat di ibu
kota memberikan peluang lebih kepada penduduknya untuk memanafaatkan sepenuhnya bidang IT. Kerana itu di KL banyak pihak bercakap dan berfikir tentang IT setiap masa. Mereka mengelek laptop ke merata-rata. Mereka celik IT sepenuhnya tanpa mengira peringkat umur dan taraf hidup. Sehingga berlaku dengan hebatnya peperangan IT khususnya blog diantara pembangkang dan pro kerajaan.


Di Pahang, ehek..ehek.. sebagai sebuah negeri yang mundur, jauh dipedalaman dan tercicir dari pembangunan, maka penggunaan IT tidak dipedulikan sangat. Buta IT pun masih boleh berlagak pandai kepada orang-orang kampong sebab orang-orang kampong disini bodoh-bodoh. Ketika Umno bahagian-bahagian di negeri lain memantapkan blog mereka masing-masing, Umno di Pahang masih boleh berkaraoke atau pun bermain pokker face.


Apakah kita yakin kita masih ada pengaruh dan mampu memenangi hati pengundi dalam PRU13 nanti? Apa pula usaha kita dalam menyebar maklumat dan propaganda? Apakah kita mengadakan wayang pacak di kampong-kampong setiap malam setiap tempat? Apakah kita selalu adakah ceramah-ceramah dan taklimat-taklimat? Apakah kita menyebar maklumat melalui blog juga? Jawapannya adalah; tidak! Tidak! dan tidak! Kita tidak berbuat apa-apa, selain dari buat bodoh semata-mata. Inilah Umno kini, yang memilih pemimpinnya bukan kerana kelayakan tetapi kerana imbuhan yang kita dapat. Maka kita telah memilih mereka yang tidak pandai bekerja, tidak mahu bekerja dan bukan kerana tanggungjawab untuk bekerja.


Di Jerantut, Ketua Penerangan mungkin masih dalam kegelapan IT agaknya dan apakah kita pernah peduli ada berapa banyak blog-blog politik? Berapa banyak blog pro kerajaan dan berapa banyak pula blog pembangkang. Berapa aktif blog pro kerajaan dan berapa aktif pula blog pembangkang? Jangan kita pandang remeh pada mereka ini. Jangan kita anggap mereka ini sebagai blogger jalanan kerana tidak ramai pembacanya. Tetapi kita harus takuti mereka ini kerana mereka ibarat api didalam sekam, membakar namun api tidak kelihatan.


Siapakah pemimpin Umno kita yang peduli ini? Saya sudah banyak kali menyuarakan kebimbangan kepada banyak pihak namun mereka hanya memandang sepi. Saya pernah menyuarakan untuk membantu namun tidak dihargai. Blog pihak pembangkang membiak dalam senyap dan semakin bertambah dan mempengaruhi. Mereka juga aktif melawat kawasan pedalaman menemui kaum-kaum asli untuk meraih sokongan. Apakah pemimpin kita lakukan ini?


Kita hanya ada 2 tahun lagi. 2 tahun itu akan berlalu dengan pantas, walaupun kita sangka kita adalah arnab, namun jika kita hanya tertidur sang kura-kura akan dalam diam mendahului kita dan meninggalkan kita. Sejarah di Perak akan berulang di Pahang hanya kerana pemimpin kita leka. Malah Pas telah melancarkan misi tawan Pahang di PRU13 nanti. Apakah pemimpin kita peduli? Kita masih sibuk merebut dan membahagikan harta rampasan perang dan leka menikmatinya bersama bidadari-bidadari…..


Lihatlah blog-blog yang menulis politik di Jerantut dibawah ini. Dari segi bilangan kita sudah kalah dan kita juga kalah dinilai dari segi keaktifannya juga. Di Pahang, blog Pahang Daily Online mencecah pengunjung seramai lebih 1000 orang sehari dan bandingkan dengan blog small talk yang hanya dikunjungi oleh 30 orang sehari. Fikirlah jika kita dari kalangan yang berfikir.


Sebagai asas kepada pengklasifikasian kejayaan sesebuah blog, bolehlah kita bandingkan berdasarkan; 1. Berapa ramai pengunjung sehari (bukan berapa jumlah keseluruhan pengunjung, kerana kaunter boleh dimulakan dengan apa jumlah sekalipun. Jadi jangan hairanlah jika sebagai contoh blog small talk, pengunjung sehari prurata 30, blog bermula dari Mac.2008 berdasarkan profile, tapi di dakwa bermula 1.Jan.2009 dengan keseluruhan pengunjung menceceh 60,972 orang pada 14 Dis.2009). 2. Berapa ramai follower. 3. Di-link-kan dari blog-blog lain 4. Bilangan komen pengunjung.


Pro Kerajaan:

http://pemudaumnojerantut.blogspot.com/

http://pemudapsjauna.blogspot.com/

http://psjauna.blogspot.com/


Pembangkang:

http://n9tahan.blogspot.com/

http://www.mtdpulautawar.blogspot.com/

http://pemudajerantut.blogspot.com/

http://pasjerantut.wordpress.com/

http://jerantut-pahang.blogspot.com/

http://www.nazrichik.com/

http://persatuanbeliakgsom.blogspot.com/


Bagaimanapun tidak semesti berkelulusan dalam akademik boleh menjamin menjadi blogger yang baik. Tidak semesti blog seorang pemimpin menjadi blog yang lebih popular. Tidak semesti yang baik juga akan jadi yang popular. Sepertimana juga tak semestinya hanya tamat tingkatan 3 tak boleh menjadi pemimpin dan ahli dewan undangan negeri. Yang pasti, penulis blog juga punya satu keistimewaan yang bukan mampu dimiliki oleh semua orang. Selebihnya, kita dapat lihat blog mana yang boleh diklasifikasikan sebagai blog syok sendiri. Hehe! Pemuda Umno Jerantut, ada nak kata apa-apa? Ooo! Jawatan Ketua Penerangan boleh ditukarkan kepada jawatan Ketua Kegelapan Umno Bahagian, apa kata Hj Nazlan?


Kepada orang-orang kampong, jangan bimbang kerana jika Umno kalah pun kita masih hidup dalam keadaan yang sama juga sebagaimana semasa Umno mencapai kemenangan. Kepada Umno Jerantut, kalau tak ada orang lain yang boleh beri penerangan mengenai blog, bolehlah jemput saya secara sukarela. Tak perlukan bayaran, Cuma bawaklah sedikit pengeras, kalau setakat pelembik tak payahlah. Pengeras tu macam biasalah, ayam dara tapi kalau tak pun, bawak anak dara pun boleh lah juga, hehehe!


Masa memperbodohkan orang-orang kampong sudah berakhir ~ Spu/

5 comments:

N9 TAHAN said...

Salam 1 Malaysia.Boleh tanya?Sapa contoh tamat tingkatan 3 jadi ADUN tu?Macam kenal,tapi dimana ya?Satu lagi.Hj Nazlan tu bukan kakitangan kerajaan kelas A ke?Mana boleh aktif dalam politik!Ada surat kebenaran ke?

spu.blogger said...

Salam. Oooo, itu bukan di tempat kita ni, itu di negeri orang lain. Di Negeri kita pemimpinnya bijak2 dan pandai belakan dan berelulusan tinggi dari luar negeri belaka yang memang layak menjawat jawatan berkenaan.

N9 TAHAN said...

hahahahaha.Bang,awak memang cemerlang,gemilang dan terbilang la.Hahahahaha!

spu.blogger said...
This comment has been removed by the author.
spu.blogger said...

Hahaha, saya sudah dalam kelas yang tersendiri di Jerantut ini, menyuarakan pandangan kerana prihatin bukan saja kepada Umno bahkan bangsa Melayu khasnya. Tetapi pemimpin kita masih pekak dan tidak ingin berubah. Syabas utk awak juga N9, saya akan selalu lawati BUKAN lewati dan pantau blog awak tu, salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN