Gambar hiasan: Tanah yang diteroka bagi tujuan pertanian
Saya pernah menulis mengenai tanah di Kg. Lata Kasah beberapa bulan lalu, (klik sini). Masalah yang sama juga rupa-rupanya berlaku di beberapa kampong lain. Rakyat harus diberitahu mengenai segala ini kerana inilah peranan dan tanggungjawab media sosial terhadap umum.
Permohonan tanah yang luas secara besar-besaran oleh 'orang besar' dengan kerjasama jabatan kerajaan berkenaan harus dipandang serius. Berapa banyak masalah permohonan tanah oleh rakyat yang masih belum diselesaikan walaupun sudah memakan masa berpuluh tahun, tetapi kenapa kelulusan cepat diberikan kepada 'orang besar' seperti dalam kes dibawah ini?
Kita harus melihat jabatan berkenaan atau kakitangan awam di jabatan berkenaan terlibat secara langsung dengan konspirasi ini, atau mereka adalah sebahagian dari ..........
Dalam satu pertemuan Ahli Parlimen dengan masyarakat sebuah kampong India di Jerantut tidak lama dulu, YBM Dato' Seri Tengku Azlan ada menyebut tentang pemimpin yang mewakili rakyat seharusnya berkhidmat untuk membantu rakyat bukan merompak hak rakyat, kini saya sedar dan faham ke mana arah yang disasarkan.
Apapun, kita hendak MB Pahang turut mengambil tanggungjawab ini. Pemimpin atasan juga perlu sedar akan hal ini. Kami akan terus mendesak dan menyebarkan kepada seluruh rakyat mengenainya supaya si pesalah dikenakan tindakan. Jika pucuk pemimpin tidak menolak pemimpin berkenaan, kami rakyat akan menolak pemimpin dan kerajaan. Kini Orang Melayu juga sudah sedar dan belajar dari Cina di Hulu Selangor.
Sebahagian dari tulisan di blog N9 tanpa sebarang pindaan:
8 comments:
Tak apalah pemimpin UMNO yg buat semua tu tak salah. Kalau kita komen nanti penyokong UMNO marah pulak,Mana boleh kita komen yg tak baik pada pemimpin UNNO. kita kena tulis yg baik baik aje untuk pemimpin UMNO ni.
Jawapan nya cuba lihat seksyen 425dan seksyen 426A,Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56) kenapa tidak digunapakai; denda ada, penjara pun ada. Kenapa pihak berwajib tidak melaksanakan, dimana "mata dan Telinga" kerajaan dalam perkara ini (JKKK).Di mana peranan wakil rakyat?.
( Sek 425 : meneroka tanah kerajaan, tanah rezab dan tanah lombong , jika bersalah denda maksima RM10,000.00 atau PENJARA Maksima 1 tahun atau denda dan penjara.
Sek 426A : Pegawai PDRM berpangkat Inspektor ke atas, Pentadbir Tanah, SO , atau lain -lain pegawai yang diberi kuasa oleh Exco, tanpa waran boleh menahan orang yang meneroka haram , merampas kenderaan dan jentera ,memusnah dan membinasa etc hasil usaha haram .)
TQ.
Disyorkan pihak UMNO menjemput En Saiful 013-365 5715 yang sedang menjelajah secara sukarela ke seluruh negara untuk menjelaskan kedududukan BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH. Beliau tidak mengharapkan sebarang bayaran dan apa yang dilakukan ialah bersifat fisabilillah
Tidak juga, yg betul tetap betul. Tgk SPU, walaupun UMNO ktitik juga pemimpin UMNO.
Salam semua,
terima kasih sri tribuana, ya saya masih waras. Yang benar tetap benar dn yang salah tetap salah, mungkin susah mendapat tempat didalam UMNO yang cuma hanya ingin dendangan lagu-lagu yang seronok dan baik2 saja. Saya akan berjuang cara saya sendiri.
Fakeh, Harap pemimpin UMNO membaca dan menerima cadangan saudara itu. Anon, masalahnya, penjawat2 yang disebutkan tadi juga tidak terlepas dari masalah yg kita bincangkan itu. Mnyegar, mungkin itu budaya dalam UMNO yg dah menjadi darah daging, kerana itu rakyat menolak UMNO...
SPU,
Pesan pada MENYEGAR dan lain-lain termasuk SPU sendiri jangan pertkaikan pemimpin2 kami termasuk Datuk Boroi kami. Kami tetap mempertahankan mereka.Mereka pemimpin UMNO yang kami pilih secara sah. Jika mereka sapu keliling pun itu hak dan kepandaian mereka. Buat apa kuasa ada pada tangan jika tidak digunakan sepenuhnya. If you in power make sure you are powerfull if not you are bloodyfull.Bagi kami jika pemimpin kami kaya-raya 4tahun sekali luruh juga kapada kami. Tahun 2008, spu tahu tak kami dapat 10,000 hingga 15,000 seorang?. cukuplah sapa nak bagi.Kalau spu pun akan laju menyokong.Kami tak dengar apa orang kata. Kami berdiri teguh dibelakang pemimpin kami yang Bijak.
Wah makin hebat perang cyber, tahniah SPU
Warningdrat JTT, komeh sedo komeh taada hak komen pada pemimpin UMNO macam Datuk Boroi demeh tu tp berilah komeh sikit peluang.Komeh rakyat jelata nok hidup juge tapi kalau Datuk Boroi sdr itu sapu rata jantot, keliling sampai tanoh yang kami mintok tiba2 lulos ke die berates, berpuloh ekar apa sudah jadi?.Contohnyeh dikampung sempadan 500 eker,pasir derian 50 eker, durian hijau 50 eker,perlok 120eker, latakasah yang kome dah tanam sawit 50 eker keluar buah dah semua lulos kedia, matilah kome. Dia je ke ada anok bini.kalu satu dua tu tak apelah.Betulah deme ada ser, tp kome ni goneh?. Tapi kalau itu tak boleh tegor sikit dah melenting, tunggulah komeh jawab dalam tong undi esuk.Hari itu Tong undi komeh kaloh dah. kali ini tak tau salohlah.retilah komeh, deme tamok sangat.
Post a Comment