Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, April 30, 2010

UMNO CAWANGAN TERIMA RM 1000-00 DARI UMNO PAHANG






















Wajah-wajah pembela bangsa dan negara. Siapa bagi lebih kita akan sokong.

Taklimat mesyuarat Agung UMNO cawangan-cawangan telah berjalan dengan baik dan lancar walau pun kurang mendapat sambutan dari ketua-ketua dan setiausaha terdiri dari 104 cawangan dalam Bahagian Jerantut. Tiada sambutan itu mungkin kerana notis tidak sampai , majlis kenduri kahwin banyak pada hari tersebut, dan dimaklumkan ramai ketua dan setiausaha cawangan terlibat dengan berbagai program kampung masing-masing.

Disamping taklimat perjalanan mesyurat agung cawangan 2010 majlis itu juga menyampaikan bantuan mesyuarat agung cawangan-cawangan yang diberi oleh Badan Perhubungan UMNO Pahang berjumlah RM 1000–00 ( Seribu sahaja) bagi satu cawangan sebagai belanja mesyuarat cawangan, pemuda, wanita dan puteri cawangan.

Semua ketua-ketua cawangan yang hadir senyum lebar menerima bantuan tersebut dan berterima kasih kepada UMNO Pahang dan UMNO Bahagian Jerantut kerana simpati dengan kedhaifan cawangan setiap kali mengadakan mesyuarat agung tahunan. Tidak pernah dalam sejarah UMNO cawangan mendapat bantuan sebanyak itu pada masa-masa yang lepas. Dan harapan mereka bantuan ini diteruskan masa hadapan untuk menguatkan parti diakar umbi.

Biasanya, pada masa-masa lepas cawangan mendapat wang bantuan tidak lebih RM 200-00 sahaja. Tidak dinafikan pada masa pemilihan parti 4 tahun sekali ketua-ketua dan perwakilan cawangan mendapat wang saku. Contohnya tahun 2008 perwakilan mendapat RM 5000 – RM 10,000, malah ada yang lebih.dari itu.

Walau bagaimanapun. Setiausaha UMNO Bahagian mengharapkan wang bantuan itu dapat diagihkan dengan adil kepada 4 peringkat UMNO Cawangan itu. Setelah majlis selesai, ada diantara ketua-ketua cawangan yang gembira tak terkata kerana mendapat bantuan tersebut terus tidak pulang kerumah beberapa hari, mungkin bermalam di Mentakab kerana ada urusan perniagaan 'impot dan export' yang perlu dibereskan.


Esok (1hb. Mei.2010) di tempat yang sama pada jam 9.30 pagi akan diadakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan dalam DUN Damak. Kalau ada lagi pemberian duit belanja mungkin dewan akan roboh kerana kehadiran yang teramat ramai, jika tidak mungkin Setiausaha bersendirianlah nampaknya, itu pun jika tuan Setiausaha tidak lupa mengedarkan surat-surat jemputan.


Baca pula blog Pas ini (Ansarullah) yang memperjuangkan kepentingan rakyat. Mereka ternyata lebih peka dari kebanyakan AJK UMNO Bahagian yang selalunya hanya peka terhadap tender dan kontrek-kontrek. Justru itu, semua AJK UMNO yang beria-ia hendakkan jawatan dulu tu, bekerjalah untuk rakyat kalau merasakan mereka layak menjadi pemimpin. Justru itu juga, Pemimpin-pemimpin politik dan pegawai-pegawai kerajaan di Jerantut ini, pekalah pada suara, keluhan, tangisan dan kehendak rakyat. Cukup-cukuplah buat-buat pekak badak selama ini.

AKHIRNYA PEMUDA JERANTUT BERSUARA





















Ketua Puteri UMNO Jerantut yang berhemah, berwibawa dan berpekerti tinggi memang wajar diberikan perhatian sebagai pemimpin masa depan



Lama saya menanti setelah menyuarakannya berkali-kali, akhirnya barulah sekarang Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jerantut (?) berani kehadapan dengan mempamirkan blognya. Syabas! Ini baru Pemuda yang berani menyahut cabaran dan tidak sia-sia UMNO berusaha mewujudkan Unit Media Baru nya.

Cuma saya berharap supaya blog Pemuda UMNO ini akan konsisten dan menyuarakan dan jangan hanya mengikut musim. Mungkin blog Puteri boleh dijadikan contoh. Bukan setakat 1 malahan ianya aktif. Syabas juga untuk Puteri, cuma ketua Puteri Jerantut janganlah malu-malu dan main sembunyi-sembunyi.

Bangunan Puteri berhampiran Balai Polis Jerantut sentiasa sibuk dengan aktiviti. Jarang sangat kita nampak bangunan itu sepi tanpa pengunjung dan penghuni. Mungkin sayap Puteri antara yang teraktif di Jerantut malahan mampu menyaingi Pemuda. Sewajarnyalah Ketua Puteri dicadangkan sesuatu Jawatan yang lebih besar dan mencabar untuk disandang bagi memperjuangkan rakyat serta memperkasakan UMNO.


Thursday, April 29, 2010

KICKDEFELLA DAKWA PAS PERUNTUK RM4 JUTA UNTUK KEKAL BURUKKAN IMEJ BN DI KELANTAN





















Satu orang 'Ustaz' dari DAP Selangor kata beer bukan arak...(?)
Uikk??? Take beer!



Blogger KICKDEFELLA telah membuat pendedahan bahawa kerajaan Pas Kelantan telah memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi mengekalkan Pas dan menjatuhkan imej BN di Kelantan.

Wang tersebut adalah untuk perbelanjaan pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operatif, percetakan dalam menggerakkan Operasi Gerak Saraf. Beliau juga mendedahkan beberapa dokumen permohonan tender kawasan balak dan hutan simpan yang memberi sumbangan 'direct' kepada Pas Kelantan. Selain itu beliau juga mendakwa turut memagang beberapa aset bagi kegiatan Operasi Gerak Saraf dan mendakwa ada bukti siapa yang memberikan peruntukan tersebut.

Kata catatan dari blogger Juri Rakyat:
Sudah Terang Lagi Bersuluh .... parti yang bertopengkan ISLAM ini sebenarnya mengamalkan POLITIK SUKU, AGAMA SUKU dan layak digelar Parti Assabiyah !!!Mungkin Haji Hadi perlu mewartakan kembali FATWA beliau mengenai POLITIK SUKU, AGAMA SUKU. Tidak mungkin Haji Hadi akan berbuat demikina kerana FATWA beliau akan menjadi 'deadliest impact' kepada imej PARTI APA SAJA !!!

Saya cuma ingan merakamkan kekesalan kita bahawa rupanya mereka yang berserban besar di kepala ini lebih besar tanduk yang di sembunyikannya disebalik serban itu. Rupanya Pas sudah benar-benar bersahabat dengan syaitan.


Baca blog Juri Rakyat



LAGI HAL TANAH



























Lebih 20 tahun menunggu kelulusan tanah, jika ditanam pisang tentu sudah berbuahkan emas, penjawat awam dan pemimpin kerajaan jangan lagi buat pekak badak


Saya menerima email dari seorang pembaca. Menyatakan tidak puas hati dengan pentadbiran tanah daerah yang mengambil masa yang terlalu lama untuk meluluskan permohonan tanah yang dipohonnya.

Katanya, beliau telah memohon semenjak berumur 30an namun sekarang usianya sudah melebihi 50an namun tanah berkenaan masih belum diluluskan. Setiap kali beliau ke pejabat berkenaan ada saja alasan yan diberikan dan alasan terakhir yang diterima adalah tidak menemui fail berkenaan.

Beliau menambah lagi, kebanyakan petugas di pejabat berkenaan masuk kerja jam jam 9 lebih, kemudian puluk 10 pagi keluar ke kantin minum, selepas minum masuk sekejap baca surat khabar dan ngobrol-ngobrol. Jam 12 lebih sudah keluar alasan ambil anak sekolah dan petang terus tak datang. Mereka penjawat awam yang makan gaji buta. Bila bercakap politik mereka kutuk kerajaan tak betul itu dan ini.

Saya hanya ada satu saja soalan katanya, Malaysia ini negeri untuk bangsa Melayu atau bukan? Dulu semasa Tanah Melayu memang kita rasa negara ini negara kita, sekarang tidak lagi. Apabila Melayu pohon tanah KIV atau lambat proses. Bila Cina mohon akan cepat proses, mungkin mereka ada pengeras. Soalnya Malaysia bukan lagi negara untuk orang Melayu kerana orang Melayu sendiri sudah makan orang Melayu.

Atau patutkah kita buat cara Cina, teroka tanah haram dan langgar peraturan serta undang-undang, kemudian bayar kompoun yang dikenakan, rasanya cari itu lebih cepat untuk mendapat kelulusan. Masalahnya adalah Malayu ini bangsa beradab. Bila kata tidak mereka akan tidak lakukan. Menentang peraturan adalah juga menentang titah sultan. Kita negeri beraja dan beradat.

Melayu mesti ada sifat kemelayuan dan menolong sesama Melayu. Jika tidak tidak sampai 50 tahun lagi bangsa Melayu akan pupus dibumi Malaysia ini.

Demikian satu diantara email yaang menarik untuk saya siarkan. Terima kasih kepada pengirimnya. Kami bersedia menerima apa-apa pandangan dan terguran atau sungutan untuk dibawa kehadapan. Bagaimanapun sila tulis dana pengirim dan alamat dengan jelas. Kami sedia untuk tidak siarkan nama tetapi akan menggunakannya sebagai rujukan dimasa akan datang.

Wednesday, April 28, 2010

MENYEMARAK PERANG SIBER DI JERANTUT






















En. Sara Pudin Usin, juga pemikir yang prihatin terhadap UMNO, bangsa Melayu dan bumi yang dipijaknya


SPU semakin mendapat perhatian ramai. Banyak juga postingnya turut di 'copy and paste' ke blog-blog lain. Selebihnya bilangan pembacanya semakin meningkat dari sehari kesehari. SPU tidak saja menyuarakan persoalan politik setempat namun juga membawa dan mengangkat isu-isu semasa. Mungkin terlalu kecil untuk disamakan sebagai 'Aduan Rakyat' di majalah 3, tetapi kalau tak ada rotan, akan pun berguna.

SPu memandang jauh kehadapan, kerana itu SPU mendahului lain-lain dalam pembinaan blog di Jerantut. Bermula dengan menyuarakan keresahan terhadap kegoyahan sokongan politik di Jerantut seterusnya menegur pemimpin-pemimpin yang abai terhadap tanggungjawab terhadap parti dan rakyat. UMNO harus dipimpin oleh barisan kepimpinan yang bersih dan bijak, barulah dapat dan berupaya untuk membina semula kekuatan UMNO diakar umbi.

Tanpa mengira apa ideologi dan falsafah politik masing-masing, namun SPU telah membentuk satu barisan blogger di Jerantut untuk sama-sama menyuarakan keresahan rakyat. Kerana itulah didalam pautan di blog SPU terdapat berbagai-bagai kecenderungan politik bloggernya dan tetap kita masukkan bersama dalam satu barisan.

Alhamdulillah, ini telah menganjak beberapa blog yang telah lama terbina dulu namun diam malu dan menyepi. SPU melihat blog-blog tersebut seakan bernafas semula dan kembali aktif. Lihat blog Norhelan Mahamud, Pulau Tawar, Ansarullah, N9 yang bernafas semula. Lihat pula pada blog-blog baru bercambah; menyegar, Berita Pemuda UMNO Jerantut, Melayuraya Daily, Nadiputeri UMNO Jerantut, Puteri UMNO.

Banyak lagi akan menyertai nanti dan akan bertambah meriahlah dunia siber di Jerantut. Kita tolak maksud perang siber ketepi, yang ingin kita bawa adalah menyuarakan suara rakyat sebenar, suara yang selama ini sukar untuk didengar dan tidak pernah diberikan perhatian. SPU, pencetus dan penyemarak media sosial Jerantut.

ISU TANAH DI JERANTUT HANGAT SEMULA - MB HARUS AMBIL TINDAKAN SEGERA





















Gambar hiasan: Tanah yang diteroka bagi tujuan pertanian


Saya pernah menulis mengenai tanah di Kg. Lata Kasah beberapa bulan lalu, (klik sini). Masalah yang sama juga rupa-rupanya berlaku di beberapa kampong lain. Rakyat harus diberitahu mengenai segala ini kerana inilah peranan dan tanggungjawab media sosial terhadap umum.

Permohonan tanah yang luas secara besar-besaran oleh 'orang besar' dengan kerjasama jabatan kerajaan berkenaan harus dipandang serius. Berapa banyak masalah permohonan tanah oleh rakyat yang masih belum diselesaikan walaupun sudah memakan masa berpuluh tahun, tetapi kenapa kelulusan cepat diberikan kepada 'orang besar' seperti dalam kes dibawah ini?

Kita harus melihat jabatan berkenaan atau kakitangan awam di jabatan berkenaan terlibat secara langsung dengan konspirasi ini, atau mereka adalah sebahagian dari ..........

Dalam satu pertemuan Ahli Parlimen dengan masyarakat sebuah kampong India di Jerantut tidak lama dulu, YBM Dato' Seri Tengku Azlan ada menyebut tentang pemimpin yang mewakili rakyat seharusnya berkhidmat untuk membantu rakyat bukan merompak hak rakyat, kini saya sedar dan faham ke mana arah yang disasarkan.

Apapun, kita hendak MB Pahang turut mengambil tanggungjawab ini. Pemimpin atasan juga perlu sedar akan hal ini. Kami akan terus mendesak dan menyebarkan kepada seluruh rakyat mengenainya supaya si pesalah dikenakan tindakan. Jika pucuk pemimpin tidak menolak pemimpin berkenaan, kami rakyat akan menolak pemimpin dan kerajaan. Kini Orang Melayu juga sudah sedar dan belajar dari Cina di Hulu Selangor.



Sebahagian dari tulisan di blog N9 tanpa sebarang pindaan:

Kami kata:-

Masalah rasuah ini adalah masalah yang ssssaaaannngggaaattt serius dan perlu diambil tindakan drastik.Kami ada mendengar masalah pemilikan tanah dikalangan KAKITANGAN AWAM di daerah JERANTUT.Setelah ada sepasukan pihak SPRM datang untuk menyiasat,mereka-mereka ini sibuk mencari pembeli bagi membeli tanah yang mereka miliki atas kuasa mereka dalam hal tanah dan galian ni.

Dengar ceritanya ramai antara mereka ingin menjual tanah-tanah tersebut dengan harga murah.Ada juga cerita dimana seorang YANG BOROI telah memperolehi tanah disekitar KG KELOLA dan DURIAN HIJAU ke.Tapi tanah ini dimiliki dengan menggunakan sepenuhnya KUASA sebagai YANG BOROI.Ramai orang komplen, tapi suara orang kecil ni tak berapa dengar dek orang ramai.Dan juga biasanya penerima sahaja yang dikenakan tindakan,tangkapan atau apa sahaja.Kenapa PEMBERI jarang sekali dikenakan tindakan? adakah mereka MENGATASI undang-undang atau mereka itulah UNDANG-UNDANG?Entahlah....

Tuesday, April 27, 2010

PRK 094 - KEJAYAAN BLOGGER PRO BN













Antara gambar yang polular sepanjang kempen PRK P094


Kita mengucapkan tahniah kepada blogger pro BN berikutan kejayaan usaha mereka dalam membantu kemenangan calon BN dalam PRK P094 lalu. Kita melihat usaha blogger merupakan antara sumbangan besar dalam kejayaan itu. Kenapa tidak, Zaid Ibrahim adalah tokoh besar dan ternama PKR yang ditentang oleh Kamalanathan yang bukanlah siapa-siapa dalam BN.

Saya setuju dengan pendapat bahawa pertarungan itu dahulu adalah pertarungan diantara PKR bersama Zaid Ibrahim dengan BN (Kamalanathan hanya calon yang tidak punya apa-apa kekuatan diri). Pertandingan ini adalah satu pertandingan yang tidak seimbang, namun dengan bantuan para blogger pro BN telah membuatkannya menjadi satu pertandingan yang sama rata.

Apa kah yang blogger pro BN telah lakukan? Mereka telah menyerang Zaid peribadi dan membuangkan selaga ketokohan yang ada padanya dan membuatkannya menjadi sebagai seorang yang sudah tidak punya apa-apa lagi. Maka jadilah dia sama seperti Kamalanathan dan memberikan pertarungan yang adil iaitu diantara PKR dengan BN.

Kerana itulah tidak hairan sejak dari awal lagi para blogger pro BN menyerang peribadi Zaid dan melibatkanya dengan segala skandal sama ada menonjolkannya sebagai kaki botol dan kaki kuda. Ini bagaikan melucutkan segala bintang-bintang kehormatan yang Zaid miliki selama ini dan usaha blogger pro BN telah menghasilkan kejayaan yang bukan sedikit dalam membantu calon BN.

Kerana itulah kejayaan calon BN ini bolehlah dianggap sebagai kejayaan hasil kerja blogger pro BN. Apa yang lebih membanggakan adalah blogger pro BN nampaknya lebih berupaya dan mampu mengalahkan blogger pro pembangkang. Tidak seperti semasa PRU lalu dimana blogger pro pembangkang mendominasikan gelanggang media sosial, kali ini menyaksikan blogger pro BN telah mampu mengalahkan mereka. Inilah perang siber sebenarnya. BN/UMNO tidak mampu melakukan ini sendirian.

Apakah pemimpin-pemimpin kerajaan BN/UMNO menyedari, mengakui dan menghargai usaha yang para blogger pro BN telah lakukan untuk BN/negara, atau masih ada antara mereka yang masih menganggap blogger-blogger ini adalah dari sekumpulan berok-berok atau goblok?

Tahniah kepada blogger-blogger BPN, GAP, AIDC, Blogger Patriot dan individu-individu yang bergerak bersendirian namun menyokong perjuangan BN.

Monday, April 26, 2010

TAHNIAH MAJLIS DAERAH JERANTUT




































Minggu lalu kita menulis tentang kebersihan yang kurang memuaskan di tapak Pekan Sahari Jerantut. Dan menyeru agar bihak berwajib mengambil tindakan dan melakukan sesuatu.

Tengahari tadi, kira-kira jam 1.00, saya melawat tapak berkenaan. Saya kecewa kerana tiada apa-apa perubahan dari minggu lepas. Sampah sarap masih bersepah merata-rata. Saya beranggapan bahawa keluhan kita tidak didengar dan tidak diendahkan.

Namun kira-kira jam 4.00 petang tadi saya melalui kawasan sama dan terkejut kerana ada beberapa pekerja dan sebuah lori MDJ sedang melakukan kerja-kerja pembersihan. Saya bersyukur kerana sudah ada sedikit perubahan.

Jika hendak kita bandingkan tahap kebersihan antara Jerantut dengan Kuala Lipis, jaraknya antara bumi dengan langit. Kuala Lipis lebih kelihatan kemas dan bersih. Bagaimanapun kesalahan ini bukan saja harus kita letakkan kepada Majlis Daerah semata-mata. Selebihnya adalah sikap kita sebagai penduduk sendiri.

Saya masih belum berpuashati tahap kebersihan di bandar Jerantut ini, namun setidak-tidaknya ini adalah permulaan kepada perubahan yang kita inginkan.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Setiausaha Majlis Daerah Jerantut, Puan Wan Norizan serta pihak-pihak yang terlibat kerana peka dan mendengar keluhan kami serta mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah berkenaan.



Sunday, April 25, 2010

TERKINI: PRK P094 BN MENANG




















Keputusan resmi PRK P094 yang disiarkan secara langsung dari TV3 adalah seperti berikut;

Calon BN - 24,977 undi
Calon PKR - 23,272 undi
Majoriti - 1,725


Ulasan kami:

1. Kemenangan ini membuktikan rakyat telah menerima semula BN sebagai wakil yang mampu memberikan perubahan terhadap rakyat.

2. Rakyat juga sedar bahawa PR (PKR,DAP dan PAS) hanya pandai menabur janji namun gagal menunaikannya.

3. Membuktikan rakyat menerima DS Najib sebagai PM dan gagasan Satu Malaysia nya.

4. Juga memberi makna bahawa UMNO juga turut diterima kembali oleh rakyat, cuma pemimpin-pemimpin UMNO harus ingat bahawa rakyat memberi maaf namun jika pemimpin juga tidak prihatin terhadap rakyat maka tidak mustahil rakyat akan menolak UMNO/BN sekali lagi.

SUARA PRIHATIN UMNO JERANTUT

















Blog ini dibina pada Ogos 2008 sebagai penyambung suara rakyat khususnya yang masih ada rasa kesetiaan terhadap UMNO. Juga sebagai suara yang dapat menyampaikan kepada pemimpin-pemimpin apakah sebenarnya yang rakyat akar-umbi merasa tidak puas hati. Pemimpin tidak boleh lagi mendengar suara hanya dari orang-orang UMNO saja kerana suara itu penuh dengan ketidakjujuran dan pura-pura belaka. Justru, SPU adalah pembawa suara rakyat.

Suara rakyat dapat didengari dimana-mana, di warung-warung kopi, pekan-pekan sahari, masjid dan surau-surau, majlis-majlis kenduri dan sebagainya. Namun selalunya suara itu hanya mati disitu saja, Tiada pihak yang ingin membawanya keatas. Pemimpin-pemimpin UMNO yang bermuka-muka akan sentiasa menyatakan yang baik saja sedangkan yang buruknya hanya disimpan begitu saja. Disinilah SPU dapat memainkan peranannya dengan berkesan.

Selain itu, SPU juga memantau dan memperdengarkan suara-suara halus lainnya. Kerana itu SPU mengumpul sebanyak mungkin blog-blog yang menyuarakan politik dan isu semasa di sekitar Jerantut dan memautkannya dari blog ini. Apa yang kelihatan adalah SPU berupaya menjadi pemangkin kepada perkembangan blog-blog politik dan isu semasa sekitar Jerantut untuk memberikan kemudahan blog-blog berkenaan dicapai umum. Kerana itu kita lihat beberapa buah blog yang dipautkan dari blog SPU semakin aktif menulis akhir-akhir ini.

Malangnya, seperti yang sering disuarakan dari dulu, blog-blog resmi UMNO masih belum ujud atau masih tertidur. Mana UMB Pahang yang mewakili Jerantut? Mana UMNO Jerantut?

Kita sedari bahawa blog ini juga dipantau oleh pihak UMNO pusat. Kita sedar juga bahawa suara yang kita bawakan disini didengari oleh pemimpin atasan kita. SPU bukan berniat merosakkan UMNO tatapi menyedarkan pemimpin-pemimpin UMNO setiap peringkat supaya bersama berusaha dengan jujurnya memperkasakan UMNO.

SPU mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sering melawat lama ini serta memberikan komen mereka. Juga kepada pihak-pihak yang sering menghubungi melalui email dengan memberikan maklumat-maklumat untuk dipaparkan diblog ini. Terima kasih.


Saturday, April 24, 2010

SUARA AKAR UMBI

Gambar hiasan: Juara Rakyat atau Juara Pemimpin?













Selalu kita hanya memberikan perhatian kepada yang besar dan popuar saja Demikian juga dengan sumber berita, kita hanya utamakan berita-berita dari akhbar-akhbar ternama saja. Sama juga apabila kita membaca blog, tumpuan akan diberikan kepada yang sudah terkenal.

Saya lebih suka fokus kepada blog-blog kecil, picisan (?), yang membawa suara kecil dan hasrat kecil juga, namun ini adalah sebenarnya suara akar umbi. Kerana itu di blog SPU ini saya memberikan pautan kepada blog-blog kecil sekitar Jerantut kerana saya ingin memantau dan mendengar suara sebenarnya dari akar umbi. Suara yang tidak membohongi kita dan tidak ada kepentingan lain selain dari hanya menyatakan kebenaran

Blog N9, semalam membawa isu mengenai Maika Holding dan kepentingan kaum India. Itu isu nasional yang sudah banyak diulas oleh lain-lain blog sebelum ini, Tapi yang lebih menarik adalah apabila bloggernya mem'fokus'kan kepada isu setempat. Inilah sebenarnya apa yang kita ingin dengarkan dari rakyat.

Saya salinkan dibawah ini tanpa sebarang ubahsuai:

Kami kata:-Nampaknya kali kerajaan dengan pantas dan cekap bertindak bagi menangani masalah kaum India di kawasan dalam negeri Selangor.Setelah masalah ini lama berlanjutan, akhirnya masalah yang membuatkan kaum India tak senang duduk,tak lena tidur telah pun berakhir.Tapi kenapa baru sekarang?Kenapa semasa PRK Hulu Selangor?Ada apa-apa ke?Orang tak nampak kut?Jadi kalau macam tu masalah JALAN ke Ulu Tembeling saya rasa bukan masalah BESAR.Kenapa tak boleh selesai?Kenapa masalah rumah 410 belum reda?Dengar bunyi nak ambil alih belum berhenti!Siapa nak perjuangkan nasib ORANG MELAYU yang duduk disitu?ke nak jadi macam SELANGOR?PR dah menang baru nak settle?Mana ada kuasa lagi.Kalau menang FEDERAL ok lah.Kalau kalah?orang lain yang akan buat agaknya!!!!!!!!!!!

Isu setempat inilah antara isi terpenting penulisan beliau yang menyuarakan hasrat sebenar rakyat sekitar Jerantut, keluhan dari akar-umbi. Saya paparkan disini untuk orang-orang yang berkenaan mengambil perhatian bagi menyelesaikan permasalahan itu. Jika sebenarnya mereka ingin menjadi Juara Rakyat, jadilah juara sebenarnya dan bertindaklah dengan membela dan memperjuangkan kehendak rakyat.

Rakyat sudah jemu dengan pelbagai retorik Program Juara Rakyat tidak akan bermakna jika apa yang diperjuangkan hanyalah untuk kepentingan pemimpin saja. Program sedemikian bolehlah dinamakan sebagai Program Juara Pemimpin.

Mengambil hati rakyat adalah berjuang untuk rakyat atas keperluan yang rakyat inginkan. Siapakah pemimpin kita di Jerantut ini yang berani dan bersungguh-sungguh untuk tampil dan membela rakyat?

Kita ada seorang juara, tetapi beliau adalah Juara Perompak Rakyat. Kita menyesal memilihnya dulu.

Friday, April 23, 2010

YANG HANGAT2 TAHI AYAM DAN YANG SUAM2 KUKU














Dato' Azizan Yaakob, blogger UMNO Jerantut


Sudah lama saya meneliti blog-blog pemimpin kita di Pahang ini. Kenyataannya pemimpin juga seperti kita orang biasa. Semangatnya pun bukanlah tinggi sangat. Jadi apabila mereka sekali-sekala cuba menaikan semangat kita dengan apa-apa retorik hendaklah kita ingat bahawa mereka pun sama seperti kita. Semangatnya pun sama - hangat-hangat tahi ayam!

Saya bercakap tentang laman blog. Cuba lihat disini; blog DS Adnan Yaakob, MB Pahang. Blognya sudah tidak dikemaskini sejak 2 tahun lalu. Kita sedar bahawa blog ini bukan dibina dan dikendalikan sendiri oleh DS Adnan tetapi oleh 'ghost writer', seseorang. Bagaimanapun jika sudah tidak ingin dikemaskinikan adalah lebih baik dipadamkan saja dan anggaplah bahawa MB kita ini juga goblok tentang blog.

Bagaimana pula dengan blog Dato' Jamaluddin Jarjis? Ooo, beliau sekarang ini sudah menjadi Duta ke Amerika. Di Amerika tidak ada internet kah untuk sesekali kemaskinikan blog? Atau blog ini hanya dibina untuk mengambil perhatian piha tertentu dan apabil sudah mendpat apa yang dihajati maka bolehlah blog ini dibiarkan begitu saja.

Ketua Puteri Pahang pun sama nampaknya, saya masih ingat sebelum pertandingan dulu dia bukan main lagi galaknya, namun setelah kalah dalam pertandingan Ketua Puteri Malaysia blognya terus tidak diambil peduli. Di facebook pun nampaknya jarang-jarang sekali. Jangan lupa bila sudah hampir dengan pemilihan akan datang atau PRU nanti, kena lah bergerak aktif semula.

Yang seorang ini pun sama juga. Dulu saya lihat selalu blogger Beranikan Hati hentak dia, mungkin sebab itu agaknya dia dah tak ada semangat nak tulis blog dia lagi. Dia ni selalu dalam facebook dengan kawan-kawannya saja. Jikalau MB dikuis nanti kemana agaknya dia nak pergi?

Dato' Sakmongkol ini bagus, dan masih kuat bertahan. Tulisannya sangat baik dan mengembangkan minda. Bagus juga sesekali dia menulis dalam bahasa 'Melayu' supaya orang-orang Melayu di kampong dapat juga sesekali membaca tulisan beliau dan cuba memahami makna dan perkembangan serta arahtuju politik dalam negara.

Yang ini dari Jerantut, Dato' Azizan Yaakob. (Baca disini dan disini) Bukan saya nak puji sangat sebab semasa dia jadi YB dulu saya bukan 'favour' sangat pada dia, tetapi prinsip saya satu saja, yang benar tetap benar. Justru saya harus akui ini bahawa di Jerantut beliau adalah satu-satunya tokoh politik yang memiliki blog dan sedang aktif menulis. Tulisannya pun baik cuma mungkin orang-orang kampong tidak akan berapa faham. Tetapi bagi pelajar-pelajar pengajian tinggi tentu mudah untuk mereka memahaminya

Tahniah dan syabas Dato', setidak-tidaknya di Jerantut sudah ada tokoh politik UMNO yang tidak lagi goblok dan biarkanlah yang lain-lain itu terus goblok.

Thursday, April 22, 2010

UMNO JERANTUT - PERTEMUAN DENGAN SETIAUSAHA CAWANGAN KURANG SAMBUTAN





















Gambar hiasan:
Ketua Bahagian di satu majlis
Ahli Parlimen bersama Rakyat yang diadakan baru-baru ini



Baru-baru ini SPU dihubungi oleh seorang sahabat lama, beliau adalah Ketua UMNO sebuah cawangan dalam DUN Damak. Beliau memaklumkan tentang satu program pertemuan diantara UMNO Bahagian dengan Setiausaha UMNO Cawangan-cawangan.

Yang mendukacitakan sahabat saya itu adalah kehadiran Setiausaha cawangan-cawangan yang tidak memberangsangkan. Menurutnya ini adalah kerana beberapa sebab; antaranya adalah maklumat tidak sampai kepada mereka tepat pada waktunya, tidak dimaklumkan oleh Ketua Cawangan dan kurangnya semangat dan keinginan untuk hadir.

Mungkin Setiausaha-setiausaha Cawangan kurang menghubungi Setiausaha Bahagian serta kurang mesra dengan Setiausaha Bahagian? Jikalau kerana masalah hubungan yang kurang akrab maka patutlah Setiausaha-setiausaha UMNO cawangan-cawangan lebih kerap menemui Setiausaha UMNO Bahagian. UMNO Jerantut memang berbeza dari UMNO bahagian lain. Jika bahagian lain Setiausaha UMNO Bahagian yang patut menemui dan menghubungi Cawangan, maka di Jerantut Cawanganlah yang patut hubungi Bahagian.

Maklumlah kerana mereka ini berkhidmat untuk rakyat dan mereka bukan memaksapun untuk diberikan jawatan itu. Rakyat dan ahli UMNO yang memaksa mereka menerima jawatan tersebut.

Saya tertanya-tanya, kuatkah kita untuk menghadapi PRU13 nanti jika pemimpin UMNO Bahagian hanya berkerja untuk diri mereka sendiri tanpa memikirkan keteguhan dan kautuhan parti UMNO itu sendiri?

Sepatutnya UMNO Bahagian jadikan pertemuan ini sebagai indikator bagi mengukur setakat mana UMNO Bahagian masih mendapat sokongan dari Cawangan-cawangan bagi menghadapi PRU nanti. Tetapi saya rasa tidak demikian untuk UMNO Jerantut, kerana mereka masih dengan sikap; apa kita peduli?

Wednesday, April 21, 2010

PEMIMPIN BERSALAH DAN RAKYAT JUGA HARUS SALAHKAN DIRI








































































1) Semak samun di luar Dewan Serbaguna Kg. Kuala Tahan, didalamnya pun sama tidak terurus.
2) Beberapa kipas didalam Dewan berkenaan didapati rosak dan tidak diselenggara dengan baik
3) Disebelah tepi luar Dewan kelihatan hodoh sebagai stor simpanan barang yang tidak terurus dan mencacatkan pandangan. Siapa akan kita salahkan? Pemimpin bukan saja kerana hendak jadi pemimpin tetapi harus juga berusaha keras dan ada wawaasan sebagi pemimpin.



Selalu rakyat menyalahkan kerajaan dan pemimpin kerana permohonan mereka tidak diterima dan diluluskan. Selalunya YB ADUN kawasan berkenaan dan Tuan Pegawai Daerahlah yang menjadi mangsa. Kadang-kadang mereka lupa bahawa adakalanya 'bajet' untuk itu memang tidak ada, selebihnya adalah kerana 'bajet' itu dilarikan ketempat lain yang mungkin lebih memerlukan dan menghargainya.

Selalunya kita cukup gembira apabila kita mendapat apa yang kita pohon, tetapi bagaimana kita menjaga harta awam selepas itu? Apa peranan Ketua Kampong dan JKKK-nya dalam menjaga harta awam? Berapa banyak Balai Raya yang terbiar dan menjadi reban ayam dan kandang kambing?

Kadang-kadang memang kita mendapat YB yang tidak benar-benar baik, kadang-kadang pula kita mendapat Ketua Kampong yang tidak benar-benar baik juga, yang hanya pentingkan diri dan kroni, kadang-kadang kita mendapat YB dan Ketua Kampong yang kedua-duanya tidak baik kerana hanya 'bruppp' sesama mereka berdua saja.

Bagaimanapun harta awam adalah sesuatu yang perlu dijaga sebaik mungkin. Mungkin satu ketika nanti kelulusan permohonan dari sesebuah kampong akan berdasarkan kepada tahap penjagaan harta awam milik mereka. Mungkin ini akan menggalakkan mereka menjaga harta awam dengan lebih baik lagi.


SPU DI HARGAI



Setelah sekian lama mengendalikan blog SPU sejak 2008, pertamakali blog ini dihargai. Mungkin SPU banyak menyinggung perasaan pihak berkenaan namu apa yang kami lakukan adalah menyatakan kebenaran dan berusaha menyedarkan pihak berkenaan supaya memperbaiki sebarang kesalahan dan kelemahan masing-masing demi mem perkasakan UMNO Jerantut bahkan UMNO keseluruhannya, menegur pemimpin-pemimpin supaya lebih prihatin terhadap rakyat dimana mereka dipilih untuk menjalankan khidmat supaya UMNO akan tetap utuh dan diterima rakyat selamanya.

Berikut adalah penghargaan yang diberikan oleh Unit Media Wangsa Maju atas sumbangan yang SPU berikan selama ini. Kami mengucapkan terima kasih atas perhatian dan penghargaan tersebut, segalanya dilakukan untuk rakyat.



Blogger Unit Media Wangsa Maju said...

Salam Perjuangan,

Kami dari Unit Media Wangsa Maju ingin mengucapkan syabas buat anda kerana pengendalian blog anda yang begitu menarik dan artikel2 yang tangkas dan berani.

Kami ingin menjemput anda mengunjungi blog kami di www.mediawangsamaju.blogspot.com dan berikan komen2 yg bernas di setiap artikel yang kami kemaskini.

Kami juga mengalu2kan penyertaan anda sebagai salah seorang follower di blog kami.

Kami telah link blog anda dalam senarai blog pilihan di blog kami.

Di harap kita dapat bekerjasama dengan lebih baik di masa akan datang.

Sekian.

AMAT
Crew Unit Media Wangsa Maju

April 20, 2010 3:25 PM

Delete

Kita menanti-nanti bilakah akan ujud blog resmi UMNO Jerantut, atau UMB Pemudanya atau Puterinya dan Wanitanya? Apakah masih berkelubung didalam 'gebor' dan tergolek diatas 'lece'? UMNO harus digerakkan. Ketua Penerangan Bahagian serta sayap-sayapnya harus dipertanggungjawabkan seratus peratus. Mereka yang berbangga atas jawatannya harus menerimanya dengan bermaruah.

Tuesday, April 20, 2010

KECOH KUALA TAHAN LOKASI FILEM LUCAH(?)























































































Keterangan gambar:
1) Jalan yang rosak sepanjang hampir 300 meter
2) Kawasan parkir yang sentiasa kosong
3) Dari kiri; En Hassan Basri Hj. Husin, sebahagian staff Rainforest Resort dan En Razak
4) En. Asmadi Omar



Kecoh kita bila sebuah akhbar tempatan menyiarkan berita Kuala sebagai lokasi filem lucah. Saya yang tidak yakin pada kesahihan berita itu telah ke Kuala Tahan cuba untuk mendapatkan maklumat sebenar. Saya menemui pihak pengurusan Rainforest Resort dimana krew 'Biscuit Film Production' menginap. Dengan pertolongan En. Hassan Pengurus F&B saya dapat berbual dengan En. Razak. Beliau terlibat dengan syarikat perfileman berkenaan sejak lebih 6 bulan lalu sebagai Pengurus Lokasi.

Beliau enggan memberikan kenyataan bagi pihak syarikat tanpa mendapat kebenaran syarikatnya terlebih dahulu namun berjanji pada saya untuk menemukan saya dengan Pengarah filem berkenaan bagi mendapatkan maklumat sebenar dalam waktu terdekat. Saya dimaklumkan bahawa Wartawan Sinar bersama Polis Cawangan Khas dari Balai Polis Jerantut telah dibenarkan ke lokasi untuk melihat dan melapor keadaan sebenar.

Bagaimanapun secara kasarnya dalam perbualan kami pada malam berkenaan kami merumuskan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh wartawan berkenaan adalah keterlaluan. Kerana ianya hanya berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pihak lain yang mana kedua-duanya tidak melihat apa sebenarnya yang berlaku dilokasi.

Menurut maklumat, filem ini adalah berdasarkan kisah benar dimana sebuah keluarga dari Germany yang tinggal di Papua New Guinea. Ini adalah kisah pengalaman kehidupan seorang kanak-kanak yang dewasa di hutan Papua New Guinea. Filem ini juga berdasarkan kepada sebuah novel yang sedang laris terjual dipasaran antara bangsa.

Yang menjadi kontroversi adalah filem ini berlatarbelakangkan kaum asli Papua New Guinea yang bercawat. Apakah adat dan budaya bercawat itu dianggap lucah? Tidakkah orang asli di Malaysia juga satu ketika dulu juga bercawat? Malahan menurut pihak berkenaan, bahkan tidak adapun babak berciuman dalam filem ini.

Saya melihat masalah sebenarnya adalah dari wartawan berkenaan yang tidak pergi ke lokasi dan hanya menulis dari apa yang dilaporkan kepadanya. Lebih malang individu yang melaporkan itu juga tidak hadir ke lokasi dan berhubung dengan pengarah filem berkenaan, atau juga mungkin masalah bahasa yang membuatkan kekeliruan itu timbul apabila satu pihak bercakap dalam bahasa Inggeris dan satu pihak lagi tidak faham apa yang diperkatakan lalu membuat andaian sendiri. Krew filem ada melaporkan beberapa buah 'jet sky' berlegar-legar di sekitar kawasan lokasi tetapi mereka tidakpun menghampiri dan berbincang atau bertanya sesuatu.

Masalahnya adalah laporan berkenaan telah memberikan gambaran buruk terhadap Kuala Tahan kepada pandangan masyarakat umum. Mungkin kerana fikiran kotor membuatkan mereka juga berfikir kotor terhadap orang lain.


----------------


Apa yang penduduk tempatan dan pelancong inginkan adalah kedatangan pelancongan berterusan bagi menjana ekonomi serta keselesaan dan suasana damai ketika melancong. Kedatangan produksi filem banyak menjana ekonomi penduduk tempatan.

Sebenarnya pihak berkenaan seharusnya lebih peka dan fokus terhadap pembangunan di Kuala Tahan ini yang masih lagi dalam kedaifan. Janganlah cuba mengubah perhatian masyarakat terhadap isu lain yang langsung tidak memberikan faedah kepada umum.

Jalan sepanjang hampir 300 meter yang menghubungkan ke Woodland Resort dan Rainforest Resort masih belum berturap dan menganggu kelancaran perjalanan terutama ketika musim panas terik dan hujan.

Parkir kereta yang tidak terurus dan menyemakkan pandangan harus diatasi, mungkin pihak JKKK perlu diberikan kuasa mengawalnya dengan mensyaratkan semua kenderaan harus di parkir di tempat pakir berkenaan yang sentiasa kosong selama ini. Jalan ke tepi sungai untuk menyeberangi dengan bot ke Taman Negara juga harus dibaiki untuk membaiki imej Kuala Tahan dan Taman Negara sebagai destinasi ekopelancongan terunggul di Malaysia.

Banyak pihak termasuk En. Asmadi Omar, 'Sales and Recreation Executive' Rainforest Resort yang juga penduduk tempatan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap pihak tertentu yang tidak mengambil inisiatif untuk membaiki jalan sepanjang 300 meter itu. Beliau juga memaklumkan bahawa terdapat ramai pelancong asing yang merungut tidak puashati kepada pihak pengurusan resort.

Soalnya, mana janji dulu? (Klik dan baca sini) Pihak berkenaan harus tampil dan bertanggungjawab. Rakyat melihat dan menyimpan perasaan mereka dan akan menghukum pada PRU13 nanti jika mereka merasa mereka ditipu dan dikhianati.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN