Sebuah portal pro pembangkang menulis begini;
Puak UMNO Kelantan menerima tamparan hebat untuk meneruskan perjuangan mereka di Pilihan Raya Kecil DUN Galas tidak lama lagi. Ini kerana PAS telah menang moral menjelangkan pilihanraya itu apabila berjaya "menakluki" bangunan milik UMNO Kota Bharu, yang sangat dibanggakan itu. Bangunan tersebut kini menjadi milik Dewan Pemuda PAS Kelantan apabila berjaya dibeli dengan harga RM4.5 juta semalam. Majlis penyerahan geran hak milik oleh tuan punya bangunan Datuk Zaid Ibrahim (Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu) telah dilakukan di Gua Musang sempena kempen pilihan raya kecil DUN Galas. Bangunan tersebut dikatakan bakal menjadi pejabat Pemuda PAS negeri dan pusat komersial. Perjanjian jual beli ditandatangani antara Zaid dengan Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan juga kepimpinan Pemuda PAS negeri yang diketuai, Abdul Latif Abdul Rahman yang disaksikan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kita tidak faham apa yang cuba disampaikan dari berita berkenaan. Yang kita semua sudah maklum adalah Zahid Ibrahim bukan lagi ahli UMNO. Bangunan berkenaan adalah hak Zahid. Yang membeli bangunan berkenaan adalah Dewan Pemuda Pas. Apa masalahnya disini? Dan apa kena mengena dengan UMNO? Begitulah cara bagaimana portal blog pembangkang 'spin' setiap berita sehingga mengelirukan pambaca.
Pemimpin Pas pun begitu juga, bangunan ini di Kota Baharu kenapa program penyerahan atau perasmian perlu dilakukan di Gua Musang? Apakah hanya untuk memancing undi? Apakah ulamat terkenal iaitu Nik Aziz juga bersubahat dalam melakukan penipuan dan memutarbelit terhadap rakyat Kelantan?.
2 comments:
Mcm budak hingusan betul lah puak2 nie. Bangunan tu kan terjual tanpa kerelaan UMNO Kelantan dah tu dengan cara putar belit plk. Buat malu jer. Lain lah kalau UMNO sendiri jual bangunan tu. Cerita nie mcm bebdk main polisenteri je.
Salam saudara spu,itulah lah yang dikatakan ORANG ORANG YANG TELAH KEHABISAN MODAL,sebiji macam orang berniaga,apa2 sahaja sanggup dilakukan jika MODAL TELAH KEHABISAN,MEMINJAM ALONG,MEROMPAK PUN SANGGUP?,NAMPAK SANGAT TAKUT KALAH DI GALAS,ITU LAH NIK AJIS ?
Post a Comment