Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Wednesday, October 13, 2010

KECEWA ORANG MELAYU

Gambar Hiasan


Semakin lama semakin banyak yang kita dengar mengenai orang Melayu yang kecewa dengan tindakan kerajaan yang terlalu menjaga hati bangsa asing dan dalam masa sama tidak menjaga sensitiviti bangsa Melayu sendiri. Terbaru PM 1 Malaysia telah menyatakan bahawa kaum cina bukan pendatang. Jadi apakah kita bangsa Melayu ini sebenarnya pendatang? Bersesuaian dengan kenyataan Nazir Razak dalam satu majlis ekonomi anjuran kaum Cina yang mengakui bahawa dia adalah keturunan pendatang dari Indonesia.

Mungkin tidak lama lagi Malaysia akan ditukar nama kepada Cinasia, jika ada tuntutan dan desakan dari kaum cina. Kerajaan terlalu lembut terhadap desakan dan tuntutan kaum asing namun dalam masa sama kehendak bangsa Melayu kurang diberi perhatian. Apakah kerajaan tidak bimbang skongan bangsa Melayu akan berubah dari BN UMNO kepada parti lain? Benar PKR sedang runtuh, tetapi tidak bermakna tidak menyokong PKR bahawa orang Melayu akan sokong UMNO?

Sikap bertindak tegas pada bangsa Melayu dan terlalu bertolak ansur kepada kaum asing juga membuatkan lebih banyak orang Melayu semakin hilang semangat dan sokongan kepada kerajaan. Orang Melayu sudah semakin hilang kepercayaan terhadap pentadbiraan. Mungkin menteri-menteri juga perlu kembali belajar sejarah atau sejarah itu sendiri perlu diubah....bahawa orang Melayu adalah kaum pendatang di Malaysia ini.

Baca blog   PANEH MIANG   dan   KEPAL NASI KEPAL BERAS

3 comments:

chenerong ular said...

saudara SPU,kenapa selepas pilihan raya umum 12 dan sekarang inibanyak kedengaran suara2 sumbang berkokok,meminta itu dan ini,seolah olah buta perlambagaan khususnya pasa 153 perlambagaan persekutuan,KENAPA MEREKA MEREKA INI AMAT BERANI. 1.Mereka mengatahui bahawa kerjaan yang dibina beasaskan agihan kerusi parti komponan tidak sekukuh sebelum pru.maksudnya majoriti tidak mantap. 2.ugutan dan permintaan mereka di sokong oleh parti2 sebangsa mereka walau pun berlainan gagasan. 3.pemikiran yang bercelaru dan takut kehilangan kuasa PEMIMPIN PEMIMPIN ATASAN UMNO apabila bangsa lain berpaling tadah ke gagasan parti lain membentuk kerajaan. Jika pemimpin pemimpin melayu tak kira UMNO,PAS DAN PKR BERGANTUNG HARAP SANGAT KEPADA MEREKA UNTUK MENDAPATKAN KUASA TAK MUSTAHIL SATU HARI NANTI NAMA YANG MALAYSIA AKAN DI TUKAR SEPERTI SAUDARA TULISKAN,KITA BANGSA MELAYU AKAN JADI PENUMPANG DI NEGARA BARU "CINASIA".SAYA BUKAN TERLALU PERKAUMAN,TETAPI HAK KITA DLAM PERLAMBAGAAN ADALAH HAK KITA,KITA TAK MINTA HAK MEREKA DITARIK BALIK,FIKIR FIKIR LAH WAHAI PEMIMPIN POLITIK.

Anonymous said...

Salam.Memang UMNO bukan lagi parti yang memperjuangkan bangsa melayu.

Pendekar Melayu said...

ds najib sebenarnya sekadar mengambil hati orang mca saja. maklumlah dap sekarang bertambah kuat. kalau mca juga berpaling tadah maka nasib orang melayu akan bertambah buruk.

sudahlah orang melayu tak mahu bersatu..kalau mengharapkan undi umno saja, kita tak akan menang langsung pilihanraya..kita juga memerlukan undi orang cina dan india.

lainlah kalau semua orang melayu bersatu. time tu memang kita tak perlu undi kaum cina dan india.

ds najib juga tak menyatakan sokongan pada tuntutan mca. kita tunggu jelah apa tindakan ds najib.teruskan sokongan pada umno.itu paling penting.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN