Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Thursday, April 22, 2010

UMNO JERANTUT - PERTEMUAN DENGAN SETIAUSAHA CAWANGAN KURANG SAMBUTAN





















Gambar hiasan:
Ketua Bahagian di satu majlis
Ahli Parlimen bersama Rakyat yang diadakan baru-baru ini



Baru-baru ini SPU dihubungi oleh seorang sahabat lama, beliau adalah Ketua UMNO sebuah cawangan dalam DUN Damak. Beliau memaklumkan tentang satu program pertemuan diantara UMNO Bahagian dengan Setiausaha UMNO Cawangan-cawangan.

Yang mendukacitakan sahabat saya itu adalah kehadiran Setiausaha cawangan-cawangan yang tidak memberangsangkan. Menurutnya ini adalah kerana beberapa sebab; antaranya adalah maklumat tidak sampai kepada mereka tepat pada waktunya, tidak dimaklumkan oleh Ketua Cawangan dan kurangnya semangat dan keinginan untuk hadir.

Mungkin Setiausaha-setiausaha Cawangan kurang menghubungi Setiausaha Bahagian serta kurang mesra dengan Setiausaha Bahagian? Jikalau kerana masalah hubungan yang kurang akrab maka patutlah Setiausaha-setiausaha UMNO cawangan-cawangan lebih kerap menemui Setiausaha UMNO Bahagian. UMNO Jerantut memang berbeza dari UMNO bahagian lain. Jika bahagian lain Setiausaha UMNO Bahagian yang patut menemui dan menghubungi Cawangan, maka di Jerantut Cawanganlah yang patut hubungi Bahagian.

Maklumlah kerana mereka ini berkhidmat untuk rakyat dan mereka bukan memaksapun untuk diberikan jawatan itu. Rakyat dan ahli UMNO yang memaksa mereka menerima jawatan tersebut.

Saya tertanya-tanya, kuatkah kita untuk menghadapi PRU13 nanti jika pemimpin UMNO Bahagian hanya berkerja untuk diri mereka sendiri tanpa memikirkan keteguhan dan kautuhan parti UMNO itu sendiri?

Sepatutnya UMNO Bahagian jadikan pertemuan ini sebagai indikator bagi mengukur setakat mana UMNO Bahagian masih mendapat sokongan dari Cawangan-cawangan bagi menghadapi PRU nanti. Tetapi saya rasa tidak demikian untuk UMNO Jerantut, kerana mereka masih dengan sikap; apa kita peduli?

3 comments:

one one no belen said...

Salam.Yang saya hairankan bila ada pemilihan umno di peringkat bahagian pandai pulak mereka dtg berjumpa UMNO cawangan,nampak sgtlah mereka dtg bila memereka memerlukan undi untuk mendapatkan jawatan di dalam UMNO bahagian.Bila mereka ada jawatan di bahagian dptlah mereka memenuhkan tembolok mereka.Itulah kenyataan di dalam UMNO sekarang.
Dunia dunia.jadi unta lebih baik dari jadi melayu

Anonymous said...

SPU, Apa nak di hairankan!, Setiausaha Bahagian itu BOS besar, Setiausaha cawangan Bos juga tapi sikit bawah. Makna nya Bos sikit bawah selalu lah kena jumpa Bos besar, bos besar kan banyak kerja lagi sibuk. Itu kena faham le. Kalau itu macam SPU saja ganti Setiausaha Bahagian?


BOSS

SPU said...

Anon cadangkan SPU jadi Setiausaha Bahagian. S/U bahagian adalah jawatan dilantik jadi SPU tidak dilantik oleh Ketua Bahagian. Mungkin SPU kena bertanding sebagagai Ketua Bahagian dalam pemilihan akan datang atau ikut mana-mana kapal yang kosong untuk jadi S/U bahagian...atau Ketua Penerangan...hehehe. Menarik tu! Jika ada tawaranlah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN