Makluman: 1/2010

Sebarang maklumat yang ingin disiarkan sila
hubungi email: spu.blogger@gmail.com serta memaklumkan juga di ruangan komen.




Friday, April 30, 2010

UMNO CAWANGAN TERIMA RM 1000-00 DARI UMNO PAHANG






















Wajah-wajah pembela bangsa dan negara. Siapa bagi lebih kita akan sokong.

Taklimat mesyuarat Agung UMNO cawangan-cawangan telah berjalan dengan baik dan lancar walau pun kurang mendapat sambutan dari ketua-ketua dan setiausaha terdiri dari 104 cawangan dalam Bahagian Jerantut. Tiada sambutan itu mungkin kerana notis tidak sampai , majlis kenduri kahwin banyak pada hari tersebut, dan dimaklumkan ramai ketua dan setiausaha cawangan terlibat dengan berbagai program kampung masing-masing.

Disamping taklimat perjalanan mesyurat agung cawangan 2010 majlis itu juga menyampaikan bantuan mesyuarat agung cawangan-cawangan yang diberi oleh Badan Perhubungan UMNO Pahang berjumlah RM 1000–00 ( Seribu sahaja) bagi satu cawangan sebagai belanja mesyuarat cawangan, pemuda, wanita dan puteri cawangan.

Semua ketua-ketua cawangan yang hadir senyum lebar menerima bantuan tersebut dan berterima kasih kepada UMNO Pahang dan UMNO Bahagian Jerantut kerana simpati dengan kedhaifan cawangan setiap kali mengadakan mesyuarat agung tahunan. Tidak pernah dalam sejarah UMNO cawangan mendapat bantuan sebanyak itu pada masa-masa yang lepas. Dan harapan mereka bantuan ini diteruskan masa hadapan untuk menguatkan parti diakar umbi.

Biasanya, pada masa-masa lepas cawangan mendapat wang bantuan tidak lebih RM 200-00 sahaja. Tidak dinafikan pada masa pemilihan parti 4 tahun sekali ketua-ketua dan perwakilan cawangan mendapat wang saku. Contohnya tahun 2008 perwakilan mendapat RM 5000 – RM 10,000, malah ada yang lebih.dari itu.

Walau bagaimanapun. Setiausaha UMNO Bahagian mengharapkan wang bantuan itu dapat diagihkan dengan adil kepada 4 peringkat UMNO Cawangan itu. Setelah majlis selesai, ada diantara ketua-ketua cawangan yang gembira tak terkata kerana mendapat bantuan tersebut terus tidak pulang kerumah beberapa hari, mungkin bermalam di Mentakab kerana ada urusan perniagaan 'impot dan export' yang perlu dibereskan.


Esok (1hb. Mei.2010) di tempat yang sama pada jam 9.30 pagi akan diadakan Majlis Perasmian Serentak Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan dalam DUN Damak. Kalau ada lagi pemberian duit belanja mungkin dewan akan roboh kerana kehadiran yang teramat ramai, jika tidak mungkin Setiausaha bersendirianlah nampaknya, itu pun jika tuan Setiausaha tidak lupa mengedarkan surat-surat jemputan.


Baca pula blog Pas ini (Ansarullah) yang memperjuangkan kepentingan rakyat. Mereka ternyata lebih peka dari kebanyakan AJK UMNO Bahagian yang selalunya hanya peka terhadap tender dan kontrek-kontrek. Justru itu, semua AJK UMNO yang beria-ia hendakkan jawatan dulu tu, bekerjalah untuk rakyat kalau merasakan mereka layak menjadi pemimpin. Justru itu juga, Pemimpin-pemimpin politik dan pegawai-pegawai kerajaan di Jerantut ini, pekalah pada suara, keluhan, tangisan dan kehendak rakyat. Cukup-cukuplah buat-buat pekak badak selama ini.

5 comments:

Anonymous said...

pagi tadi majlis perasmian mesyuarat umno cawangan2 dun damak berangsung. apa sudah jadi apabila timb. pengerusi penyelaras dun damak disekat dari berucap? apa sudah jadi dengan setiausaha? setiausaha adalah jawatan yg dilantik kena ingat sikit, ybm tk. Azlan sudah faham apa yang berlaku sekelilingnya. setiausaha jgn jadi kadok naik junjung. dh nampak umno dh mula nk pancas memancas semula.mudahlah bagi pembangkang mengambil alih parlimen jeranrur nanti. setiausaha adalah pengkhiatan dalam umno jerantut ini. ahli umno semua sudah sedar dan tahu ini ~ ahli cawangan umno di dun damak

Anonymous said...

timb. pengerusi tu ketua wanita? Kak Wok? dia pun cuba disekat berucap di satu acara jalinan rakyat dun p.tawar dulu, memang katanya ini kerja setiausaha bahagian dan pegawai khas YBM En.Dollah Kicap, naib ketua wanita juga terlibat. siapakah dibelakangnya? saya rasa dh nampak samar-samar...~ anak jati p.tawar

Anonymous said...

SPU, sapa anok jati pulau tawaar tu haaa..ke Datuk kulat tu?. sapa sekat-sekat orang nak bercakap? janganlah letak ahli umno dalam kotak. lepaskan wap mereka jarang2 sekali. Buat perasmian kelompok sebab pemimpin malas turun kecawanganlah. mati ginih UMNO Jerantut. Lingkuplah.

SPU said...

Salam, nilah susah kalau komen pakai anon. Tak tau siapa. Tk mengapa, kita telah hantar dan minta wakil kita buat siasatan, insyallah esok kita akan keluarkan posting mengenainya. Siapa makan cili akan terasa pedasnya nanti, hehe

one one no belen said...

Salam. Nampaknya UMNO masih tidak berubah.Masih tidak ada ketelusan.Kenapa mesti sekat ahli yang ingin memberikan pandangan?.Sesungguhnya UMNO adalah hak setiap ahlinya.Bukan hak segelintir ahli yang berkepentingan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Referrer

Ruang iklan untuk disewa

Ruang iklan untuk disewa
SILA KLIK UNTUK KE IKLAN